Ahad, 29 Ogos 2010

TARIK BALIK LUAHAN UNDUR… Kaunselor Jamali Basri (lima kiri) bersama penduduk kampung selepas mesyuarat kepimpinan Pehin Sri di Kampung Kuala Sibuti.


Rakyat Kampung Kuala Sibuti:

Bukan Masa Pehin Sri Berundur


UTUSAN SIBUTI - Sila tarik balik luahan berundur dan bukan masa untuk Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berundur kerana kebijaksanan pentadbiran dan perkhidmatan beliau memajukan Sarawak masih diperlukan.


Kaunselor Jamali Basri ketika ditemui di Kampung Kuala Sibuti ketika bermesyuarat mengenai kepimpinan Ketua Menteri bersama penduduk perkampungan nelayan di sini berkata, pembangunan dan kemajuan Kuala Sibuti adalah kerana kestabilan politk dan kami mahu beliau terus berkhidmat untuk Sarawak.


Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat luas pengalaman dan besar perkhidmatannya dalam mentadbir negeri Sarawak yang hampir seluas Semenanjung Malaysia.


“Banyak perubahan besar telah berlaku sejak beliau mula menjadi Ketua Menteri Sarawak yang banyak memperlajari kerja-kerja mentadbir ketika dalam kerajaan persekutuan hingga dibawa ke Sarawak”.


“Lihatlah di setiap pelusok dalam kawasan pendalaman telah dibangunkan, antara pembangunan besar ialah sistem perhubungan jalan raya, bekalan elektrik, air bersih, sekolah dan hospital serta pelbagai lagi”, tambahnya.


Semua ini adalah hasil daripada kestabilan politik tanah air terutamanya di negeri kita Sarawak ini, ini juga di atas kerjasama yang dimainkan oleh semua masyarakat kita yang lebih awal mengamal 1 Sarawak.


Usaha dan kerja yang dimainkan oleh Pehin Sri bersama para pemimpinnya iaitu para Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen dan kerajaan kita telah membawa pelbagai pembangunan dan kemajuan yang sukar digugat oleh parti pembangkang, tambahnya lagi.


Kaunselor Jamali Basri yang juga merangkap Pengerusi Koperasi Kampung Kuala Sibuti berkata, kesungguhan dan keberani beliau dalam menempohi berbagai rintangan dan cabaran dalam politik memang tidak dapat dinafikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin harus meneruskan perjuangan dalam membela nasib rakyat terumatanya bagi masyarakat luar bandar dan pemdalaman.


Kami kaum nelayan Kampung Kuala Sibuti tidak mahu Pehin Sri berundur dan sila tarik balik luahan itu, jelasnya dengan seratus peratus Pehin Sri mampu membawa Sarawak lebih maju pada masa akan datang.


Turut hadir menyatakan sokongan untuk tidak mahu Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ialah KK Sani Lakim, Ketua, Ktua Pemuda dan Ketua Gerakan Wanita PBB Ranting Kuala Sibuti Ramlee Nawawi, Ahmad Zaini dan Halifah Othman serta semua penduduk kampung berkenaan.

SELAMAT DATANG… Para pelajar SK Rh Essau menyambut kedatangan ADUN Bekenu, Rosey Yunus dengan penuh semangat patrotik kemerdekaan.


SUASANA HARI KEMERDEKAAN DI LUAR BANDAR


UTUSAN SIBUTI - Setiap tahun menjelang Hari Merdeka Malaysia, setiap tahun juga kami menyambut hari penuh bersejarah itu bagi mengenang jasa pemimpin masa lampu dan sekarang.


Jasa dan perjuangan mereka telah memberi kami di kawasan pendalaman ini telah bertukar menjadi kawasan yang paling terdekat dengan bandaraya Miri melalui pembangunan dan kemudahan seperti sistem Jalan Raya Persisiran Pantai Miri Bintulu.


HARGAILAH PENJUANGAN MALAYSIA…. Rosey yunus ketika menyampai ucapan majlis perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di kawasan pendalaman kawasan Tiris pagi tadi.


Demikian kata Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Rh Essau Ngelambong Gajah ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu Rosey Yunus di Rukah Panjang Enteri pada pagi tadi.


Katanya, sambutan kemerdekaan ini sangat bermakna kerana semua kemudahan asas seperti sistem perhubungan jalan kampung, bekalan elektrik dan air bersih serta pelbagai lagi telah sampai ke kawasan Tiris yang mempunyai enam perkampungan masyarakat Kedayan dan ke rumah panjang kami pada tahun ini.


