Khamis, 27 Ogos 2009

RENCANA KESIHATAN

KAWALAN RAPI...Jabatan Kesihatan sedang bergiat menjalankan tugas berjaga-jaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri bagi mengenal pasti pembawa H1N1 dari negara luar. Gambar di atas telah dirakam ketika Utusan Subis balik dari Sibu baru-baru ini.


INFLUENZA A (H1N1)
PEMBUNUH BERSIRI?

UTUSAN SUBIS (27 Ogos 2009) – Jangan pandang ringan terhadap kehidupan keceriaan persekitaran anda yang tidak mempunyai sebarang tanda penyakit dan tidak bermunsuhan kedengkian sesama manusia, kini pembunuh senyap ini tidak memilih sesiapa pun, jika anda lalai tidak pentingkan kesihatan, kebersihan serta mengabaikan nasihat berharga daripada mana-mana pihak, maka…… anda adalah dikenakan supaya kenali pembunuh senyap yang dimaksudkan.

Tahukah anda?

Semalam (26 Ogos 2009) negara kita mempunyai seramai 324 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 223 pesakit ILI telah didiscaj keluar. Seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital termasuk 2 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 217 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1. (Maklumat ini diperolehi daripada www.moh.gov.my (Kementerian Kesihatan Malaysia)).

Kunjungi www.moh.gov.my demi pengetahuan dalam penjagaan diri dan semua.

Dari 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU di mana 9 kes merupakan kemasukan baru, sementara 2 lagi kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 51 kes yang sedang dirawat di ICU, 39 kes (76%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (21), obesiti (9), kanak-kanak/bayi (6), post natal (1) dan Sindrom Down (2).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee). Maklumat ringkas mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-

Seorang wanita berumur 24 tahun yang obes mula mengalami demam, batuk dan sakit kepala pada 08.08.09. Pesakit telah dimasukkan ke hospital swasta di Kuantan pada 10.08.09 dan dirawat sebagai viral pneumonitis. Pada 12.08.09, pesakit dirujuk ke hospital kerajaan kerana keadaannya bertambah teruk dan seterusnya dimasukkan ke ICU pada hari yang sama. Rawatan antiviral dimulakan pada 12.08.09 dan ujian makmal mendapati kes positif influenza A (H1N1) pada 17.08.09. Walau bagaimanapun, keadaan pesakit bertambah teruk dan beliau meninggal dunia pada 19.08.09. Sebab kematian adalah H1N1 with Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS).

Di peringkat global, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan jumlah kes sehingga 26 Ogos 2009 adalah berjumlah 239,985 dengan 2,601 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. Pihak WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan pelaporan kes.

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan sekali lagi bahawa satu sesi dialog antara Y.B. Menteri Kesihatan dengan para pengamal perubatan swasta mengenai pengendalian kes Influenza-like Illiness (ILI) yang di syaki Influenza A(H1N1) telah dijadual akan diadakan pada esok hari iaitu Khamis 27 Ogos 2009, pada jam 3.30 petang di Bilik Gerakan KKM, Aras 4, Blok E7, Parcel E, Putrajaya. Semua pengamal perubatan swasta amat digalakkan untuk hadir ke sesi taklimat tersebut.

Baru-baru ini Utusan Subis mengambil sedikit masa pergi ke Sibu menggunakan penerbangan Maswing dan sampai di sana mendapati iklan kesihatan amat bermakna kepada semua dan hargailah nasihat yang terpapar walau di mana pun.

Iklan dan maklumat Kementerian Kesihatan yang ada terdapat di setiap lapangan terbang negara kita adalah bukan sebagai mencantikkan lapangan terbang, ambillah sedikit masa untuk mengetahui lebih mendalam tentang catitan-catitan pada iklan berkenaan.

Nasihat Perjalanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Wabak H1N1 yang melanda dunia pada hari ini mula-mula dikesan di Mexico pada bulan April 2009 dan disebabkan oleh satu strain virus influenza yang baru. Pada 30 April 2009, Pertubuhan Kesihatan Seduna (WHO) telah menamakannya sebagai Influenza A (H1N1).

Sebelum itu, pada 2008 April, WHO telah menukar amaran fasa pandemik ke ‘fasa 5’, yang bermaksud -….penyebaran virus di sekurang-kurangnya dua (2) buah negara rantau WHO. Penguman Fasa 5 ini menandakan ancaman pandemic akan berlaku pada bila-bila masa.

PERJALANAN KE NEGARA YANG DILANDA DENGAN H1N1.

Rakyat Malaysia tidak digalakkan melawat negara-negara berkenaan pada mas ini, jika perjalanan tidak dapat dielakkan mereka perlu berhati-hati dan mengambil langkah-langkah berikut:

· Ketahui kawasan wabak atau kawasan yang mengalami kes H1N1 yang tinggi, elakkan melawat tempat-tempat yang sesak.

