Rabu, 20 Mei 2009

Gambar : SERTAILAH… En. Ipat (tengah) bersama Cr. Sebastian Janting (kanan) dan Cr. Tr. Selan (kiri) ketika ditemui di Pejabat ADUN N.61 Bekenu petang tadi.

Oleh : Adum Liu
20 Mei 2009

KSK N.61 Bekenu anjur pelbagai sukan Jun depan

UTUSAN SUBIS (Batu Niah – 20/5/2009) - Kelab Sukan Komuniti (KSK) Bahagian DUN N.61 Bekenu akan menganjur pelbagai pertandingan sukan dengan menyediakan hadiah berupa wang tunai dan piala serta medal pada awal bulan depan.

Pengerusi Penganjuran, Encik Ipat Bakar ketika ditemui di Pejabat ADUN N.61 memberitahu tujuan menganjur pertandingan-pertandingan seumpama ini ialah untuk memenuhi kalendar aktiviti-aktiviti KSK (N.61 Bekenu) pada tahun ini.

“Pertandingan-pertandingan yang dijalankan ini nanti adalah sebagai usaha KSK DUN N.61 dalam memilih pemain serta pasukan yang johan akan dipilih sebagai mewakili KSK DUN N.61 Bekenu ke peringkat negeri pada tahun ini.

Sukan yang dipertandingkan nanti ialah Pertandingan Bolasepak 11 sepasukan di Padang MDS Bekenu, Bola Keranjang (3 on 3), Sepak Takraw di Gelanggan SMK Subis dan Badminton akan dijalankan di dewan Batu Niah” katanya.

Pertandingan Bolasepak – tempat perlawanan adalah di Padang MDS Bekenu dijalankan secara liga dan yuran penyertaan ialah RM100 sepasukan. Tarikh tutup penyertaan dan cabutan undi perlawanan ialah pada jam 2 petang 30 Mei ini di Padang MDS.

Hadian-hadiah – Johan menerima RM300 bersama piala dan medal, Kedua RM200 (piala/medal), Ketiga RM150 (piala/medal) dan Keempat RM100 (piala/medal).

Manakala pertandingan sepak takraw telah dijadualkan berlangsung di Gelanggang Takraw SMK Subis pada 20 Jun depan dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Mei ini. Manakala hadiah-hadiah pertandingan ini masih dalam penilaian oleh pihak penganjur.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini sila menghubungi En. Ipat Bakar di talian 019-818 8669, Cr. Tr. Selan (019-868 5341), En. Kobol Ribut (013-827 3661), Cr. Sulaiman Ahmad (013-573 7750) dan En. Selun Undau (019-487 7930).