Khamis, 12 Ogos 2010

ENAK… Bubur Lambuk yang diidam-idamkan oleh masyarakat utara Sarawak, ia sangat enak dimakan ketika berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan pada musim Ramadan ini.

Festival bubur lambuk 15 Ogos di Kampung Bakam


UTUSAN SIBUTI - Setiap kali menjelang sambutan bulan puasa (Ramadan) sudah pasti umat Islam di sini terbayangkan keenakkan rasa bubur lambuk ini bagi mereka yang pernah menikmatinya, begitu juga yang bukan beragama Islam yang ingin juga merasainya.


Festival Bubur Lambuk dan Bubur Pedas Sarawak 2010 yang akan berlangsung di Perkampungan Masjid Bakam pada 15 Ogos ini sudah pasti akan menjadi satu kenyataan kepada masyarakat yang sudah lama keinginan untuk menikmati bubur lambuk ini.


Festival Bubur Lambuk ini adalah merupakan buat julung kali diadakan di bahagian utara Sarawak, ia adalah merupakan anjuran daripada Unit Saberkas Tanjung Selantan Kuching dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti. Program ini akan berlangsung pada jam 4 petang sehingga kehabisan bekalan.


SEDAP… Festival Bubur Lambuk pertama di Miri di Kampung Bakam pada 15 Ogos 2010.


Pihak penganjur juga telah membuat sasaran pengagihan sejumlah 1000 unit kontine dan orang ramai di kawasan DUN Lambir adalah dialu-alukan untuk menikmati keenakkan dan kesegaran bubur lambuk ini.


Turut hadir memeriahkan suasana sambutan festival ini nanti ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (N.62 Lambir) Datuk Aidan Wing dan dijangka juga ADUN Bekenu Rosey Yunus.

JALAN BARU… Tinjauan kerja Rosey (tudung) Yunus pada pemprosesan jalan raya di Kampung Rancah-Rancah pada pagi tadi. Turut bersama beberapa pegawai Jabatan Kerja Raya dan Kaunselor Sebastian Janting dan Sulaiman Ahmad.

Jalan baru RM22j mampu bawa
kemajuan kepada rakyat



UTUSAN SIBUTI - Jalan baru Kampung Rancah-Rancah dan Kampung Tiris menghubung Jalan Persisiran Pantai Miri/Bintulu dalam proses pembikinan sekrang akan merancakkan lagi pembangunan masyarakat kampung dan rumah panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu Rosey Yunus ketika ditemui pada kerja pemantauannya di kawasan berkenaan hari ini berkata, jalan baru berkenaan telah pun lulus oleh kerajaan dan pampasan kepada pemilik tanah juga telah selesai.


Kita berharap dan menunggu jalan ini dapat siap secepat mungkin kerana tidak mempunyai sebarang masalah, jelasnya.


“Dengan mempunyai jalan baru dua hala ini sudah pasti perjalan penduduk kampung lebih selamat berbandingan dengan jalan lama yang sempit”.


“Sudah tentu juga jalan ini akan memberi pelbagai kemudahan kepada penduduk kampung yang ramai daripada mereka adalah pengusaha kebun dalam kerja menghantar dan membawa hasil kebun mereka ke pusat punggutan hasil”, tambahnya.


PETA yang menunjukkan kawasan kampung yang menikmati kemudahan jalan baru kelak.

Jalan baru Kampung Rancah-Rancah dan Tiris adala sepanjang 7.75 kilometer dengan kos peruntukkan sejumlah RM22 juta bakal menjadi kenyataan dan membawa pembangunan kepada ribuan penduduk kampung sekitar kawasan itu kelak.

Katanya, antara kampung yang terlibat menikmati kemudahan jalan itu nanti ialah Kampung Rancha-Rancah, Pepapi/Lumut (kaum Cina), Pintasan, Tunah, Masjid, Kepayang, Sebalik, Buih Buinih dan Rumah Panjang Enteri Blawan.


Kerja-kerja proses jalan baru sedang giat dijalankan, jalan ini adalah merupakan peruntukan kelulusan daripada kerajaan pusat melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Memang tidak disangka kawasan pendalaman kampung-kampung ini yang dahulunya hanya sungai sebagai penghubung utama untuk sampai ke pekan Bekenu dan kini sudah menjadi kenyataan mereka perlu dibangunkan.


