Ahad, 27 September 2009

Setinggi-tinggi
"Terima Kasih"
Diucapkan Kepada

Tuan Yang Terutama Datuk Patinggi
Abang Haji Muhammad Salahuddin Bin Abang Barieng
dan
Toh Puan Yang DiPertua Negeri Sarawak
Hadir Di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfittri
Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang
Di Kampung Luak, Miri.

Pada 27 September 2009.

Daripada

Ahli Parlimen P.218 Sibuti
Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang
dan Keluarga.
TERIMA KASIH SUDI DATANG…Banyak pembangunan telah terlaksana di P.218 Sibuti, mungkin ini yang diperkatakan oleh Tuan Haji Ahmad Lai Bujang kepada TYT Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Bin Abang Barieng.

Banyak pembangunan dirancang di Sibuti

UTUSAN SUBIS (27/9/2009) – Sibuti adalah merupakan sebuah kawasan yang besar dan kerajaan telah pun merancang begitu banyak pembangunan dibuat di kawasan Sibuti.

Demikian kata Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang ketika ditemu bual semasa mengadakan Rumah Terbuka Sambutan Hari Taya Aidilfitri di kediamannya di Kampung Luak, Miri yang turut dihadiri oleh TYT Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Bin Abang Barieng dan Toh Puan Yang DiPertua Negeri Sarawak pada pagi 27 September 2009.

“Perancangan baru kerajaan kita ialah untuk menjadikan Bekenu, Niah dan Batu Niah sebagai bandar baru seperti mana yang telah diluluskan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 13 September 2009 lepas.

“Begitu juga perancangan prasarana di Sibuti, seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih akan dilaksanakan dengan cepat mungkin seperti apa yang dijanjikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Sri Shafie Apdal kepada kami di parlime menjadi kenyataan pada tahun baru ini”, katanya.

Sehubungan itu juga adalah diharapkan agar rakyat di kawasan P.218 Sibuti dan mana-mana kawasan supaya tidak mendengar dahyah-dahyah dari pihak tidak bertanggungjawab dan parti-parti pembakang.

Hanya Barisan Nasional yang dapat membawa pembangunan dan kemajuan kepada penduduk di kawasan luar bandar mahupun di bandar dan kami iaitu saya, Adun N.61 Bekenu, Rosey Yunus dan Adun N.62 Lambir, Aidan Wing akan terus bekerjasama berganding bahu untuk permajuan di kawasan Sibuti ini.

Turut hadir ialah Adun Senadin, Datuk Lee Kim Shin, Adun Lambir, Aidan Wing, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ripin Lamat, Temenggong Wilson Atong, Pemanca Wilsin Siang Lim dan kaunselor-kaunselor serta kakitangan kerajaan.
SELAMAT DATANG…Kaunselor Anuar Ahmad (kiri) mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada Ahli Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bujang serta rombongannya ke Rumah Terbuka Aidilfitri di Niah baru-baru ini.

Kenyataaan ADUN Bekenu tidak menjalankan tugas tidak benar

UTUSAN SUBIS (27/9/2009) – Masyarakat di Kawasan P.218 Sibuti kurang senang dan terkilan dengan berita yang tersiarnya kenyataan bahawa Ahli Undangan Negeri Sarawak (Adun Bekenu) tidak menjalan tugas lawatan ke kawasan jagaannya.

Kaunselor Anuar Ahmad, Niah ketika ditemui hari ini (27 September 2009) memberitahu bahawa kenyataan sama sekali tidak berasas kerana beliau sering bersama Adun N.61 Bekenu Rosey Yunus mengadakan lawatan sambil memeriksa masalah yang dihadapi oleh penduduk di luar bandar.

Katanya, orang yang memberi kenyataan itu adalah tidak benar, kerana orang itu mungkin tidak pernah mengikuti rombongan dan aktiviti-aktiviti lawatan Adun N.61 Bekenu di kawasan tertentu.

Jika seseorang itu mempunyai masalah tertentu dan ingin bantuan datanglah jumpa wakil rakyat kawasan masing-masing, ketua masyarakat, para kaunselor dan pegawai kerajaan yang berkanaan dan nyatakan masalah yang dihadapi.

Jangan terus memburuk-burukkan wakil rakyat tidak menjalankan tugas seperti pernah berlaku baru-baru ini, jelasnya.

Turut kurang senang mengenai perkara sedemikian ialah Tuai Rumah Johnson Janggu dan Tuai Rumah James Biri, masing-masing menyatakan bahawa orang sedemikain harus menemui tuai rumah mereka terlebih dahulu.

Kami sebagai tuai rumah tidak akan membelakangkan masalah yang dihadapi rakyat kami, kami sentiasa memberi kerjasama kepada mereka kerana kami telah ditugaskan menjaga rakyat kami masing-masing, tambahnya mereka.