Ahad, 15 Ogos 2010


Sumbangan daripada

Rakan Utusan Sibuti


Suatu hari………………!!


Pak Luncai ingin memulakan satu perniagaan namun masih kekurangan modal...


Oleh itu, Pak Luncai berhasrat untuk membuat pinjaman di sebuah badan pinjaman yang ditaja oleh kerajaan.


Berangkatlah Pak Luncai bersama Mak Luncai ke tempat tersebut...berjalan senyum berwarna mereka berdua…Maknya oiiii maknya oiiiii… moga perniagaan kita berjaya, keluh Pak Luncai pada Mak Luncai.


Setibanya di sana, Pak Luncai bertemu dengan seorang pegawai badan pinjaman itu. Setelah siap mengisi borang dan ditemuduga, berkatalah pegawai tersebut kepada Pak Luncai dan Mak Luncai.


Pegawai : Pakcik…. setelah diteliti semua borang yang lekap ini, permohonan pakcik akan diluluskan secepat mungkin. Jadi pihak kami akan memberi pinjaman sebanyak RM20,000.00 tanpa sebarang faedah...


Bermula babak geram Pak Luncai dengan muka yang bengis Pak Luncai bingkas bangun untuk beredar. Hah…!!! Terkejut pegawai tersebut lalu bertanya...


Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yang tak kena kah?


Pak Luncai pun berpaling dan dengan nada yang tinggi berkata...


Pak Luncai : Nak buat apa aku buat pinjaman kalau tak ada PAEDAH??? Buang masa aku je laaaa.... Pak Luncai pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga-pinga.....


****Adoi baik orang tak bagi faedah..fikirkan apakah akan anda lakukan jika pinjaman tanpa sebarang faedah ??

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang

AHMAD LAI: PERCEPATKAN
KELULUSAN BALAI BOMBA P.218


UTUSAN SIBUTI - Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang sangat mengharapkan kementerian kerajaan persekutuan dapat mempercepatkan proses kelulusan untuk membina sebuah balai bomba di kawasan Batu Niah atau Niah.

Ahmad Lai Bujang ketika ditemui di Majid Al Mutaqquin di sini hari ini berkata, kejadian kebakaran yang berlaku tiga kali dalam sebulan di kawasan Niah ini sangat mengecewakannya kerana masyarakat telah mengalami kerugian yang besar.

Katanya, oleh kerana tidak mahu rakyat menanggung kerugian yang besar maka sangat diharapkan pihak kementerian dapat mempercepatkan proses kelulusan dan peruntukkan membina sebuah balai bomba di kawasan Batu Niah atau Niah.

Tapak tanah sudah tersedia dan kita cuma menanti kelulusan peruntukkan daripada kementerian, jika mengharapkan pihak bomba datang ke kawasan kebakaran di kawasan Niah, Batu Niah dan Suai ia memakan masa yang lama iaitu tidak kurang daripada dua jam, jelasnya.

“Sekadar memerlukan bantuan daripada persatuan bomba sukarelawan di kawasan ini memang tidak mencukupi walaupun anggota bomba sukarelawan ini mempunyai pengalaman jika peralatannya tidak memcukupi”.

“Oleh demikian, saya selaku wakil rakyat kawasa Parlimen Sibuti memohon agar kementerian dapar segerakan peruntukkan pembinaan balai bomba yang sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat di sini”, jelasnya.

Katanya, ia bukan sahaja membatu kebakaran tetapi juga mampu menyelamatkan nyawa mangsa kecelakaan jalan dengan segera dan kemusnahan harta benda rakyat juga akan terjamin oleh kerana mendapat bantuan dengan segera di kawasan Batu Niah, Niah dan Suai.

Tiga kebakaran yang berlaku pada Ogos ini ialah satu bilik di Rh Tinggang (Batu Niah), sebuah Rh Sanjan (Suai) dan Asrama SK Batu Telingai (Suai), kejadian kebakaran ini sudah tentu merugikan rakyat dan juga pihak kerajaan sendiri, tambahnya.
GOTONG ROYONG… Rosey Yunus (duduk tiga kiri) bersama pihak penganjur untuk membuat bungkusan bubur lambuk di Masjid Al Mutaqqui Bekenu pada petang tadi.

Festival Bubur Lambuk Mendapat Sambutan

UTUSAN SIBUTI - Festival Bubur Lambuk dan Bubur Pedas Sarawak 2010 yang pertama kali diadakan di kawasan luar bandar pekan kecil Bekenu mendapat sambutan hanggat masyarakat Islam di sini hari ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Bekenu) Rosey Yunus ketika ditemui di Masjid Al Mutaqquin petang ini berkata, festival bubur lamburk dan pedas anjuran Unit Saberkas dan BERNAS sangat besar jasanyanya pada bulan Ramadan ini.


Katanya, jasa bubur lambuk dan pandas ini yang terbuktinya mampu menyatupadukan rakyat terutamanya umat Islam ialah ketika berbuka puasa, di mana umat Islam akan berbuka puasa dengan bubur berkenaan secara serentak terutamanya di kawasan Bekenu ini.


Selain itu, secara langsung ia akan mengeratkan hubungan situlrahim dikalangan masyarakat yang hadir ke masjib ini untuk mendapatkan bubur masing-masing yang sekali gus masa itu rakyat akan bersalam-salaman bertanya khabar rakan setempat, jelasnya.


“Diharapankan agar festival ini akan dapat berterusan dan berkembang ke kawasan luar bandar dan di utara Sarawak”.


“Juga diharapkan semoga pihak penganjur iaitu Saberkas dan BERNAS terus menjadikan ia sebagai acara tahunan di musim bulan Ramadan yang membawa pelbagai kebaikkan kepada masyarakat di luar bandar”, jelasnya.

TERIMA KASIH… Rosey Yunus bersama Ahmad Lai Bujang menyampaikan bubur lambuk dan pedas kepada orang ramai.


Turut memberi kerjasama menjayakan festival ini ialah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan Penerangan Malaysia, FAMA, Jabatan Pertanian, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, KEMAS, Kementerian Penggajian Tinggi Malaysia, KPSU, Persatuan Pembangunan Wanita Sarawak dan F&N Decries Sdn Bhd.


Turut hadir bersama pada majlis penyampaian bubur lambuk ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Timbalan Pengerusi PBB Bekenu Kaunselor Jamali Basri, Kaunselor Sulaiman Ahmad, Pengerusi Penganjur Rudi Affandi Khalib dan Pengurus Kanan Pemasaran BERNAS Sarawak Junaidi Ali.

BUBUR LAMBUK BUBUR PEDAS

Pihak pengajur iaitu Saberkas dan BERNAS telah menyediakan sejumlah 700 bungkusan bubur lambuk dan pedas. Pengagihan itu tidak sampai limabelas minit sudah kehabisan stok.