MERDEKA… Ngelambong Gajah (depan) mengetuai melaungkan kemerdekan. Turut serta ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus.


RASMI… Rosey Yunus bersama pihak SK Rh Essau Tiris memotong kek sebagai tanda perasmian sambutan Haji Kemerdekaan Ke-53 yang bakal tiba esok hari.


Terima kasih kepada kerajaan negeri dan persekutuan yang menjadikan kawasan ini tidak terpinggir daripada arus pembanguna negara, tambahnya lagi.


Utusan Sarawak yang hadir bersama ADUN Bekenu mendapati bahawa keceriaan dan kegembiraan masyarakat Kedayan dan Iban di sini amat jauh berbeza sebelum ini.

MERDEKA…. Rosey Yunus (tengah) memukul gong tanda perasmian Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di SK Rh Essau yang dahulu merupakan sebuah sekolah yang jauh dari pusat bandar.

Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan


UTUSAN SIBUTI - Kestabilan politik Barisan Nasional (BN) Sarawak bersama puncuk kepimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah pembawa pembangunan dan kemajuan yang tidak diduga oleh masyarakat luar bandar amnya.


Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.61 Bekenu, Rosey Yunus ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Rumah Essau Tiris pagi tadi.


Rosey, pembangunan dan kemerdekaan perlu disyukuri dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat.


Pembangunan dan kemajuan penduduk luar bandar yang dinikmati kita sekarang adalah hasil perjuangan pemimpin masa lampau yang turut diwarisi terus menerus oleh pemimpin dan kerajaan sekarang perlu dijaga untuk mencapai kemajuan di tahap lebih menjamin masa depan.


Oleh itu, rakyat perlu bersyukur kerana ianya adalah nikmat sebenar kemerdekaan yang diperjuangkan, maka dengan ini rakyat harus menjaga negeri kita dengan sebaik-baiknya melalui kestabilan poltik, tambahnya.


“Kestabilan politik Sarawak bersama kemerdekaan negara membolehkan kerajaan mengatur semua hal-ehwal negara mengikuti aspirasi dan cita-cita rakyat”.


“Pada hari kemerdekaan ini, setiap individu rakyat mesti mengambil peluang merenung dan bertanya kepada diri, bagaimana menggunakan keupayaan, kekuatan, kebijaksanaan kita demi kejayan bersama”, jelasnya lagi.


Turut hadir bersama pada majis ini ialah Yang Dipertua PIBG SK Rumah Essau Ngelambong Gajah, Kaunselor Sulaiman Ahmad, Tr. Enteri Blawan, Ketua Aktiviti Wanita Bekenu Niah Normah Ali dan guru besar SK Rh Essau Sebastian Budol Denden serta penduduk setempat.


Pada majlis ini, Rosey Yunus telah menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada PIBG SK Rh Essau dan RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memperluaskan aktiviti masing-masing.

Sumbangan daripada
Bahan Berita / Foto : - Nazri Ahmad Lai



KECERIAAN ANAK YATIM…. Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang (dua kiri) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim pada malam Gema Nur Kasih Di Aidilfitri bersama Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak Cawangan Miri anjuran Mega Hotel (Miri) dan RTM (Miri) pada malam kemarin.


Sumbangan berkenaan adalah untuk memberi galakkan dan kasih sayang kepada kanak-kanak yatim dalam menempuhi kegembiraan semasa Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma dua minggu lagi.

Rabu, 25 Ogos 2010

KENANGAN… Rosey Yunus (tiga kiri), Datuk Ibrahim Saat (tengah) dan KK Ahmad Ajak (tiga kanan) merakamkan kenang-kenangan bersama peserta konvoi di Surau Darul Ibadah Kampung Lajong Kuala Niah malam tadi.


ROSEY YUNUS : CINTAKAN NEGARA

PERLU ADA PADA MASYARAKAT


UTUSAN SIBUTI - Semangat cintakan negera perlu ada pada setiap kalangan masyarakat di Malaysia, untuk menyemarakkan cinta negara satu langkah yang terbaik seperti Konvoi Ambang Mederka 1Malaysia yang dilakukan Biro Tata Negara Sabah (BTNS) yang sedang dalam perjalanan ke Bandaraya Kuching pada malam ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bekenu, Rosey Yunus ketika ditemui pada majlis sambutan kehadiran para konvoi BTNS di Kampung Lajong Kuala Niah malam tadi berkata, usaha BTNS ini harus dicontohi kerana ia melahirkan rasa cinta dan menjaga keamanan negara.


