Selasa, 20 April 2010

BANTUAN…orang ramai bekerja keras menyelamat mangsa yang terperangkap.

ANAK, CUCU HAMPIR MAUT

KERANA DIHEMPAP POKOK


UTUSAN SIBUTI –Sebatang pokok yang terbakar semasa kerja pembakaran ladang tanaman sawit yang diusahakan oleh seorang bapa hampir membawa maut kepada anak dan cucunya apabila pokok itu tumbang lalu menghempap kenderaan pancuan empat roda mereka petang kelmarin.


Pekebun ladang yang hanya dikenali sebagai Haji Tuah, 60, berasal dari Kampung Iran Niah/Suai ketika ditemui ditempat kejadian berkata, perkara ini berlaku dengan cepat di depan mata sejauh beberapa meter.


Katanya, keadaan asap yang tebal menjadikan saya kebimbangan di kebun semasa api sedang marak. Saya telah mengarah anak dan cucu pergi dapatkan air dengan mengguna kenderaan pancuan empat roda, tiba-tiba satu perkara tidak menentu telah berlaku pada pandangan mata.


“Kejadian tersebut adalah disangkan kenderaan mereka terjatuh pada parit, saya terus bergegas ke tempat itu dan mendapatkan anak dan cucu saya terperangkap dalam kenderaan yang dihempap oleh poko”.


“Saya telah berusaha untuk menyelamat keadaan tetapi gagal kerana pokok terlalu besar dan tidak mampu, saya terus bergegas meminta pertolongan orang ramai yang berdekatan”, jelasnya.


Kerja-kerja menyelamat untuk mengeluarkan Azwandi (anak) 22, dan Azefah (cucu) 15, orang ramai terpaksa menggunakan mesin pemotong kayu untuk membuang pokok yang menghempap kenderaan mereka.


Semasa mangsa dikeluarkan, kedua-dua mereka mengalam cedera yang teruk di bahagian kepala yang berlumuran darah yang mabuk-mabuk darah, tambahnya.


Turut tampil untuk membantu ialah pasukan polis Bau Niah, pihak Klinik Kesihatan dengan ambulans dan beberapa angota Bomba dari Miri. Keadaan jalan yang tidak dapat dilalui telah menyukarkan kerja menyelamat. Kerja menyelamat mangsa-mangsa terperangkap itu hampir dua setengah jam.


Kedua-dua mangsa diusung keluar kira-kira 1km dari tempat kejadian sebelum dikejar ke Hospital Umum Miri pada lewat petang. Sehingga berita ini ditulis bahawa kejadian pokok menghempap kenderaan ialah pertama pada tahun ini.


_____________________________

Masjid Al Mutabquin Bekenu… Bakal punyai ICT

TINGKAT PRASARANA
PROGRAM KEAGAMAAN


MASJID Al Mutabquin Bekenu di Kampung Dagang di sini bakal dilengkapi dengan Projek K-Masjid Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) program keagamaan dan dikenali dua apabila siap dalam masa terdekat ini.


Pembantu Khas Pejabat Perkhidmatan Pusat Khidmat P.218 Sibuti, Mohen yang ditemui di masjid berkata, denngan terlaksananya dan dilengkapi ICT ini nanti akan memberi banyak manfaat kemudahan kemudahan kepada masyarakat di Bekenu.


Mohen…Luas pengguna komputer dan internet


Katanya, program ini bertujuan untuk melengkapkan prasarana ICT Masjid Al Mutaqqui Bekenu yang menumpukan kepada pembangunan laman web, mengendali email, menggunakan perisian serta cara menggunakan komputer dan internet dengan baik.


“Setelah kita miliki ICT di masjid ini, kita akan lebih mudah mengendalikan hal ehwal agama Islam, masjid dan surau di sekitar kawasan Sibuti”.


“Ia juga memberi peluang kepada belia remaja untuk melengkapkan diri dengan kemahiran komputer dan mudah untuk mereka mengisi borang kerja Job Malaysia dan SPA menggunakan internet tersedia nanti”, jelasnya.

Ini merupaka kemudahan yang disediakan oleh kerajaan yang prihatin kepada anak-anak masyarakat kawasan luar bandar untuk mereka merebut cari dan peluang pekerjaan serta memudahkan mereka berkomunikasi dunia luar, tambahnya.


Shafika Salleh… Banyak manfaat kepada belia remaja


Ketua Penyelian Projek K-Masjid ICT Shafika Salleh, 29, kewujudan kemudahan seperti ini sudah tentu memberi banyak manfaat kepada belia remaja kawasan Sibuti di luar bandar ini kerana sekarang merupakan zaman internet.


