Selasa, 10 Mei 2011

MRP PEMBELA RAKYAT… Ahmad Lai Bujang (duduk tengah) bersama penerima MRP di pejabatnya di sini hari ini.

Pembangunan tak henti untuk rakyat

UTUSAN SIBUTI - Pembangunan demi kemajuan rakyat tanpa terhentinya di setiap pelusok Sarawak yang disalurkan oleh kerajaan dalam masa yang panjang melebihi 30 tahun satu perubahan awal-awal dilakukan kerajaan.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang ditemui di Pejabat Pusat Khidmat P.218 Sibuti di sini hari ini berkata, tempoh 30 tahun itu bukan jangka masa yang pendek, justeru rakyat tidak harus mudah diputar belit oleh pihak cemburukan pembangunan dan kemajuan rakyat kawasan luar bandar Sibuti ini.

“Pembangunan dibawa oleh kerajaan bukan sahaja tertumpu di kawasan luar bandar, malahan kawasan bandar juga sentiasa diambil berat kerana kerajaan menjalan perkhidmatan mengikut dasar-dasar kerajaan dalam membela nasib rakyat.

“Ini terbukti dengan pembangunan prasarana dan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air paip bersih dan bekalan elektrik. Malahan juga kebajikan rakyat turut terjaga seperti sekolah anak-anak luar bandar dan hospital keseihatan rakyat sentiasa dalam perhatian kerajaan”, jelasnya.

Katanya, sebanyak 30 pertubuhan jawatankuasa-jawatankuasa kampung, rumah panjang, dan aktiviti wanita yang menerima Projek Kecil Luar Bandar (MRP-Parlimen Sibuti) diingatkan supaya gunakan peruntukan tersebut dengan sebaiknya.

Jumlah keseluruhan RM96,000 yang diterima oleh 30 pertubuhan dari Miri, Bakam dan Lambir itu kebanyakan projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Projek ini dilaksanakan setiap tahun sehingga 2015 dan seterusnya, tambahnya.

Justeru diingatkan kepada rakyat agar menghargai dan ada terima kasih usaha kepada apa telah dilakukan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam membangunkan negeri ini yang berkonsep gagasan 1Malaysia.