SAGUHATI... Rosey Yunus menerima saguhati daripada peserta Konvoi BTN Sabah.

Katanya, melalui konvoi ini masyarakat di sini juga sangat bermakna terutamanya dalam semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Sabah dengan Sarawak yang berjiran dapat bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman masing-masing.


Kehadiran para konvoi ke kawasan yang agak terperincir ke Kampung Lajong Kuala Niah ini juga menunjukkan mereka ingin melihat dengan nyata terbuktinya masyarakat di sini sudah menerima pembangunan dan kemajuan daripada kerajaan Barisan Nasional.


Pembangunan dan kemajuan di sini memang banyak membawa perubahan kepada penduduknya berbanding pada masa lampau yang langsung tidak mempunyai jalan raya apatah lagi kemudahan asas, jelasnya.


“Sejak menjadi wakil rakyat di DUN Bekenu ini, memang banyak perubahan dan peruntukkan telah disalurkan ke kawasan ini melalui kerajaan negeri dan persekutuan, semua pembangunan ini adalah hasil daripada kesungguhan penduduk sendiri dan saya cuma menjalankan tugas diamanah penduduk untuk menjayakan permohonan pembangunan mereka”.


“Pernah seketika pada awal tahun 2010 tersiar akhbar tempatan berbahasa Melayu tentang masyarakat di sini masih mundur tidak menerima pembangunan dan kemajuan daripada pihak kerajaan dan bahawa berita itu tidak benar yang mahu memburukkan kelemahan BN Sarawak”, tambahnya.


APA KHABAR..... Datok Ibrahim Saat bertanya khabar bersama penduduk kampung sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus.

Terdahulu, Ketua Pengarah BTNS Datuk Ibrahim Saat ketika berucap ringkas berkata bahawa rombongan konvoi mereka ini ialah mahukan perkembangan semangat perpaduan berterusan antara Sabah dan Sarawak dalam menyambutan Kemerdekaan Malaysia ke 53 tahun.


Katanya, konvoi ini telah bermula pada 23 Ogos di Sabah hingga ke Daerah Lundu (Sarawak) dan jadual tiba di Lundu ialah pada 28 Ogos, dalam perjalanan kami ini pasti memperolehi yang terbaik akan kita jadikan contoh di Sabah nanti.


JAMUAN.... Peserta dihidang dengan pelbagai jenis makanan ala kampung yang tidak diduga oleh peserta BTN Sabah.

Rombongan kami ini terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan Sabah iaitu seramai 102 peserta dengan menggunakan sejumlah 30 kenderaan dari Sabah.


Sebenarnya kami mempunyai 150 peserta dan 40 kenderaan tetapi malangnya terdapat segelintir kenderaan peserta telah mengalami masalah di Negara jiran Sabah dan Sarawak iaitu Brunei Darulsalam, jelasnya.


“Apa yang penting di kawasan luar bandar dan kampung terpencir di sini adalah satu cara terbaik iaitu berkerjasama dengan BN dan teruskan semangat perpaduan setiap lapisan masyarakat”.


“Seperti di Sabah hanya Barisan Nasional yang mampu membela nasib dan membawa pembangunan serta kemajuan rakyat, di Sarawak juga bahawa BN sahaja mampu bela nasib rakyat”, tambahnya.


TUMPANG SEKALI...Rakan Media yang tumpang sekaki ketika berada di Kampung Lajong Kuala Niah bersama Rosey Yunus dan rombongannya.

Diharapkan satu hari nanti bahawa penduduk Sarawak juga akan berkunjung berkonvoi ke Sabah supaya semangat perpaduan kejiranan kita mampu membawa Malaysia lebih membangunan pada masa akan datang, katanya lagi.

TERIMA KASIH…. Rosey Yunus (dua kiri) menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Bainon Jurit sambil diperhatikan oleh Ketua Kaum Ahmad Ajak dan Pengerusi Masjid Rosli Badengah (kanan).


GALAK ANAK-ANAK KE MASJID


UTUSAN SIBUTI - Ibubapa diseru untuk menggalakkan anak-anak supaya rajin ke masjid dan surau dalam menimbah ilmu keagamaan yang banyak memberi kepenggunaannya ketika menjangkau usia remaja kelak.