Zaman internet ini, memberi satu peluang untuk meluaskan pandangan dan pengalaman mengenali dunia luar melalui jaringan-jaringan tersedia ke setiap negara malahan sampai di pelusok pendalaman.


“Di negara luar dengan sistem komunikasi internet ini telah banyak membawa kemajuan kepada masyarakat tua dan muda, di mana ramai yang berjaya memperolehi kehendak mereka hanya melalui internet”.


“Sistem internet ini bukan sahaja mampu meningkat mutu pendidikkan dikalangan pelajar sekolah malah kita juga boleh menggunakan ia sebagai penjana ekonomi secara langsung dengan hanya duduk di rumah”, jelasnya.


Oleh demikian, para guru sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah kecil Sibuti ini dialu-alukan dan sangatlah digalakkan untuk tidak lepaskan peluang dalam menikmati kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan kita, tambahnya.


Abd Mohd Nizam… Terima kasih kepada kerajaan


Abdul Mohammad Nizam Sanai, 21, petugas Projek K-Masjid berasal dari Kampung Bungai Bekenu berkata, berharap adalah ICT yang tersedia ini nanti akan memberi satu perubahan baru dengan memerangsangkan minda kalangan remaja dan belia di sini.


“Terima kasih kepada kerajaan telah menyediakan kemudahan ICT ini, ini menunjukkan kerajaan terbukti prihatin dan bertanggungjawab dalam kepentingan kemajuan anak-anak masyarakat luar bandar sebagai meluaskan diri dalam dunia internet”.


“Penyediaan kemudahan ini amat bertepatan kerana masyarakat di sini masih lagi jauh ketinggalan dalam pengguasaan kemahiran ilmu komputer yang semakin canggih. Jika dibandingan di kawasan bandar, ia juga telah membantu rakyat di sini yang tidak berkemampuan untuk memiliki komputer bersama penyewaan talian internet”, jelasnya.


Apa yang penting adalah dinasihatkan kepada belia remaja supaya mengguna kemudahan ini dengan sebaik mungkin dan mengikut peraturan yang disediakan oleh pihak petugas kelak, tambahnya.


Sohela Omar… Bekenu akan di seluruh Malaysia


Suhela Omar, 20, petugas Projek K-Masjid berasal Kampung Bungai Bekenu berkata, melalui projek ini masyarakat Bekenu akan boleh disalurkan di seluruh Malaysia malah di mata dunia kerana aktiviti besar-bersaran yang akan diadakan di masjib di akan boleh dituntuni melalui web masjid ini.


Utusan Sibuti turut difahamkan bahawa warga petugas di sini telah pun didedahkan dengan kemahiran berkomputer di sebuah institut komputer terkemuka di sini. Antara perkakasa dan alat yang telah disalurkan dalam projek ini ialah 20 unit komputer lengkap dengan kamera siaran langsung, internet dan pelbagai boleh dinikmati di sini kelak.

__________________________________________

FORUM DAN DIALOG…Ahmad Lai Bujang dan Rosey Yunus ketika berada di pesta SMK Suai pada siding forum dan dialog pada Simposium PIBG Peringkat Negeri pada petang tadi.

IBU BAPA INDIVIDU PERTAMA
DIDIK DISIPLIN ANAK

UTUSAN SIBUTI – Ibu bapa merupakan orang pertama bertanggungjawab ke atas mendidik anak-anak berdisiplin tinggi sebelum mereka melangkah kaki ke pendidik awal di sekolah rendah yang lebih cemerlang lagi membangakan di peringkat tertinggi kelak.


Katanya, seorang anak yang mempunyai disiplin sudah pasti mempunyai sikap yang menghormati ibu bapa dan guru-guru mereka sehingga memudahkan kedua-dua belah pihak menjalankan kerja mendidik supaya mereka menjadi seorang insan sangat berjaya dalam pelajaran.


Demikian kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang pada Majlis Simposium Persatuan Ibu Bapa dan Guru Peringkat Negeri Sarawak di Sekolah Menangah Kebangsaan Suai (Subis) anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) pada petang ini.


Katanya, diharapkan melalui symposium ini akan dapat menjadi pemangkin kepada semua guru, ibu bapa, anak-anak dan masyarakat untuk lebih berusaha bagi meningkatkan pernanan setiap individu demi melahirkan modal insan yang berguna kepaa bangsa dan negara.


