Sabtu, 4 September 2010

KAMI MASIH PERLU KHDIMAT PEHIN SRI…. Pengerusi Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Niah Suring Serit (duduk/gambar atas) bersama ahli-ahli jawatankuasanya hari ini sebulat seuara mahu Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud terus menarajui kepimpinannya bersama Parti PBB dan terus menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Perkhidmatan Pehin Sri adalah harus diteruskan kerana Sarawak telah banyak berubah di bawah kepimpinan beliau (Pehin Sri) selaku Ketua Menteri Sarawak.

Pengerusi Rekreasi Biro Wanita Batu Niah Magdalene Serit, (duduk/gambar bawah) 50-an bersama ahli jawatankuasanya hari ini turut menemui Utusan Sarawak di sini dengan menyuarakan bahawa masyarakat Batu Niah masih perlukan perkhidmatan Pehin Sri yang berjiwa rakyat.


Luahan dan kenyataan untuk mengundurkan diri oleh Pehin Sri harus ditarik balik kerana rata-rata rakyat Sarawak sebagai mana yang kita lihat dan ketahui di akhbar-akhbar bahawa segenap masyarakat masih memerlukan Pehin Sri terus menjadi Ketua Menteri Sarawak.
KENANGAN… Rosey Yunus (duduk enam kiri) merakamkan kenangan bersama pihak penganjur dan penerma sumbangan di Masjid Al-Mutaqqui di sini malam tadi.

Bersadu masalah di saluran yang betul


UTUSAN SIBUTI - Jangan kerna seekor nyamuk kelambu dibakar, bersadulah kepada saluran yang betul dengan pihak kerajaan jika terdapat masalah kawasan masing-masing, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu.


ADUN Bekenu, Rosey Yunus ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Masjid Al- Mutaqqin di sini berkata, kerajaan telah membuat banyak perancangan dalam meningkatkan lagi taraf hidup rakyat dari semasa ke semasa.


“Kebijaksaan masyarakat dalam penentuan perkembangan taraf hidup masing-masing adalah sangat diperlukan kerana semua perancangan kerajaan negeri dan persekutuan adalah satu tujuan membela nasib rakyat”.

“Masyarakat dinasihati agar peka dan ambil peluang yang telah disalurkan oleh kerajaan, jangan termakan janji pihak pembangkang kerana mereka (pembangkang) datang untuk memecah belah perpaduan masyarakat yang ingin mencuri simpati ketika pilihan raya”, jelasnya.


Beliau turut menasihati masyarakat supaya tidak tertipu dengan bantuan kecil yang hanya datang sekali ketika menjelang pilihan raya.


Katanya, bantuan kerajaan adalah yang menyeluruh di setiap negeri dan masyarakatnya serta banyak pembangunan di pelusok negeri kita juga turut mendapat manfaat dari segi pembangunan kemudahan asas.


Justeru, sokongan dan kerjasama masyarakat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah perlu kekalkan kerana hanya kerajaan dan BN sahaja mampu membela nasib rakyat dan masa depan rakyat juga, tambahnya.


Turut hadir pada majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA Miri) ialah pegawai JASA, Lukanisman Awang Sauni, Penghulu Saban dan rakyat setempat di kawasan Bekenu.


Pada majlis tersebut seramai 30 ibu tunggal telah menerima bantuan sumbangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma beberapa hari lagi.


Kaunselor Jamali (duduk tiga kanan) bersama ahli jawatankuasa mesyuarat yang ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti pada pagi tadi.


PPB BEKENU & Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sibuti

adakan Ramah Tamah Aidilfitri 2010


UTUSAN SIBUTI - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.61 Bekenu dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti akan mengadakan Majlis Ramah Tamah Rumah Terbuka semperna sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 di Bekenu dan Batu Niah.


Pengerusi mesyauarat Kaunselor Jamali Basri ketika ditemui selepas mengadakan mesyuarat di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti berkata, tarikh diadakan adalah belum kita tetapkan dan yang pastinya kita akan menganjurkan majlis ini.