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bekenu Rosey Yunus berkata, pengelibatan agama pada zaman kanak-kanak adalah merupakan yang terbaik dalam usaha membimbing mereka menjadi seorang insan yang penuh bertanggungjawab dalam pelbagai aspek.


Katanya, anak-anak yang diasuh dengan kesungguhan yang menyeluruh dalam keilmuan keagamaan juga merupakan kunci membawa kejayaan kepada mereka.


“Setiap individu yang berpegang kuat terhadap pengajaran agama akan mampu memberi pelbagai kesedaran dan kefahaman kerana setiap ajaran agama adalah sama iaitu tentang kebaikkan sesame kita”.


“Kesedaran melalui pengajaran agama juga menjadikan diri kita menjadi seorang insan berkesedaran dan bertanggungjawab sepenuhnya dengan kehendak-kehendak di masyarakat di persekitaran setempat malahan di bandar-bandar kerana semua agama adalah sama mahukan kebaikan” katanya ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa dan Bertarawih bersama penduduk Kampung Lajong Kuala Niah malam tadi.


Katanya, kesedaran melalui agama yang memahami kesabaran juga telah banyak memberi kebaikkan kepada kita semua, dengan kesabaran ini telah banyak membawa pembangunan kampung ini (Kampung Lajong) yang dahulu merupakan sebuah kampung terpincir.


Lihatlah dengan kesabaran dan kerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional sehingga kini kita di sini sudah mendapat pelbagai bantuan dan kemudahan asas diperolehi seperti jalan raya dan bekalan elektrik bakal dinikmati oleh penduduk sendiri dalam masa terdekau ini, tambahnya.


Justeru, jika terdapa mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak dikenali muncul di kawasan ini harus disingkirkan kerana mereka kedatangan mereka cuma mengucar-kacirkan pembangunan dan kemajuan yang masih banyak perlu dituntut oleh penduduk di sini.


Cangkalan dan janji manis daripada pihak pembangkang hanya datang menjelang pilihanraya dan selepas itu penduduk di sini ditinggalkan, bukan sekali dua penduduk diperdayakan dengan perkara seperti ini.


Oleh itu rakyat harus sedar dan memahami usaha pembangunan yang dilakukan oleh Barisan Nasional yang benar-benar membela nasib rakyat di negeri ini, jelasnya.

Isnin, 23 Ogos 2010

TERIMA KASIH… Sebahagian daripada masyarakat Bekenu dan Niah yang menerima bantuan daripada Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) pada Majlis Agihan Sumbangan Ramadan yang diadakan di Masjid Al-Muttaquin Bekenu pagi tadi.


MIS dan TBS menyumbangan sejumlah RM89,200 pada majlis berkenaan. Jumlah berkenaan telah diagihkan kepada Fakir/Miskin Aidilfitri Bekenu seramai 186 penerima yang berjumlah RM18,600 dan kawasan Niah seramai 76 penerima (RM7,600).


Mana kala sejumlah RM5,000 untuk lima masjid di sekitar Bekenu dan Niah dan RM58,000 untuk 58 buah surau di Bekenu dan Niah. Sementara itu seramai 23 amil telah dilantik menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan oleh pihak MIS (Tabung Baitulmal Sarawak).


Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bekenu, Rosey Yunus.
TERIMA KASIH… Rosey Yunus (tengah) menyampaikan sumbangan kepada peserta yang menerima bantuan daripada Majlis Islam Sarawak dan Tabung Baitulmal Sarawak. Turut kelihatan di sini ialah Kaunselor Jamali Basri (kiri) dan Mohamad Jol Ahmad (kanan).


SUMBANGAN MANA-MANA PIHAK DIALUKAN


UTUSAN SIBUTI - Sumbangan daripada mana-mana agensi dan pihak sangat kita alu-alukan bagi membantu meringankan masyarakat Islam yang benar-benar memerlukan terumatanya kepada yang miskin dan kurang bernasib baik dalam bulan Ramadan ini.


Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Bekenu) Rosey Yunus ketika bercakap pada Majlis Agihan Sumbangan Ramadan anjuran Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang diadakan di Masjid Al-Muttaquin di sini pagi tadi.