“Tujuan objektif symposium ini ialah meningkatkan kesedaran di kalangan ibu bapa betapa pentingnya peranan ibu bapa membentuk peribadi dan sahsiah di samping melibatkan diri di dalam proses pembelajaran anak-anak.


Ia sebagai menyuburkan semangat ibu bapa agar dapat memaikan peranan utama membimbing dan mendidik anak-anak di rumah tentang pentingnya ilmu pengetahuan”.


“Ini juga merapatkan hubungan kekeluarga antara ibu bapa dan anak-anak agar dapat memupuk keharmonian dan kesejateraan dalam keluarga”, jelasnya.


Katanya, melalui symposium ini ia akan mewujudkan usaha kerjasama antara ibu bapa dan sekolah bagi membantu melonjakkan kecemerlangan pretasi akademik di kalangan pelajar dan murid sekolah. Dan melahirkan generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan mempunyai minda kelas pertama melalui pengembelingan usaha antara pemimpin sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat, tambahnya.


Pada masjlis tersebut, Ahmad Lai Bujang telah menghulurkan bantuan sejumlah RM15 ribu dan RM5000 daripada Ahli Dewan Undanganh Negeri Bekenu Rosey Yunus.


Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah Pelajaran Sarawak, Datu Haji Julaihi Haji Bujang, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu Datu Haji Mohidin Haji Ishak dan ketua-ketua masyarakat setempatan.

HARGAILAH ERTI PEMBANGUNAN

UTUSAN SIBUTI – Kemudahan asas yang telah disediakan oleh kerajaan harus dijaga dengan sebaik mungkin yang harus mendapat perhatian mendalam dan kerjasama daripada semua pihak supaya tidak menimbul sebarang kesulitan.


Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Aidan Wing yang ditemui pada tinjauan lawatan kerja ke kawasan Kampung Satap, Subak dan Kejapil di Bekenu pagi tadi berkata, kemudahan asas adalah untuk semua dan kita harus ambil berat menjaganya demi kemajuan bersama.

TURUN PADANG… Aidan Wing (kiri) bersama Encik Bujit (kanan) pada peninjauan projek dapur di Kampung Hunia pada pagi tadi.


Katanya, projek kerja gotong royong menaik taraf dapur kampung di Kampung Hunai yang hampir siap ini sangat memuaskan dan akan memberi banyak kesenangan masyarakat ini untuk menjalankan aktiviti kampung.


Aidan yang disoal mengenai perbuat membinasakan beberapa perhanetian bas dan tamu di Jalan Miri/Bintulu berkata, perbuatan mencuri atap zink alumminium di beberapa pondok perhentian bas dan tamu di sepanjang Jalan Miri/Bintulu dari Simpang Bekenu ke Batu Niah sangat dikesali dan kerjasama orang untuk mengawasi sangat diharapkan.


“Masyarakat harus menyedari kepekaan terhadap perkara yang berlaku di sekeliling kawasan masing-masing, jika menyedari sesuatu yang mencurigakan di kawasan sendiri segeralah bertindak mengetahui.


“Masyarakat diseru supaya menjaga apa sahaja kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan kerana usaha masyarakat dalam bentuk permohonan telah mengambil masa yang panjang untuk diluluskan, maka masyarakat harus pandai bertanggungjawab supaya tidak merugikan semua pihak”, jelasnya.


PERBUATAN SIAPA… Atap tamu Rh Linggu, Jeli, Kuat yang turut menjadi sasaran pencuri.


Utusan Sibuti juga dipahamkan oleh polis Bekenu bahawa memang benar ada kes kecurian dan kerosakkan pondok perhentian bas dan tamu di kawasan Parlimen Sibuti ini. Cuma yang telah tampil ke balai buat laporan ialah Rh Ridun (Bakas Sibuti), katanya.


HABIS HILANG…..Kelihatan atap zink alumminium di perhentian bas Rh Ridun hilang batu-baru ini.

TINGGAL TIANG… Kelihatan beberapa papan tanda yang dicuri di Jambatan Satap Bekenu.


Tinjuan Utusan Sibuti ke tempat berkenaan telah mendapati habis atap zink alumminium dicuri, antara rumah panjang yang terlibat ialah Rh Ngindan (Simpang Bekenu), Rh Ridun (Bakas), Rh Lingu (Pakut) dan sekolah rendah di Ladang Tiga yang hampir berjaya dibuka. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa papan tanda di tepian beberapa batang jambatan turut dicuri di sekitar Jalan Bekenu.

_______________________________________


KENANGAN… Ahmad Lai Bujang (dua kiri) menerima cenderahati daripada Sowiah Dalah sambil diperhatikan oleh Aidan Wing.



