Sabtu, 7 Mei 2011

PERMOHONAN DILULUS… Rosey Yunus menyampaikan Surat Kelulusan Permohonan Tanah di Kampung Bukit Bom Niah kepada KK Noh Mat sambil diperhatikan oleh Rozlan Haji Putit (tiga kiri) di Kampung Tiris pagi tadi.

JTS : NCR Tiris keempat
disukat di Bahagian Miri


UTUSAN SIBUTI - Seluas 2,241 hektar Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) masyarakat Kedayan, Melayu dan Iban di Kampung Tiris di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.61 Bekenu akan disukat pada 10 Mei depan.

Demikian kata ADUN Bekenu Rosey Yunus ketika bercakap pada Sesi Dialog Lapangan dan Majlis Penyampaian Kelulusan Permohonan Tanah anjuran Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri di Kampung Masjid Tiris pagi tadi.

Katanya, kawasan Kampung Tiris bersama tujuh kawasannya termasuk sebuah rumah panjang Tiris (Iban) adalah merupakan kawasan yang keempat di Miri yang akan disukat di bawah Inisiatif Baru NCR.

Keluasan tanah yang akan disukat NCR di kedua-dua kampung ini adalah seluas 2,241 hektar adalah dimiliki oleh seramai 2,713 orang penduduk.

Jabatan akan sentiasa berbincang dan mendapat pandangan daripada komuniti setempat dalam proses pelaksanaan Inisiatif Baru NCR dan komuniti dari peringkat bawah ke atas amatlah ditekankan untuk mengutarakan padangan dan pendapat masing-masing, jelasnya.

“Dalam memastikan Inisiatif Baru NCR ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, saya menyeru kepada semua pemilik tanah untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak jabatan apabila kerja-kerja penyukatan dijalankan pada minggu ini.

“Salah satu cara kerjasama ialah dengan membantu juru ukur jabatan dalam mengenalpasti sempadan tanah NCR penduduk yang akan membolehkan kerja penyukatan disisap dengan kadar segera”, tambahnya.

Penguasa JTS Miri, Rozlan Haji Putit berkata bahawa JTS telah mensasarkan untuk menyiapkan kerja penyukatan di sini pada pertengahan Julai tahun ini.

Tanah NCR yang telah disukat akan diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri yang akan disimpan di JTS serta di Pejabat Daerah.

Selain daripada itu, salinan tanah NCR juga akan diberi kepada ketua masyarakat setempat sebagai bukti yang kawasan Kampung Tiris telah disukat dan telah menjadi hak milik sah kepada kominiti di sini.

Penyukatan tanah NCR ini merupakan proses yang berterusan dan akan diteruskan sehingga ke penghujung Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu akhir tahun 2015, tambahnya.
BANTUAN… Hasbi Deni (kiri) yang terjun dalam parit ketika air sungai sedang pasang untuk menyelamat tetapi gagal. (gambar kecil) Mangsa Dian Kadir.

Kemalangan ke-2 bawa maut

UTUSAN SIBUTI - Kemalangan kali kedua selang lima minit membawa maut kepada seorang bapa yang ditunggu-tunggu tujuh anaknya pulang ke rumah akhir ditemui mati lemas di parit Kampung Dagang di sini tengah hari tadi.

Pegawai Penyiasat Trafik Miri ketika ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa yang dikenali Dian Kadir, 59, berasal Kampung Bungai Bekenu mengalami cedera teruk dibahagian kepala akibat kemalangan kendiri di selekoh jalan kampung.

Katanya, pihak polis telah mendapat panggilan kecemasan ini sekitar jam 12 tengah hari daripada orang awam dan terus bergegas untuk memberi bantuan namun mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan teruk dan lemas dalam parit.

“Kejadian ini berlaku setelah mangsa gagal mengawal motosikalnya di satu selekoh kampung ini lalu terjunam dan kepala mangsa terkena pada benda keras mengakibatkan mangsa gagal bertindak angkat dari kemalangan itu.

“Mayat mangsa telah dikeluarkan dari parit berkenaan oleh orang kampung yang melalui jalan ini”, jelasnya.

Menurut Hasbi Deni, 37, dari Kampung Dagang yang dimaklumkan isterinya kejadian itu terus bergegas untuk beri bantuan berkata sangat terkejut bahawa tidak tahu di mana mangsa berada.

Katanya, oleh kerana motosikal berada di tepi parit dan tidak buang masa terus terjun ke dalam parit yang air sungai sedang pasang untuk mencari mangsa dan menggangkat ke darat.