Katanya, peranan dan tanggungjawab serta sumbangan daripada pihak MIS dan TBS yang menyalurkan bantuan berupakan wang ringgit kepada umat yang memerlur seumpama ini harus dicontohi oleh mana-mana pihak negeri Sarawak.


Dengan mempunyai semangat kemanusiaan sedemikian akan memberi keceriahan kepada yang miskin supaya mereka tidak terasa terpinggir ketika menyambut hari mulia di Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi, jelasnya.


Mana kala sumbangan kepada masjid dan surau pula akan memberi kemudahan mereka untuk mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan di masjid dan surau supaya menarik ramai lagi golongan muda mudi umat Islam persekitaran Bekenu datang ke masjid dan surau, tambahnya lagi.


Turut hadir pada majlis ini ialah Pegawai Hal Ehwal Islam Miri Mohamad Jol Ahmad, SAO Niah Salbilah Dahlan, Pengerusi Masjid Al Muttaquin Bekenu Kaunselor Jamali Basri, Penghulu Saban serta ketua-ketua kaum DUN Bekenu.


MIS dan TBS menyumbangan sejumlah RM89,200. Jumlah berkenaan telah diagihkan kepada Fakir/Miskin Aidilfitri Bekenu dengan seramai 186 penerima yang berjumlah RM18,600 dan kawasan Niah seramai 76 penerima (RM7,600).


Mana kala sejumlah RM5,000 untuk lima masjid di sekitar Bekenu dan Niah dan RM58,000 untuk 58 buah surau di Bekenu dan Niah. Sementara itu seramai 23 amil telah dilantik menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan oleh pihak MIS (Tabung Baitulmal Sarawak).

Rh Ampau adakan Program Cintai Sungai

UTUSAN SIBUTI - Rumah Panjang Ampau Baki Sungai Stapang Ulu Niah kawasan Dewan Undangan Negeri (N.60 Kemena) akan mangadakan Program Cintai Sungai pada 28 Ogos ini bagi memberi kesedaran lebih menyeluruh kepada masyarakat Iban tentang kepentingan sungai pada masa kini.

Setiausaha Majlis Daerah Subis (MDS) Sait Enggang ketika ditemui selepas mesyuarat program berkenaan di sini berkata, program sedemikian amat penting bagi memberi kesedaran bertapa pentingnya sungai terutamanya di kawasan luar bandar.

Katanya, kebanyakkan rumah panjang di kawasan luar bandar masih memerlukan air sungai sebagai bekalan ketika musim kemarau berpanjangan kerana sebahagian daripada rumah panjang di sini belum mempunyai kemudahan asas seperi bekalan air bersih.

Dengan mempunyai usaha kerjasama dalam penjagaan sungai oleh masyarkat Iban di sini juga sudah tentu hidupan ikan-ikan tidak terancam dan kepupusan ekoran daripada aktiviti pertanian dan kesumbatan aliran air sungai, jelasnya.

Antara agensi kerajaan memberi bekerjasama penganjuran program ini ialah Lembaga Sungai-sungai Sarawak, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Daerah Subis, Jabatan Perparitan dan Pengairan, serta 11 rumah panjang kawasan DUN N.60 Kemena.

Program Cintai Sungai ini nanti akan dilaksanakan oleh Datuk Douglas Embas dan turut hadir majlis ini nanti ialah ADUN Kemena Dr Stephen Rundi Utom dan Pengerusi Jawatankuasan Program Cintai Sungai Kaunselor Ensaring serta Pengerusi Pengelola Program Kaunselor Sebastian Janting Takin serta tuai-tuai rumah panjang kawasan Kemena dan Niah.

Aktivti yang akan diadakan di sini nanti ialah beberapa ceramah daripada Lembaga Sungai-sungai Sarawak, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Daerah Subis, Jabatan Perparitan dan Pengairan.

Pada sebelah petang hari yang sama Datuk Douglas akan melawat Rumah Panjang Boniface Bada Enjah (Suai) dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat yang turut hadir bersama nanti ialah Dr Stephen Rundi Utom.

Ahad, 22 Ogos 2010

KENANGAN…. Rosey Yunus bersama rombongannya merakamkan kenangan dengan penduduk Rumah Lagan Saeh di tapak cadangan pembinaan sebuah rumah panjang baru di Saeh ini.