Wakil Rakyat, Masyarakat kekal

Kerjasama Jamin Keamanan


UTUSAN SIBUTI – Setiap wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berkerjasama semampunya kepada semua pihak bagi membantu dan menyelesaikan sebarang permasalahan masyarakat dengan kadar segera yang mungkin.


Katanya, sokongan padu dan kerjasama daripada rakyat amatlah diharapkan kerana ini perkara asas dan utama dalam membuahkan keberkesanan dan hasil projek pembangunan baik fizikal mahupun spiritual insan itu sendiri.


Demikian kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang pada Majlis Perasmian Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kampung Subak Bekenu pada pagi tadi.


“Jika berlaku perpecahan dan sikap berpuak-puak serta mudah berpecah belah hanyalah akan menyumbang kepada anasir-anasir yang tidak sihat seterusnya kemunduran dan ketinggalan yang berterusan hanya akan dialami”.


“Maka di sini saya juga menasihati agar masyarakat di kawasan Parlimen Sibuti terus menyokong kerajaan yang ada pada hari ini tanpa berbelah bagi agar keamanan dan keceriaan kekal selamanya”, jelasnya.


Justeru itu, amatlah bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak tersebut, maknanya KEMAS sering wujud di mana-mana dalam menabur program dan aktiviti serta menggerak masyarakat khususnya luar bandar agar terus membangun kearah individu yang berilumu, berkemahiran, berdaya tahan dan mempunyai nilai murni di alaf baru, tambahnya.


Katanya, di alaf baru jika tiada ilmu dan kemahiran menyeluruh dalam pelbagai perkara ia akan menjejaskan serta mempengaruhi kitaran kehidupan yang ingin maju dan cemerlang.


Dalam kesibukan setiap wakil rakyat menjalankan tugas bahawa setiap pemimpin memang tidak pernah mengabaikan masyarakat walaupun di peringkat akar umbi demi menjayakan gagasan 1 Malaysia dengan cemerlang.


Turut hadir ialah ADUN Lambir Aidan Wing, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Ripin Lamat, Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS Putra Jaya Sowiah Dahlan, Kaunselor Zainani Salleh serta pegawai-pegawai kerajaan.

____________________________________________

SELESAI SUDAH… Pegawai Tadbir Sibuti (kiri) dan Kaunselor Engkamat (Rh Insin) ketika tinjauan pada sesi perbincangan semeja antara Rh Insin (Sibuti) dan Rh Benang (Baram) baru-baru ini.


KEMELUT ELEKTRIK SELESAI


UTUSAN SIBUTI – Kemelutan masalah berpanjangan mengenai bekalan elektrik Rumah Panjang Insin yang tertangguh kian lama akibat pokok kelapa sawit milik Rumah Panjang Benang sudah selesai.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang dihubungi ketika berada di Dewan Persidangan Parlimen di Kuala Lumpur pagi tadi berkata, masalah-masalah penyambungan elektrik ini sering berlaku di mana-mana kawasan di Malaysia bukan sahaja di Sarawak.


“Dengan timbulnya pelbagai masalah penyediaan kemudahan ini, kita semua tidak boleh lepas secara senang-lenang, kita yang masing-masing mempunyai peranan kerjasama dan bertanggungjawab dari pihak kerajaan mahu pun rakyat harus berbincang semeja atas semuanya”.


“Melalui perbincangan duduk semeja dan luahkan perkara sebenarnya maka masalah berkenaan akan menjadi ia lebih senang diselesaikan dan akhirnya kedua-dua belah pihak bersama menikmati kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan”, jelasnya.


Ahmad Lai, kita berterima kasih kepada kedua-dua bilah penduduk Rh Insin (Parlimen Sibuti) dan Rh Benang (Parlimen Baram) sudah mempunyai satu tanggungjawab dan bertimbang rasa yang besar makna kepada rakyat Sarawak yang harus dicontohi semua.


Mengenai bekalan elektrik, katanya, pihak kontraktor yang menjalankan tugas penebangan pokok sawit sebagai mana perjanjian dalam perbincangan semeja bahawa Rh Insin akan menikmati bekalan elektrik sepenuhnya apabila siap kerja penebangan pokok sawit dalam masa seminggu dua ini, tambahnya.


Turut menjayakan penyelesaian isu penebangan tiang elektrik yang disiarkan di akhbar tempat baru-baru ini ialah Pegawai Tadbiran Daerah Kecil Sibuti dan Bakong serta pihak kontraktor kerja penyambungan elektrik.