Rabu, 14 Mac 2012


34 pertubuhan kawasan Sibuti terima RM113,000.00 MRP

SEBANYAK 34 buah pertubuhan dari rumah panjang dan kampung serta sekolah menerima bantuan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus hari ini.

Rosey Yunus yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu ketika ditemui di Majlis Penyerahan MRP di Pejabat Daerah Kecil Sibuti berkata, MRP hari ini hanya sebahagian dan masih banyak lagi rumah panjang dan kampung akan menerima bantuan tersebut.

Sejumlah RM113 ribu MRP telah diterima oleh wakil rumah panjang dan kampung, penerima MRP ini adalah dari kawasan Batu Niah, Saeh dan Bekenu. 

Hadir bersama ialah pembantu Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sibuti Ali Abdullah, Kaunselor Sulaiman Ahmad, Kapitan Jong Kui Lam dan ketua-ketua masyarakat setempat. 
ALBUM… Rosey Yunus merakamkan album bersama para ketua masyarakat kawasan Bekenu di MDS petang tadi.

ROSEY : Muatkan produk komersial dalam profail kampung 

Menteri Muda Pendidikan Awal kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus menyaran ketua masyarakat rumah panjang dan kampung  senaraikan cadangan untuk  sesuatu produk komesial ketika mengemas kini profail kawasan masing-masing.

Rosey Yunus ketika ditemui di Majlis Daerah Subis (MDS) selepas Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Masyarakat petang tadi berkata, tuai rumah dan ketua kampung dinasihatkan supaya mengemas kini profail mereka bagi memudahkan sesuatu permohonan kelak.

Katanya,  setiap kampung perlu mengutamakan produk terkenal masing-masing yang mampu menarik minat kepada orang luar, ini perlu kerana ia mampu meningkatkan lagi pendapatan ekonomi masyarakat luar bandar terbabit.

Kawasan masing-masing iaitu di Bekenu dan Batu Niah serta Sepupok/Niah adalah merupakan kawasan semulajadi yang boleh mengkomersial dan masyarakat seharusnya mengambil peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka, jelasnya.

Rosey Yunus yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu menambah, juga ditegaskan kepada ketua masyarakat kawasan perlu membuat senarai yang jelas dan kemas contohnya, senaraikan bilangan ibu tunggal (ramai tanggungan), Orang Kurang Upaya (OKU), orang sakit dan pembelajaran anak-anak.

Dengan adanya profail terkini akan memberi mudah kepada pihak kerajaan untuk mengetahui masalah dan keperluan masyarakat di luar bandar akan melancarkan  mengemukakan pelan pembangunan yang diperlukan di kampung masing-masing, ujarnya lagi.

Turut hadir ialah Pembantu Pegawai Daerah Kecil Sibuti Ali Abdullah dan kakitangan agensi kerajaan  tempatan Pejabat Residen Miri, Jabatan Alam Sekitar, MARA, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Jabatan Kesihatan, Baitulmal, Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kebajikan.

Sementara itu, Rosey Yunus juga turut mengadakan perjumpaan dengan ketua masyarakat kawasan Batu Niah dan Niah Sepupok yang dihadiri seramai 58 orang yang diadakan di Pejabat Daerah Kecil Niah. Dan di Bekenu telah dihadiri seramai 50 ketua masyarakat kawasan Bekenu.