Isnin, 4 Mei 2009


Oleh : Adum Liu
4 Mei 2009

BERITA BERGAMBAR…

Musim Udang Sungai Sibuti menjadi tumpuan orang ramai

LUMAYAN… Adik Kiew, 16, bersama 5 jorannya ketika ditemui balik dari mancing udang di Sungai Sibuti samalam berpuas hati dengan hasil pancingannya, dia cuma memancing di wap dekat Pekan Bekenu setengah jam sahaja dah dapat 4 ekor ‘apek’ dan beberapa ekor udang dewasa.

Harga udang galak di pasar ikan di Bekenu kini RM35.00 sekilo dan udang dewasa setompok RM10.00 sekilo. Jika anda ingin udang yang segar datang lah ke pekan kecil Bekenu pada awal pagi bagi tidak menghampakan kedatangan anda.






Oleh : Adum Liu
4 Mei 2009

Virus H1N1 - Semua hospital di situasi berjaga-jaga


UTUSAN SUBIS (Miri – 4/5/2009) – Kerajaan Negeri meletakkan semua hospital dalam situasi berjaga-jaga untuk mengawal virus Influenza A (H1N1) untuk menggelakkan jangkitan virus yang berbahaya itu.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr Goerge Chan Hong Nam, berkata sekiranya terdapat kes Influenza A dikesan di negeri ini, wad khas akan disediakan untuk pesakit terbabit di tiga hospital di Sarawak iaitu Hospital Umum Miri, Hospital Umum Sibu dan Hospital Umum Sarawak Kuching.

Dr Chan selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negeri, berkata kawalan telah dilakukan di sempadan Brunei dan Utara Sarawak di pintu masuk pos kawalan Jabatan Imigresen di Sungai Tujuh di sini.

Begitu juga agensi kerajaan berkaitan sudah membuat kawalan terhadap pelancong asing dari Brunei yang datang menggunakan penerbangan antarabangsa. Apa yang penting ialah orang ramai perlu tahu menjaga kebersihan diri dan sentiasa menjaga kebersihan pada setiap hari, tambahnya lagi.