BEALB nafas baru Rh Lagan Saeh


UTUSAN SIBUTI - Penduduk Rumah Panjang Lagan Saeh yang belum mempunyai rumah panjang setelah terlibat dalam kebakaran beberapa tahun lalu mendapat kelulusan projek Bekalan Elektri dan Air Bersih Luar Bandar dan Wilayah (BEALB) yang kini memberi nafas pemulaan pembangunan kepada mereka.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Bekenu) Rosey Yunus ketika ditemui di tapak pembinaan rumah panjang berkenaan hari ini berkata, kerajaan bukan hanya memberi keutamaan kemudahan asas kepada rakyat yang sudah punyai rumah malahan turut diberi perhatian mendalam juga kepada rakyat yang sebar kekurangan.


Katanya, sebanyak 23 pintu ketua keluarga Rh Lagan Saeh yang mempunyai pelbagai kekurangan kemudahan asas akan terus mendapat perhatian daripada pihak kerajaan selepas ini kerana rakyat di sini benar-benar memberi penunjuk contoh kesabaran mereka dalam penanti pembangunan yang disalurkan kepada mereka.


Antara yang harus diberi perhatian yang mendalam oleh pihak kerajaan terhadap penduduk di sini ialah kita (kerajaan) berusaha mencari jalan membantu mereka untuk mendirikan sebuah rumah panjang yang baru bagi memberi keselesaan kediaman yang mereka idamkan selama ini, jelasnya.


“Hari ini, saya telah mengesyorkan sebuah rumah panjang bantuan kerajaan iaitu untuk mendirikan sebuah rumah panjang berkonsep PPRT dan mereka telah menunjuk minat terhadap cadangan saya”.


“Walaupun mereka telah menaruh minat terhadap konsep rumah panjang disyorkan itu, tetapi mereka harus melihat dan meneliti terlebih dahulu supaya cipta rasa mereka terhadap rumah panjang itu seratus peratus memuaskan hati mereka”, tambahnya lagi.


Rosey Yunus turut mengingatkan bahawa rakyat di sini yang bersama dengan Barisan Nasional (BN) supaya teruskan dan perkukuhkan lagi sokongan dan bawa belia-belia berdaftar sebagai pengundi bersama membawa kemajuan BN dan masyarakat di kawasan ini.


Kehadiran dan sokongan belia-belia di kawasan luar bandar sangat penting dalam mengejar pelbagai pembangunan dan kemajuan yang harus diperolehi untuk dinikmati bersama-sama pada zaman sebar moden sekarang ini, katanya.


Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Rumah Panjang Lagan turun diberi kelulusan RM5000 melalui Peruntukan Kecil Luar Bandar (MRP) daripada ADUN N.61 Bekenu. Turut hadir bersama rombongan Rosey Yunus ialah Pengerusi (SPDP) Bahagian Bekenu, Kaunselor Sebastian Janting dan Kaunselor Sulaiman Ahmad serta Setiausaha SPDP Bekenu Andrew Abak.

RASMI… Ahmad Lai menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta ramaja yang aktif dalam Rakan Muda Bekenu. Turut kelihatan ialah Daniel Batin (kanan).

UTUSAN SIBUTI - Golongan muda dan belia kawasan luar bandar diseru lebih aktif dalam pelbagai program majukan diri kerana golongan ini merupakan bakal menjadi seorang pemimpin, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Ahmad Lai berkata, tiap-tiap kawasan parlimen sedia dan berusaha untuk melatih rakyat yang berbilang kaum terutamanya kepada golongan muda supaya mempunyai pelbagi ilmu pengetahuan.

“Ilmu pengetahuan ini bukan sahaja kita boleh perolehi semasa di bangku sekolah, malahan ilmu ini boleh kita perolehi di mana-mana sahaja, asal kita mempunyai kemahuan untuk memajukan diri”.

“Jika kamu pandai, pandai lah kamu, jika tidak mahu berusaha berjaya maka kamu akan menerima ketinggalan daripada apa yang sedang berlaku dari semasa ke semasa”, jelasnya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Bengkel Rekacipta Laman Blog Dan Pelancaran Pusat Siber Rakan Muda P.218 Sibuti petang tadi.

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan Malasyia telah mewujudkan Pusat Kegiatan Rakan Muda (Pusat Siber) kawasan Parlimen di Malaysia. Dan di Bahagian Miri Pusat Siber terletak di Pekan Marudi (P.220 Baram), Tudan (P.219 Miri) dan Pekan Bekenu (P.218 Sibuti).