· Elakkan bersentuhan dengan pesakit H1N1. Jika anda terpaksa berhubung rapat dengan pesakit, guna alat perlindung pernafasan yang sesuai.

· Jaga kebersihan diri sepanjang masa. Tutup mulut bila anda batuk atau bersin. Basuh tangan dengan air dan sabun.

· Kalau anda jatuh sakit, SEGERA dapatkan rawatan.

Jika anda baru balik dari kawasan yang dilanda H1N1, elakkan berhubung rapat dengan orang lain selama 7 hari. Kalau dalam tempoh tersebut anda demam dan menghidapi satu atau lebih gejala berikut – batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak, SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.

Maklum kepada doktor yang merawat bahawa anda baru pulang dari negara/kawasan yang dilanda H1N1.

KETAHUILAH H1N1 (Influenza A).

1. Apakah pandemik Influenza?

*Wabak penyakit influenza yang berlaku di seluruh dunia akibat dari jangkitan virus influenza baru (novel virus).

2. Apakah gejala yang dialami oleh pesakit influenza?

* Deman kuat melebihi 38°C, sakit tekak, sakit kepala, letih, lesu, sakit-sakit badan, batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal.

Pesakit boleh juga mengalami :-

* Radang mata, cirit-birit, sesak nafas.

3. Bagaimana manusia boleh mendapat jangkitan?

* Jangkitan tersebar melalui titisan cecair daripada saluran pernafasan pesakit yang dijangkit semasa bersin, batuk atau bercakap pada jarak yang dekat (3 kaki atau 1 meter) atau bersentuhan dengan permukaan / objek yang tercemar.

4. Apakah langkah-langkah pencegahan pandemic influenza?

* Elakkan berhubung rapat dengan pesakit tanpa alat perlindungan diri; seperti penutup mulut dan hidung (mask), sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan cara hidup sihat, mendapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang gejala atau tanda influenza.

5. Apakah rawatan untuk penyakit influenza?

* Rawatan adalah secara simptomatik. Beberapa antiviral boleh membantu jika diberi pada peringkat awal. Walaubagaimana pun, keberkesanannya masih belum diketahui.

6. Apakah vaksin berkesan untuk mencegah pandemik infliuenza?

* TIDAK ! Vaksin yang ada dipasaran sekarang tidak memberi perlindungan terhadap pandemik influenza.

7. Adakah selamat untuk melawat ke negara-negara semasa pandemik influenza?

* ELAKKAN ! Jika perlu, dapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan terlebih dahulu sebelum sebarang perjalanan dilakukan.

8. Apakah perbezaan di antara INFLUENZA, AVIAN INFLUENZA dan PANDEMIK INFLUENZA?

Influenza adalah sejenis penyakit yang terjadi akibat dari jangkitan virus influenza A atau B atau C, yang menyerang saluran pernafasan manusia. Jangkitan dari seorang manusia kepada manusia lain berlaku melalui titisan cecair dari saluran pernafasan pesakit semasa batuk / bersin / bercakap.

Penyakit ini berlaku di seluruh dunia tetapi paling ketara dan teruk di negara-negara berhawa sederhana terutamanya di musim sejuk, sehingga ia dipanggil penyakit influenza bermusim.

Avian influenza satu atau selesema burung pula merupakan jangkitan virus influenza pada unggas. Dalam keadaan tertentu, ia boleh menjangkiti manusia. Virus tersebut adalah dari jenis Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI). Jika berlaku, pesakit akan mengalami gejala yang terus dan mungkin mati.

Virus selesema burung (avian influenza) ini boleh mengalami perubahan genetik dengan cepat dan muncul sebagai virus jelmaan baru (novel virus). Virus jenis terbut boleh menyerang manusia dan merebak daripada manusia kepada manusia dengan cepat sehingga mengakibatkan wabak di seluruh dunia. Ini dikatakan sebagai Pandekmik Influenza.

9. Di manakah anda boleh mendapatkan rawatan?

Sekiranya anda mengalami gejala seperti di bawah, segera ke kaunter khas di hospital yang telah ditetapkan :-

* Deman kuat melebihi 38°C, sakit tekak, sakit kepala, letih, lesu, sakit-sakit badan, batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal.

10. Apa yang perlu dilakukan jika anda dijangkiti?

* Gunakan penutup hidung dan mulut atau sapu tangan, majlumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut ATAU terus ke kaunter khas di hospital yang telah ditetapkan. JANGAN guna kenderaan awam dan kurangkan bersentuhan dan bergaul rapat dengan orang lain.

