Selasa, 22 Disember 2009

Aidan Wing menyampaikan buku DUN SARAWAK kepada Pegawai Daerah Miri Boniface Intang dan turut kelihatan ialah ADUN Bekenu ketika perasmian Program Pembangunan Daerah Miri 2009 di Bekenu baru-baru ini.


Aidan : Harap PPB ada di DUN Lambir


UTUSAN SUBIS (22/12/2009) - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Lambir) Aidan Wing sangat berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan wujudnya sebuah Pusat Pembaharuan Bandar (PPB) di kawasan pentadbirannya.


Aidan yang di temui selepas menghadiri majlis perkahwinan anak pengerusi Pengerusi Persatuan Nelayan Sarawak (PENESA) Kaunselor Jamali Haji Basri pada sabtu lepas berkata, cadangan mempunyai PPB ini nanti adalah sebagai usahanya dan penduduk di kawasan Lambir dalam pembangunannya bagi mendapat kemudahan infrastruk seperti di kawasan DUN negeri ini.


Katanya, walaupun Lambir ini terletak dekat dengan Bandar raya Miri namun ia masih lagi banyak pembangunan dari segi aspek kemudahan insfrastruktur supaya ia nampak ada kesinambungan pembangunan antara pusat Bandaraya Miri dan Lambir.


“Harapan saya sangat mendalam agar pihak Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar terbabit meluluskan permohonannya untuk mewujudkan sebuah PPB di Lambir”.


“Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud turut memberikan reaksi positif terhadap permohonannya berhubung perkara itu semasa sesi dialog yang diadakan bersama wakil rakyat di Kuching baru-baru ini dan perkara sama pernah dibincangkannya bersama Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg”, jelasnya.


Katanya, PPB hampir sama seperti Pusat Pertumbuhan Desa, cuma bezanya bidang kuasanya agak lebih besar, iaitu merangkumi semua aspek kemudahan infrastruktur termasuk sistem perparitan dan pelbagai lagi.

Antara kawasan yang akan menikmati pelbagai pembaharuan dan pembangun melalui PPB ini nanti adalah seperti Taman Tunku, Kampung Lusut, Sungai Dalam, Kampung Abdul Rahman, Kampung Tukau dan Kampung Jagus.