Objektif pusat siber ini bertujuan menarik minat golongan remaja meningkatkan pengetahuan dan kepentingan penggunaan computer. Selain itu kesamarataan golongan remaja yang celik IT di semua peringkat akar Umbi.

Dengan adanya pusat sedemikian, kementerian berharap golongan remaja dapat mengambil peluang dengan kemudahan ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah dan ia juga sebagai pusat kegiatan dan perbincangan golongan remaja dalam melaksana program-program rakan muda, tambahnya.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Pejabat Belia dan Sukan (Miri) Daniel Batin, Kaunselor Jamali Basri, Pegawai Pelajaran Subis Alu Muddin, Penghulu Sadi dan kakitangan Pusat Siber Miri.
SUMBANGAN….Ahmad Lai Bujang (lima kanan) menyampaikan sumbangan kepada Kaunselor Jamali Basri sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus dan penduduk Kampung Kuala Sibuti pada malam tadi.

PERSEKOLAHAN ANAK PENTING : AHMAD LAI

UTUSAN SIBUTI - Pembelajaran anak-anak tidak boleh diabaikan kerana mereka merupakan generasi pelapis membawa negara lebih membangun pada masa depan, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Ahmad Lai Bujang yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Terawih di Kampung Kuala Sibuti dan Kampung Kelulit malam tadi berkata, anak-anak kita yang masih berada di bangku sekolah harus diberi titikberat dari setiap sudut hingga mereka berjaya memijak kaki ke menara gading.

Katanya, pihak kerajaan telah banyak memberi kemudahan di sekolah-sekolah rendah dan menengah, maka ibubapa dan guru memberi perhatian menyuruh supaya anak-anak kita tidak ketinggalan bagi mencapai keputusan setiap peperiksaan dengan cemerlang.

Justeru, kerjasama dan sokongan kedua-dua belah pihak ialah pengajar dan ibubapa amat diperlukan dalam pemantauan terhadap anak-anak dar semasa ke semasa bagi mereka tidak terpengaruh dan terjebak dengan gejala sosial tidak sihat, jelasnya.


Ahmad Lai turut menasihati agar anak-anak kawasan luar bandar supaya giatkan diri dengan aktiviti sosial sihat bagi menjamin berdaya saing dengan mereka di bandar sekali gus membawa kerjayaan masing-masing di masa depan.


Bersama dengan majlis berbuka puasa, Ahli Parlimen Sibuti juga telah menyampaikan geran peruntukan MRP sejumpah RM3,000 kepada Pengerusi Koperasi Kampung Kuala Sibtui Kaunselor Jamali Basri.


Sumbangan MRP itu adalah sebagai memberi galakkan kepada anak-anak ahli koperasi yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SMP dan STPM tahun 2009 lepas.


Terdahulu, Kaunselor Jamali Basri yang ditemui turut merakamkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sibutin telah menyumbangkan galakkan sejumlah RM3,000 yang memberi sokongan kepada anak-anak masyarakat luar bandar akan lebih berjaya kelak.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Bekenu) Rosey Yunus dan Timbalan Residen Miri, Abdul Aziz Mohamad Yusof dan penduduk setempat.

Khamis, 19 Ogos 2010

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang (tengah) bagi pihak Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Sealine di sini pada baru-baru ini.

Ahmad Lai turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelbagai pihak yang berbesar hati tampil kehadapan untuk memberi sumbangan bantuan kepada mangsa kebakaran yang masih memerlukan pelbagai bantuan.


Turut hadir pada majlis penyampaian itu ialah Timbalan Pengerusi LAKMM Jamil Bujang serta beberapa kakitangan daripada Persatuan Bula Sabit Merah (PBSM) Malaysia Miri.
BERDIRI TEGUH BERSAMA KERAJAAN… Sebahagian daripada 23 Ketua Kaum dan Tuai Rumah Panjang dari Kawasan Niah/Sepupok/Saeh yang menerima Sijil Perlantikan yang dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang di sebuah hotel terkemuka di Miri baru-baru ini.

Kapitan Haw Min Wai, 50-an (berdiri) merupakan satu-satunya masyarakat kaum Cina yang menerima pengesahan selaku Ketua Kaum Cina yang sangat aktif ketika sesuatu kegiatan anjuran daripada kerajaan.

