Selasa, 9 Julai 2013

Cari Julai dengan cara 'JAMPI'

BERDOA… Isteri mangsa (dua kanan) dan Tuni (adik ipar/kanan) turun ke sungai pergi ke lokasi yang dipercayai tempat kehilangan Julai bagi menghantar air siraman (doa) Imam agar permudahkan usaha mencari mangsa. – ADUM LIU

SUAI, 9/7/2013 – Operasi hari keempat mencari Julai Melina yang hilang pada tengah malam Sabtu lepas ketika mencari udang sebagai rezeki sara hidup kelurganya diteruskan dengan adat resam masyarakat Iban dan Islam sangat berharap agar mangsa akan muncul.

Operasi mencari mangsa hilang dengan menggunakan adat resam masyarakat Iban telah diadakan pada awal tadi, namun sehingga jam 3 petang masih belum terdapat sebarang tanda pernemuan mangsa.

Nabila Mina, 23, isteri mangsa hilang ketika ditemui di tempat kejadian berkata, mereka akan berusaha mencari suami yang hilang dengan pelbagai cara.

“Disebabkan tiada sebarang pernemuan setelah mengguna ada resam Iban, maka saya telah mohon bantuan orang Islam dari Kampung Luak dengan menggunakan siraman air bacaan doa seorang imam.

“Walau pun hari ini telah masuk hari keempat, saya sangatlah berharap suami saya akan ditemui dalam keadaan selamat kerana dia adalah merupakan ketua keluarga kami yang mencari rezeki untuk hidup,” jelasnya.

Tambahnya, jika dia (mangsa) telah hilang (mati), kami juga berharap dapat menemui tubuhnya dibawa pulang ke rumah untuk dikebumikan.

“Saya juga sangat berterima kasih kepada pihak Polis, Bomba, JPA, media dan orang ramai datang untuk menghulurkan bantuan dalam operasi mencari di hari keempat ini,” jelasnya.

Sementara itu, Tuni Melina (adik mangsa), 26 tahun, turut memohon orang ramai supaya tidak mudah membuat sebarang andaian kerana kehilangan abangnya (Julai) tidak sebarang bukti pun setakat ini.

“Kita tidak tahu punca kehilangan Julai, adakah dia hilang disembunyikan oleh bunian atau pun jatuh ke sungai dan diserang buaya?

“Oleh itu kami sekeluarga sangat berharap agar tidak buat andaian demi mententeramkan isteri mangsa yang sangat gelisah ketika ini,” tambahnya.

BANTUAN…. Sebahagian anggota Bomba yang memberi bantuan mencari sejak operasi hari pertama di Sungai Suai pada pagi tadi.
 
Penemuan kejadian, kehilangan mangsa telah disedari oleh Santap Dana, 33 tahun (sepupu mangsa) pada tengah malam Sabtu di mana mereka berdua masing-masing mengguna perahu sendiri.

Kesedaran kehilangan itu telah membimbangkan Santap yang dalam kegelapan apabila perahu mangsa yang terapung secara tidak sengaja telah melanggar perahuntnya. Santap terus menarik perahu mangsa pulang ke rumah panjang untuk memaklumkan kejadian itu.

Penduduk rumah panjang, terus turun ke sungai pada jam 2 pagi dan tidak menemui sebarang kesan di tempat penemuan perahu mangsa pada waktu itu, jelasnya.

Operasi mencari hari ini telah disertai oleh lima anggota Bomba Miri, anggota JPA (3 bot) dan penduduk rumah panjang yang berdekatan dengan Rh. Tr. Ngumbang di Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu.
Julai hilang di bulan Julai


MENCARI…. JPA ketika berusaha mencari mangsa yang hilang di Sungai Suai pada petang tadi. – ADUM LIU


SUAI, 9/7/2013 - Gerak mencari seorang lelaki Iban yang dipercayai dibaham buaya di anak Sungai Suai masih gagal walaupun mendapat bantuan mencari sekitar 150 orang di sungai tersebut sejak awal pagi tadi.

Mangsa hilang di sungai berkenaan dikenali Julai anak Melina, 34 tahun dan berasal dari Rumah Panjang Ngumbang, Suai Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu telah hilang ketika mencari udang di sungai itu sejak malam Jumaat selepas.

Sumber, kehilangan mangsa telah disedari oleh Santap Dana, 33 tahun (sepupu mangsa) pada tengah malam tersebut di mana mereka berdua masing-masing mengguna perahu sendiri.

Kesedaran kehilangan itu telah membimbangkan Santap yang kegelapan apabila perahu mangsa yang terapung secara tidak sengaja telah melanggar perahuntnya. Santap terus menarik perahu mangsa pulang ke rumah panjang untuk memaklumkan kejadian itu.

Penduduk rumah panjang, terus turun ke sungai pada jam 2 pagi dan tidak menemui sebarang kesan di tempat penemuan perahu mangsa pada waktu itu, jelasnya.

Tinjauan  di tempat kejadian mendapati lebih sepuluh buah perahu yang turut disertai oleg pasukan Polis, Bomba, JPA, RELA dan sekitar 70 penduduk rumah panjang mangsa.



(Gambar) Peterus Laing Kusai, 38 penduduk kampung jiran ketika ditemui dilokasi pencarian berkata, ketika dalam usaha mencari mangsa bersama rakannya sekitar jam 10 pagi tadi telah dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya besar sepanjang lebih 20 kaki panjangnya.

Walaupun kehadiran buaya itu, penduduk kampung tidak menghiraukannya dan terus mencari mangsa, jelasnya lagi.


Sementara itu, (Gambar) Tr. Ngumbang ketika ditemui di rumah panjangnya berkata, sejak kebelakangan ini penduduknya telah diserangi buah buaya-buaya ganas.

Gangguan buaya ganas itu adalah semasa mandi dan menjalankan aktiviti sungai seperti menyuluh udang, menyala ikan udang dan memancing di Sungai Suai ini, jelasnya lagi.



KERJASAMA…. Penduduk Rumah Panjang Tr. Ngumbang turun beramai-ramai untuk mencari mangsa yang hilang di Sungai Suai ketika mencari udang pada malam Jumaat lepas. – ADUM LIU