11. Adakah jangkitan ini boleh membawa maut?

Risiko kematian adalah tinggi jika mengalami komplikasi di kalngan kanak-kanak, warga tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik lain seperti jangkitan paru-paru dan sakit jantung.

Kesimpulan, anda yang telah membaca habis rencana kesihatan demi keselamatan kita semua ini, sila jangan abaikan nasihat yang telah disalurkan oleh pihak kesihatan setempat, malah kita harus mengucapkan terima kasih dan hargailah jasa mereka.

BERBUKA PUASA 1 Malaysia... Konsep 1 Malaysia semakin menyemarak kerana memang sudah lama negara kita mendapat kepujian kebudiman bahasa yang bersopan santun dari negara laur. Baru-baru ini Utusan Subis yang menyertai Majlis Berbuka Puasa anjuran Pusat Khidmat P.218 Sibuti di Masjib Besar Bekenu telah mendapati sekumpulan rakyat berbangsa Iban di sini kelihatan raut wajah seribu gembira kerana dapat menikmati suasana cara masyarakat Islam menyambut Bulan Ramadan 1430H.


Tr. Jambai ak Jali, 40-an (duduk 3 kanan) dari Rumah Panjang Bekelit Sibuti ketika ditemui menceritakan bahawa mereka amat bertuah mendapat jemputan Yang Berhormat Tuaj Haji Ahmad Lai Bujang ke Majlis Berbuka Puasa ini. Ini merupaka buat julung kali menyertai majlis seumpama ini di sebuah masjib yang besar lagi indah ini.


Kehadiran kami yang berbangsa Iban di sini juga secara langsung dan serba sedikit dapat mengetahui masyarakat Islam menunaikan tanggungjawab rakan Islam kita, kami sangat berterima kasih atas jemputan Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bujang kerana ia juga sebagai tugas utama memastikan konsep 1 Malaysia ini berjalan lancar.

TERIMA KASIH... YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang menyampaikan bantuan segera kepada mangsa kemusnahan rumah puan Catherine Ranggi baru-baru ini di Pejabat Pusat Khidmat P.218 Sibuti. Turut kelihatan seblah kanan Ahmad Lai ialah Pegawai JASA, Lukanisma.

10 perbadanan gembira terima

MRP daripada P.218 Sibuti


UTUSAN SUBIS (27 Ogos 2009) - Sepuluh perbadanan rumah panjang dan kampung gembira menerima peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Ahli Parlimen P.218 Sibuti Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bujang di Pejabat Pusat Khidmat P.218 Sibuti di sini pada 24 Ogos baru-baru ini.



Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai, peruntukan MRP ini adalah kegunaan untuk perbadanan kampung, rumah panjang seperti jawatankuasa keselamatan kemajuan kampung, rukun tetangga, lembaga pengelola sekolah, kumpulan wanita, PIBG sekolah dan individu (mangsa bencana) ialah sebagai usaha kerajaan membantu meringankan bebanan semasa mereka menjalankan aktiviti di kawasan masing-masing.



“Peruntukkan MRP ini adalah disalurkan oleh kerajaan negeri selepas menerima permohonan dari sesebuah perbadanan, mana kala MRP bencana pula merupakan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat dalam kesusahan seperti kemusnahan rumah akbibat runtuh, kebakaran dan banjir kuat.



Dengan adanya bantuan yang telah diterima ini, saya berharap supaya gunakan dengan sebetul-betul jangan untuk mengendalikan aktiviti yang berfaedah kepada penduduk masing-masing“, jelasnya.



Katanya, bantuan MRP seumpama ini yang dapat kita salurkan adalah tidak besar hanya jumlah yang kecil sebagai membantu mana-mana perbadanan yang telah memohon MRP ini yang bertujuan kerajaan kerjasama membantu menjayakan aktiviti yang masyarakat hendak adakan di sesuatu masa.



Antara 10 perbadanan termasuk satu bencana kemusnahan rumah ialah Persatuan Bomba Sukarelawa Batu Niah, Pusat Kegiatan Aktiviti Pemuda Bekenu, Persatuan Buddha, Persatuan Sim Bekenu, Gereja Roman Katolik Eve Maria Lambir, Persatuan Penganut Dewa Hock Tong Jeng, RELA Kampung Kejapil, JKKK Tr. Jambai ak Jali, JKKK Tr. Rajit ak Ambas dan Lipat ak Engki (Catherine Ranggi) mangsa rumah runtuh di Bantu Niah.



Turut hadir pada Majlis Penyerahan MRP ialah Pegawai JASA Sarawak, Lukanisma Awang Sauni, Kapitan Haw Min Yaw dan Kaunselor-kaunselor dari Majlis Daerah Subis.