“Sebelum mangsa dibawa naik ke darat bahawa ia sudah tidak bernyawa mungkin akibat cedera teruk di kepala dan lemas dalam parit.

“Sebelum kejadian ini berlaku, mangsa adalah sihat dan sempat minum bersama dengan rakan-rakannya di pasar Bekenu pada pagi tadi”, jelasnya lagi.

Mayat mangsa telah dihantar menggunakan kenderaan polis ke Hospital Umum Miri (HUM) untuk bedah siasat.

TERPAKSA… Sulaiman Othman, 55, bersama isterinya terpaksa menggunakan rakit untuk membawa motorsikal mereka merentasi Sungai Nusah.

BANJIR KILAT DI KAMPUNG NUSAH

UTUSAN SIBUTI - Banjir kilat sering berlaku setiap kali hujan lebat pasti akan membawa pelbagai masalah kepada masyarakat Kampung Nusah, Sinup dan Mutap akibat jalan raya ditenggelami air bah.

Utusan Sibuti yang membuat tinjauan kawasan terbabit selepas menerima panggilan daripada penduduk di sini mendapati keadaan banjir kilat itu amat menyulitkan mereka untuk menjalankan tugasan runtin harian.

Penduduk Kampung Nusah Hamdan Kashim, 42, ketika ditemui di kawasan banjir kilat jalan kampung berkenaan berkata, keadaan ini sangat menyukarkan keadaan rakyat di sini terutamanya pada awal pagi ketika menghantar anak-anak kampung ke sekolah.

“Kami terpaksa menggunakan rakit buluh yang tidak tentu terjamin keselamatan bersama arus air sungai deras sangat bahaya kepada anak-anak kampung yang keadaan gelap awal pagi terpaksa mengharungi banjir sedalam tiga hingga empat kaki dalam.

“Kami juga terpaksa munggahkan motosikal ke atas rakit sebagai kenderaan untuk menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bekenu sejauh 5 kilometer dari sini dan sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu sejauh 10 kilometer”, jelasnya.

Jalan Kampung Nusah yang ditenggelami banjir kilat ini adalah berkelopok-lopok sekitar 800 meter panjang dan dalam hampir empat kaki. Banyak kebun yang mempunyai hasil tanam juga musnah dan sekurang-kurangnya selama tiga hari baru banjir kilat ini akan surut.

BANTUAN… Hamdan Kashim membantu rakan dari Kampung Sinup untuk menarik motosikal yang tenggelam di kawasan banjir kilat.


“Kita berharap pihak kerajaan akan turun padang jenguk keadaan yang kerap kali berlaku ini, tahun lepas sebanyak empat kali berlaku dan dalam awal tahun ini telah dua kali berlaku”, tamnbahnya.

Jefferi Isnin, 41, seorang pesara tentera yang tinggal di Kampung Nusah berkata, keadaan sedemikian sangat bahaya kepada penduduk di sini kerana tidak tahu bila masa keadaan buruk boleh terjadi kepada rakyat di sini.

“Kami berharap keadaan jalan yang sering dilandar banjir kilat ini mendapat dinaik taraf demi keselamatan pengguna yang lalui jalan ini”, jelasnya.

Deraman Abdullah, 50 an dari Kampung Rambai Bekenu ketika ditemui dalam perjalanan ke kebun sawitnya berkata, banjir kilat di sini memang benar sering berlaku kadang-kadang tanda sawit tidak dapat di keluarkan.

Katanya, di kawasan kampung ini mempunyai ramai masyarakat luar juga mengusahakan kebun sawit, pelbagai tanaman pokok buah-buahan dan padi serta sayuran.

Pihak jabatan kerajaan yang berkenaan dengan masalah rakyat sangat dialu-alukan untuk membantu rakyat kampung yang dilandar masalah banjir ini, tambahnya.

Sulaiman Othman, 55, dari Kampung Kawang Bekenu berkata, kejadian banjir kilat ini adalah merupakan kali kedua seawall tahun ini, tahun lepas kejadian serupa telah berlaku selama empat kali lebih teruk dan sangat bahaya kepada pengguna.

Berharap pihak kerajaan turun padang bertindak serius untuk menangani masalah rakyat, masyarakat kampung ini juga pernah beberapa kali mengadukan masalah ini kepada pihak atasan namun tidak ada tindakan perubahan dalam mengatasi masalah rakyat.