Ini adalah merupakan usaha dan hasrat sebenarnya kerajaan dan Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat supaya tidak ketinggalan demi masa depan generasi baru kelak, jelasnya.
PAGANG SAYAP…. Antara bekalan yang dijual di gerai Ramadan Bekenu yang bermula dari jam 1 petang.

Pasar Ramadan Bekenu -

Bekalan Tak Cukup Hari Pertama dan Kedua


UTUSAN SIBUTI - Bekalan jualan masakkan dan kuih-muih serta minuman di hari pertama sambutan Ramadan tidak mencukupi kerana masyarakat kampung di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Bekenu keluar beramai-ramai untuk mendapatkan bekalan persediaan berbuka puasa.


Tinjauan di tamu di sini mendapati hampir 100 gerai perniagaan kecil-kecilan sekitar jam 5 petang sudah kehabisan jualan mereka.


TERTARIK... Warga kota bandaraya Miri juga turut datang ke pekan Bekenu untuk mencari masakkan masyarakat Bekenu.


Pada hari kedua Ramadan (hari ini) turut menerima permintaan begitu menggalakkan, di mana terdapat ramai umat Islam tidak berkesempatan untuk menikmati pelbagai masakkan dan kuih-muih.


Antara yang menarik perhatian di sini (tamu) ialah terdapat pelbagai buah-buahan seperti durian, nenas, jambu, buah naga, rambutan dan langsat. Mana kala gerai Ramadan yang diadakan di tamu juga menyediakan pelbagai masakkan kampung.


Antara masakkan kampung di sini ialah pagang ayam, ikan, nasi goring kampung, Mee Jawa Bekenu dan pelbagai kuih-muih. Harga-harga jualan bekalan di sini juga berpatutan dan sangat memuaskan kepada masyarakat sekitar Bekenu.


MERIAH SEKALI….. Rosey Yunus bersalaman bersama masyarakat kawasan Bekenu ketika berada di gerai Ramadan pada petang ini tadi.


MESRA…. Rosey Yunus (kiri) turut membantu rakan berjual di pasar Ramadan Bekenu petang tadi.


Turut memeriakan suasana di gerai Ramadan dan tamu di sini ialah kehadiran ADUN Bekenu Rosey Yunus yang bersuka ria bersalam-salaman bersama masyarakat yang berbilang kaum di kawasan Bekenu ini.

SUMBANGAN… Kaunselor Julaihi Mohamad yang diperhatikan oleh Ahmad Lai (tengah) telah menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga yang memerlukan bantuan kesusahan.

Ahmad Lai : Sokongan rakyat pada BN harus kekal


UTUSAN SIBUTI - Sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) harus dikekalkan demi pembangunan dan keamanan negeri Sarawak lebih maju dari masa ke semasa, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.


Katanya, parti pembangkang yang tidak pasti asal-usulnya adalah merupakan parti yang yang ingin memecah belah perpaduan kesejahteraan di kalangan masyarakat kita yang bilang kaum di negeri ini.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya muncul bagi meraih simpati daripada rakyat, namun tidak dapat melakukan apa-apa untuk menolong rakyat, jelasnya.

“Kehadiran pihak PKR seperti Dato Seri Anwar Ibrahim membuat ceramah atau kempen di sini adalah dinasihati supaya jangan mudah tertipu dengan kata-kata yang tidak pasti.”

“Jangan mendengar janji-janji manis yang tiada hujung pangkal. Sedangkan kerajaan Barisan Nasional sudah banyak melaksanakan pembangunan dan bantuan,” tambahnya.


Ahmad Lai turut mengingatkan rakyat terutama kaum Bumiputra memberi sokongan padu kepada kerajaan dengan mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka bersuara. Beliau turut menyeru ahli-ahli PBB di Miri agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri kerana ia hanya merugikan parti.


Ahli-ahli merupakan tunjang kekuatan parti, justeru kita harus beri sokongan berlandaskan semangat kekeluargaan. PBB merupaan parti tulang belakang Barisan Negeri Sarawak, justeru kita mesti bersatu hati tanpa mengira cawangan, tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau mahu PBB Senadin bergerak lebih aktif untuk merekrut lebih ramai ahli khususnya di kalangan belia untuk mengukuhkan jentera parti.


Pada majlis yang sama PBB Senadin turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pangkalan Lutong disamping mengedarkan borang keahlian PBB.


Hadir sama pada majlis Keluargaku Keluarga Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) anjuran Jawatankuasa PBB N.65 Senadin petang tadi ialah Ketua Cawangan PBB Senadin, Kaunselor Julaihi Mohamad dan Ketua Pemuda PBB Senadin, Mohamad Tinggal.