Kesemua KK yang ditemui malam tadi telah berikrar mereka berjanji akan terus memberi kerjasama dengan kerajaan dan Barisan Nasional terutamanya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang dalam masa beberapa bulan lagi dari dari sekarang.
TAHNIAH…Ahmad Lai menyampaikan Sijil Perlantikan kepada Tr. Linan Jalak (kanan). Turut kelihatan ialah Rosey Yunus (empat kanan) dan Abdul Aziz (dua kanan).


Ahmad Lai : KK belum terima sijil

jangan cepat marad dan putusan asa


UTUSAN SIBUTI - Ketua rumah panjang dan kampung di kawsan Parlimen Sibuti yang belum menerima sijil perlantikan selaku ketua kaum yang sah dinasihati jangan cepat rasa marah dan berputus asa.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Perlantikan Ketua Kaum dan Tuai Rumah di salah sebuah hotel terkemuka di sini baru-baru ini berkata, mereka yang belum menerima sijil digesa supaya menjalankan tugas sebaik mungkin.


KK yang belum menerima sijil kena menjalankan tugas sebaik mungkin kerana pristasi sentiasa dipantau dan penilaian diri mereka juga dalam permerhatian oleh pihak Pejabat Daerah Miri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan masing-masing, jelasnya.


“Jika KK menjalankan tugas dengan mempunyai prinsip seorang pemimpin yang bertanggungjawab sepenuhnya, maka kerajaan tentu memilih kk berkenaan terus memimpin rakyat di kawasan rumah panjang dan kampung mereka”.

“Sebagai contoh….jika seorang KK tidak mempunyai tanggungjawab terhadap penduduk kawasannya dan juga mempunyai banyak kesalahan ia sudah tentu kerajaan tidak memilih mereka yang sedemikian”, tambahnya.


Katanya, mereka ini harus membuat pelbagai inisiatif sendiri supaya benar-benar menjadi seorang pemimpin yang berkelayakkan untuk menerima jawatan Ketua Kaum yang mempunyai pelbagai tanggungjawab yang berat harus dilalui.


Apa yang penting ialah KK harus memain peranan membawa penduduk masing-masing terus memberi kerjasama kepada pihak kerajaan, kerana hanya kerajaan Barisan Nasional mampu membawa kemajuan dan pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar, ujarnya lagi.


Ahmad Lai turut mengingatkan Ketua Kaum yang telah menerima sijil pengesahan mereka bahawa antara tanggungjawab KK ini adalah seperti membantu Penghulu mentadbir kawasan dalam bidang kuasa berkenaaan, membantu kerajaan memelihara kebajikan penduduk di bawah jagaan masing-masing, menggalakkan penduduk menyertai setiap kegiatan anjuran kerajaan dan membantu pegawai kerajaan dalam melaksanakan tugas rasmi mereka.


Selain itu, KK juga diseru untuk menyelesaikan pertikaian keluarga yang melibatkan undang-undang adapt, mengeratkan perhubungan di antara rakyat dengan kerajaan dan membantu mengumpul maklumat kelahiran dan kematian (ordinan kelahiran dan kematian-Sarawak Cap. 10,1965/seksyen 23) hantar ke Pejabat Daerah pada hujung bulan serta melaksanakan sebarang tugas yang diarah oleh kerajaan dari semasa ke semasa.


Setiap seorang KK bahawa perkhidmatan mereka adalah di atas budibicara kerajaan iaitu boleh diperbaharui atau ditamatkan tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat lantikan.


Seramai 23 KK Kawasan Niah telah mendapat pengesahan daripada kerajaan dan menerima sijil malam tadi ialah Tr. Paong Atet, Tr. Suring Lian, Tr. Sikun Ibit, Tr. Selan Undau, KK Noh Bin Mat, Tr. Ngindang Entili, Tr. Mat Burai, Tr. Malina Lasa, Tr Mantali Gesa, Tr. Michael Balo Jaul, Tr. Mandau EMpenit, KK Muhamad Zain Muhamad Gena, Tr. Limbang Kaiyang, Tr. Linan Jalak, Tr. Kumbang Penga, Kapitan Haw Min Wai, Tr. Gamang Balok, Tr. Danggang Tubai, Tr. Daud Ngkok, Tr. Bagal Aba, KK Abdul Hamid Salleh, Tr. Anyai Ijau dan KK Ahmat Ajak.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Bekenu) Rosey Yunus, Timbalan Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Yusuf, Johnson Drim (wakil ADUN Lambir Datuk Aidan Wing) dan kauselor-kaunselor komponen BN.