Khamis, 2 September 2010

LAWATAN KERJA…Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang (tengah) ketika mengadakan lawatan kerja sambil meluangkan sedikit masanya ke Pejabat KEMAS Daerah Miri pada pagi tadi.

Lawatan ringkas MP Sibuti ini ialah untuk memastikan kakitangan KEMAS dalam keadaan yang memuaskan dan bertanggungjawab serta mempunyai sebuah pasukan yang berkerjasama antara satu sama lain demi kepentingan masyarakat setempat.


Beliau telah diperlawakan oleh Pegawai KEMAS Miri/Sibuti Sutinah Ibrahim (dua kiri) untuk melawat bilik gerakan yang beroperasi untuk mempergiatkan sesuatu aktiviti berjalan dengan lancar.
BAHAYA…. Batang besi penahan bahagian atas jambatan (anak panah) yang tanggal kesemua skurnya dan papan tanda (anak panah) ini mampu mengundangkan bahaya kepada pengguna jalan raya pada bila-bila masa jika tidak dibaikpulih dalam masa terdekat ini.

Selepas menerima panggilan daripada pengguna pagi tadi telah mendapati bahawa Jambatan Sungai Sibuti di Jalan Miri Bintulu memang bahaya kerana tidak tahu bila ia akan jatuh.


Menurut pengguna berkenaan, pihak berkuasa tempatan harus segera membaik pulih keadaan itu, jangan bila ada berlaku perkara tidak diingini baru cepat-cepat nak melakukan supaya masing-masing tidak menunding jari sesame sendiri.