INGATAN TULUS… Rosey Yunus menyampai cenderahatinya kepada Tr. Enteri Blawan sebagai tanda lawatan kerja ke kawasan Tiris pagi tadi. Turut kelihatan ialah Normah Ali (dua kiri), Sutinah Ibrahim (dua kanan) dan Kaunselor Sulaiman Ahmad.

ROSEY : Hubungan Erat Iban Dan Kedayan Tiris
Harus Dicontohi Masyarakat Lain Di Sarawak


UTUSAN SIBUTI - Perhubungan erat diantara kaum Iban dan Kedayan kawasan Tiris di Bekenu harus menjadi contoh kepada masyarakat lain di negeri ini demi kekukuhan perpaduan rakyat lebih membangunan.


Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu (Barisan Nasional – SPDP), Rosey Yunus ketika berucap di Majlis Program Mesra Rakyat di Rh. Enteri Blawan Tiris pagi tadi berkata, perhubungan yang sangat erat antara kaum Iban bersama penduduk di beberapa buah kampung Kedayan di Tiris ini sudah wujud kian lama.


Katanya, melalui perhubungan setia bersaudara dan semangat perpaduan sehati yang dipamerkan mereka ini telah mampu membawa kawasan Tiris ini membangun peningkatan ekonomi dengan cepat melalui hasil pertanian masing-masing.


Dengan keeratan perhubungan kaum yang mesra rakyat terutamanya kawasan Tiris selama ini sudah memikat hati Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohamad Safie Apdal datang melawat setiap kampung dan rumah panjang di sini pada 29 Ogos 2009 dan 7 Ogos 2010 lepas, jelasnya.


Lawatan menteri berkenaan bukan berhenti begitu sahaja, malahan telah memperuntukkan jumlah yang bersar dalam membela nasib rakyat Iban dan Kedayan di sini dengan menyalurkan tiga projek penting iaitu Bekalan Elektrik dan Air Luar Bandar (BEALB) dan menaik taraf lalu jalan kaki kepada jalan kenderaan.


Semua projek itu sudah pun terlaksana dan dinikmati oleh masyarakat Tiris yang merupakan kampung dan rumah panjang di luar bandar, tetapi bantuan kerajaan bukan bermakna sudah selesai malah masih lagi berusaha mencari jalan dan perancangan yang lebih menjaminkan kepada generasi baru kelak, tambahnya.


Justeru, Rosey Yunus menyeru agar wanita dan kaum ibu di sini untuk mewujudkan satu badan biro atau jawatankuasa wanita sebagai memantapkan lagi kesejahteraan dan pembangunan bagi membantu JKKK rumah panjang ini.


Pada masa ini, kaum wanita juga harus bersaingan dan bekerjasama menjalankan pelbagai aktiviti sihat, jika proses penubuhan biro atau jawatankuasa wanita ini selesai nanti bahawa peruntukkan MRP sejumlah RM2000 akan disalurkan kepada mereka, jelasnya.


Hadir bersama pada program anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ialah Kaunselor Sulaiman Ahmad, pegawai KEMAS Sutinah Ibrahim, Penyelia Kanan KEMAS Sibuti, Razali Borhan, pegawai perubatan Klinik Desa Bekenu dan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Wanita Bekenu/Niah (JAWBN) Normah Ali.


Terlebih dahulu berucap pada majlis itu ialah Tuai Rumah Panjang Enteri Blawan berkata, rakyat kawasan Tiris terutamanya di rumah panjangnya sudah ikrar terus memberi kerjasama dengan wakil rakyat BN pada pilihan raya kelak.


Katanya, kali ini kami berikrar beri sokongan penuh kepada BN adalah amat wajib kepada kami di sini dalam mencapai pembangunan lebih membanggakan semua masyarakat kawasan Tiris.


Saluran dan bantuan projek BEALB dan jalan pintas yang dinikmati baru-baru ini adalah amat tidak didugakan kerana kawasan ini agak terperincir dahulu, dengan adalahnya jalan raya sekarang telah banyak memberi kemudahan dan keselamatan kepada yang dahulu mengguna sungai sebagai jalan penghubung utama ke pekan Bekenu, jelasnya.


Pada majlis itu, Rosey Yunus telah memperuntukan MRP berjumlah RM5000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan RM300 untuk aktiviti rumah panjang.