Rabu, 20 April 2011



TERIMA KASIH… Ripin Lamat (empat kanan) ketika bertemu dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat luar bandar yang telah memberi sokongan pada pilihan raya lepas.


Rakyat Lambir akan terus

mendapat perhatian kerajaan


UTUSAN SIBUTI - Masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (N.62) Lambir akan terus mendapat perhatian kerajaan supaya tidak ada yang tercici dalam arus pembangunan yang berkonsep gagasan 1Malaysia.


Setiap yang telah dirancangkan dan dalam proses yang dijalankan oleh mantan ADUN Lambir Datuk Aidan Wing akan diteruskan demi kesejahteraan rakyat di sini, kata ADUN Lambir Ripin Lamat ketika ditemui di Pejabat Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Lambir hari ini.


“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat kawasan ini yang telah memberi sokongan kepada parti Barisan Nasional telah bekerja keras dalam mempertahankan kerusi DUN Lambir pada pilihan raya baru-baru ini.


“Masyarakat di sini juga diharapkan supaya terus memberi kerjamasa dan sokongan kepada kerajaan BN bagi memudahkan kerja-kerja penyampaian keperluan yang ingin dinikmati oleh rakyat sendiri”, jelasnya.


Katanya, untuk memulakan perkhidmatan sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Lambir ini nanti adalah yang utama akan dilakukan ialah melawat, memantau dan mendengar masalah serta keperluan rakyat.


Pada pilihan raya baru-baru ini, Ripin Lamat dari PBB di tiket BN telah ditentang oleh dua parti pembangkang iaitu Zolhaidah Suboh (PKR) dan Johari Buang (SNAP), di mana Ripin Lamat telah memperolehi sebanyak 4,625 undi, PKR (3,104) dan SNAP (693) dengan majority 1,521 undi.

Ahli Parlimen Sibuti… Ahmad Lai Bujang.


Kemenangan DUN Bekenu - Lambir keyakinan Parlimen Sibuti


UTUSAN SIBUTI - Kemenangan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 61 Bekenu dan N.62 Lambir yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi P218 Sibuti dalam Pilihan Raya Parlimen akan datang.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dihubungihari ini berkata bahawa untuk menghadapi Pilihan Raya Parlimen akan datang kerusi P.218 Sibuti akan mampu dipertahankan berdasarkan kemenangan dua DUN yang berada dalam kontituensi Parlimen Sibuti.


Katanya, kemenangan ADUN Bekenu Rosey Yunus ini adalah kerja kegigihannya yang selalu membuat kerja turun padang sejak menjadi wakil rakyat pada penggal lepas yang mendapat sokongan kerjasama daripada masyarakat luar bandar.


“Dengan kegigihan beliau (Rosey) menjalankan tugas telah memberi beliau bersama BN terus mendapat sokongan rakyat yang berbilang kaum di kawasannya demi masa depan untuk mendapat pembangunan infrastruktur, sosioekonomi dan pendidikkan anak rakyat luar bandar.


“Oleh sebab kerja keras Rosey ini telah berjaya membuktikan beliau mampu memperbaikkan majoritinya dan beliau memang benar mempunyai seorang wakil rakyat yang membela nasib rakyat di kawasan luar bandar”, jelasnya.


Pada pilihan raya baru-baru ini, tektik berkempen keras dan kasar yang ditunjukkan oleh parti pembangkang amat dikesali di DUN Bekenu tetapi mereka (pembangkang) tidak dapat menundakan perasan pengundi yang terus sokong BN di sini tetapi berbeza di bandar Miri, tambahnya.


Bagi DUN Lambir, katanya, kemenangan ADUN Lambir Ripin Lamat adalah mendapat sokongan daripada bumiputera yang 80 peratus turun mengundi berpihak kepada BN.


Sangat sedih sikit di kawasan Cina menunjukkan tidak minat untuk undi calon BN dan mereka ini lebih beri sokongan kepada parti pembangkan iaitu parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).


“Mungkin dalam pemikiran mereka telah terbawa dan terikut rentak rakan-rakan mereka daripada parti pembangkang semenanjung sperti PKR, DAP dan PAS disebabkan dengan janji manis mereka pikat undi calon pembangkang.


“Walaupun dihati mereka mahu undi calon BN oleh kerana desakkan bertubi-tubi peraih undi di depan pintu pagar masuk pusat pengundian, mereka guna tektik kotor tarik pengundi ke tepi undi desak mengundi pembangkang”, jelasnya.