Katanya, Majlis Ramah Tamah Aidilfitri ini ialah merupakan satu aktiviti tahunan dan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 di kawasan Parlimen P.218 Sibuti yang mempunyai dua Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu dan N.62 Lambir.


Pada tahun ini, kita juga telah bercadang untuk mengadakan di Pekan Batu Niah kerana ramai masyarakat Islam dan bukan Islam telah menyuarakan supaya majlis seumpama ini diadakan di Batu Niah, jelasnya.


Tahun ini, kita menyediakan tempahan pelbagai juadah kuih, makanan, minuman dan buah-buahan untuk 2000 pengunjung ke majlis ini.


Tahun lepas 2009, majlis seumpama ini mendapat kehadiran yang luar dugaan di mana hampir 2000 pengunjung berbilang kaum dari bandaraya Miri, Batu Niah, Niah dan Bakong telah hadir menikmati juadah di sini, jelasnya.


Tujuan utama majlis ini ialah untuk mengeratkan lagi perhubungan situlrahim persaudaraan dikalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di sekitar kawasan Parlimen Sibuti dan Miri.


Selain itu, ia juga sebagai usaha memperkenalkan aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti ini kepada umum, datanglah ke pejabat ini jika mempunyai sesuatu masalah dan sampaikanlah masalah kawasan masing-masing pada saluran yang betul, tambahnya lagi.


REZEKI DI BULAN RAHMADAN… Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu Rosey Yunus (berdiri tengah) sambil ditemani oleh Pagawai Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA Miri) Lukasniman Awang Sauni (kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada salah seorang ibu tunggal pada petang semalam.



Pada Majlis Penyampaian Sumbangan Berbuka Puasa di Masjid Al-Mutaqqui Bekenu ini adalah merupakan anjuran daripada Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA Miri) dan seramai 30 ibu tunggal telah menerima sumbangan sebagai membantu meringankan bebanan ketika menyambuat Hari Raya Aidilfitri 2010 ini.
LAIN PADANG LAIN LALANG… Ahli Dewan Undangan Negeri (Bekenu) Rosey Yunus bersama Kampitan Haw Min Yaw dan Yussop Jaya (AJKKK Kampung Tanjung Belipat) mengadakan kunjungan ke Bazaar Ramadan Batu Niah petang semalam.

Kunjungan Rosey Yunus bersama rombongannya mendapat dan beliau sendiri juga terasa terkejut melihat pelbagai juadah juala di sini tidak terdapat di bandaraya Miri.


Didapati juga ramai pengunjung dari bandaraya Miri datang untuk mendapat bekalan berbuka puasa di sini. Satey dan panggang ayam keenakkan dengan resipi ala kampung adalah merupakan yang paling laris dan mendapat sambutan orang ramai yang berbilang kaum di kawasan Batu Niah ini.
REZAKI RAMADAN… Rosey Yunus (tengah) ketika berbuka puasa bersama penduduk Kampung Tanjung Belipat Batu Niah pada malam tadi.

PENTINGNYA KERJASAMA BERPASUKAN


Kerjasama berpasukan dan semangat bersatu padu senjata pembangunan dan memajuan kepada sesebuah kampung, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Bekenu) Rosey Yunus.


Rosey Yunus yang ditemui selepas tarawih bersama penduduk Kampung Tanjung Belipat di sini malam tadi berkata, usaha kerjasama penduduk di sini harus dicontohi kerana melalui inisiatif sendiri telah berjaya memilik sebuah penjana elektrik kegunaan surau mereka.


Katanya, tidak hairanlah kalau kampung ini mempunyai pelbagai kemudahan awam, ini adalah usaha mereka ingin pembangunan di kawasan mereka melalui permohonan bantuan daripada kerajaan dan inisiatif yang aktif dikalangan penduduk sendiri.


Bagi mencapai pembangunan, yang utamanya ialah teruskan berkerjasama dan beri sokongan kepada kerajaan dari pelbagai segi, kerjasama dan sokongan ini penting kepada generasi masa depan kelak, jelasnya.


Rosey Yunus turut meluluskan geran projek kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM5000 untuk kegunaan pihak surau dan peralatan memandi mayat.