Katanya, Kerajaan BN percaya sokongan rakyat masih teguh kepada BN, kempen yang dijalankan oleh kedua-dua calon N.61 dan N.62 pada pilihan raya DUN Sarawak dan menyifatkan semua penduduk luar bandar masih setia dan menyokong BN.


Majoriti pengundi di dua kontituensi ini lebih kuat dan menyokong BN, jika begini keadaannya, maka tidak mustahil kita akan mempertahankan kerusi P.218 dalam pilihan raya Parlimen kelak, tambahnya.


“Bagi mempertahankan kerusi P.218 Sibuti ini saya bersama ADUN Bekenu dan Lambir akan turun padang dan meninjau keperluan rakyat di kawasan luar bandar untuk disampaikan permohonan rakyat kepada kerajaan persekutuan,” jelasnya.


Pada pilihan raya DUN lepas, beliau juga menolak cara parti pembangkang dari luar yang sengaja menimbulkan keadaan huru-hara terutamanya pada hari pengiraan undi di Stadium Terturtup Miri tidak disangka pembangkang begitu keras hati dengan keputusan yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus SPR.


Rakyat Sarawak seharusnya tidak membenarkan orang luar membuat kacau bilau sebaliknya mengekalkan keadaan aman, kemakmuran dan kestabilan politik di Sarawak.

Kabinet Sarawak: SUPP Serah Kepada Ketua Menteri

UTUSAN SIBUTI - Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Lee Kim Shin menyerahkan kepada Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengenai pelantikan wakil parti itu dalam kabinet negeri.


Datuk Lee Kim Shin merupakan seorang daripada dua calon Cina SUPP yang memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri Sabtu lepas, berkata beliau juga tidak mahu mengulas lanjut kerana kuasa melantik di tangan ketua menteri. Beliau yang ditemui pemberita di sini hari ini diminta mengulas mengenai gesaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar SUPP tidak menerima pelantikan ke kabinet bagi mewakili masyarakat Cina Sarawak kerana parti itu telah kehilangan sokongan mereka.

Lee sebelum ini memegang jawatan menteri muda bagi dua portfolio iaitu Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan serta Belia dan Sukan. Pada pilihan raya negeri yang baru berakhir, Lee mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Senadin yang diwakilinya sejak 1996 dengan majoriti tipis 58 undi, apabila memperolehi 7,344 undi mengatasi calon Parti Keadilan Rakyat Dr Michael Teo Yu Keng yang menerima 7,276.

Mengulas kemenangan tipisnya, Lee berkata tindakan pemimpin pembangkang dari Semenanjung yang mengamalkan budaya politik ganas semasa berkempen antara faktor jumlah undi yang diterima beliau merosot. Bagaimanapun, Lee berkata keputusan itu tidak menghalang beliau untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada seluruh masyarakat di kawasannya.
KEMENANGAN BN UNTUK RAKYAT

TERIMA KASIH…. Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu Rosey Yunus habiskan masa setengah hari menemui rakyat di sekitar pekan Bekenu untuk memberi ucapan terima kasih di atas sokongan kepada Barisan Nasional yang telah memenangi dan mempertahankan kerusi Bekenu pada pilihan raya lepas.

(Gambar) Kelihatan Rosey Yunus begitu mesra bersalaman dengan rakyat ketika menemui penyokongnya di Tamu Majlis Daerah Subis (MDS) di sini pada tadi.

Dalam pertemuan bersama rakyatnya di sini tadi, beliau yang dikenali sebagai seorang wanita berjiwa rakyat turut tidak ketinggalan untuk bertanya tentang pembangunan dan keselamatan rakyat kawasan jagaannya.

Pada pilihan raya lepas, Rosey Yunus hampir memperolehi 100 peratus pada peti undi berpihak kepada Barisan Nasional, di mana DUN Bekenu adalah mempunyai sebayak 31 peti undi di sembilan pusat Daerah Mengundi.

Rosey Yunus cuma tewas di dua peti undi kawasan Iban iaitu di Rumah Panjang Lingu (Pakut) kalah lapan undi kepada SNAP dan di Rumah Panjang Sungai Bakas kalah 46 undi kepada PKR serta selebih 29 peti undi adalah berpihak Barisan Nasional.

Utusan Sibuti yang membuat analisis tentang keputusan Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 mendapati masyarakat Cina di pekan Bekenu, Batu Niah dan Niah/Sepupok telah memberi sokongan lebih besar daripada pilihan raya 2006.