Sabtu, 17 Mac 2012


RASMI… Rosey Yunus menendang bola sebagai perlaksanaan perasmian Kejohanan Futsal Tertutup Badami 2012 di Bekenu.

Rekrut lebih ramai ahli, kukuhkan BADAMI

PERSATUAN Bakong Daliek Miri Sarawak (BADAMI) disaran rekrut lebih ramai lagi ahli persatuan BADAMI untuk memperkukuhkan kaum sendiri yang tergolong dalam kaum minoriti di Sarawak.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus berkata, kaumBADAMI tidak perlu memperkecilkan diri malah mereka (BADAMI) harus berusaha mencari suku kaum bagi memperbesarkan ahli persatuan ini.

Begitu juga dengan suku kaum minoriti yang lain juga dinasihkan terus berusaha memperbesarkan suku kaum masing-masing, jelasnya di majlis perasmian Kejohanan Futsal Tertutup BADAMI yang berlangsung di Gelanggan Majlis Daerah Subis di sini pagi tadi.

“Kaumt BADAMI yang tinggal Kampung Rambai di pekan Bekenu yang dipisahkan oleh Sungai Bekenu sangat bertuah kerana Jambatan Bekenu kini dalam perancangan pihak kerajaan untuk membina, cuma bersabar dengan terus beri kerjasama dan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Jambatan baru sebagai penghubung pekan itu akan menjadi satu tarikan terutamanya kepada pelancong dan pencinta alam yang mampu menaikkan lagi taraf ekonomi kaum BADAMI di kawasan berkenaan,” katanya lagi.


Sebahagian pasukan yang sertai Kejohanan Futsal BADAMI 2012

Rosey Yunus yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu turut menegaskan kaum wanita kawasannya untuk berkecimpung dalam urusan perniagaan menerusi kraftangan berbentuk keunikkan kebudayaan masing-masing.

Antara kraftangan unik memdapat sambutan pengunjung ke sini yang perlu diambil perhatian oleh masyarakat luar bandar ialah seperti anyaman, tenunan dan produk laut.

Selain daripada itu, BADAMI dan masyarakat setempat juga digalakkan untuk menceburi diri dalam perniagaan menyediakan masakan dan makan tradisi yang boleh menarik lebih ramai pengunjung ke sini terutamanya di hujung minggu, ujarnya .

Justeru, sangatlah dinasihatkan supaya semua kaum untuk rebut pelbagai peluang yang tersedia oleh kerajaan dalam meningkatkan lagi pendapatan seisi keluarga sebagai menjaminkan perubahan taraf hidup.
 
Terdahulu berucap Yang Dipertua BADAMI Kaunselor Sulaiman Ahamad berkata, pihaknya berterima kasih di atas peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM3,000 daripada Rosey Yunus baru-baru ini.

Katanya, tujuan utama penganjuran Kejohanan Futsal Tertutup BADAMI ialah untuk merapatkan lagi perhubungan persaudaraan terutamanya golongan remaja bermasyarakat dengan kaum bapa dan ahli persatuan dari luar kawasan Bekenu.

BADAMI juga turut akan sentiasa berdiri di belakang kerajaan dan akan terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan dalam membawa perubahan kepada Persatuan BADAMI dari semasa ke semasa, jelasnya.


TAHNIAH… Datuk Sylvester Entri memotong riben tanda rasminya sudah perlaksanaan projek jalan yang sepanjang 4 kilomter di Rumah Panjang Sungai Entulang, Bakong. 

Sylvester : Rh Panjang Sg Entulang bertuah perolehi projek jalan

RUMAH Panjang Sungai Entulang (Bakong) yang mempunyai tiga blok rumah panjang sangat bertuah kerana telah diperuntukkan projek jalan dengan kos RM2.5 juta dan jumlah ini masih belum cukup laig, kita juga telah memohon untuk ditambahkan sejumlah RM680 ribu tujuan yang sama.

Disebabkan ini, jangan dengar berita dan fitnah daripada pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelah perpaduan masyarakat, tidak ada yang lain daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat di pedalaman Sarawak.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk Sylvester Entri Muran berkata demikian pada majlis perasmian Projek Jalan Kampung Sungai Entulang (Bakong, Baram) petang semalam.

Katanya, rakyat rumah panjang harus bersyukur kerana banyak perubahan telah dilakukan oleh kerajaan BN dan usaha pembangunan ini adalah merupakan dasar kerajaan yang sangat peka terhadap keperluan rakyat di kawasan pedalaman.

Rakyat di tiga buah di Rumah Panjang Sungai Entulang telah mendapat projek jalan sepanjang 4 kilometer dengan nilai keseluruhan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja raya ialah RM2.5 juta dan jumlah itu masih belum cukup bahawa akan ditambah nilai RM680 ribu kelak.

“Pada tahun 2010, sejumlah RM2.15 juta telah diperlukkan dan telah dilaksanakan untuk pembenaan jalan raya bertar ke 12 rumah-rumah panjang kawasan Marudi (Baram).

“Pada tahun 2011, sejumlah RM4.366 juta juga telah diperuntukkan untuk tujuan yang sama buat jalan dan naik taraf jalan raya di 20 rumah-rumah panjang kawsan Marudi ini, dan jumlah itu masih belum cukup lagi kerana masih banyak jalan perlu dibuat,” jelasnya.

RASMI… Datuk Sylvester Enteri menurunkan tandatangan sebagai perasmian terhadap penubuhan SABERKAS Unist Nabor di Rumah Panjang Sungai Entulang, Bakong.

Datuk Sylvester yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (N.66 Marudi) menambah, sehubungan dngan itu bahawa penubuhan SABERKAS (Belia Bersatu kebangsaan Sarawak) Unit Nabor yang dipengerusikan oleh Kaunselor Eda Igar sangat baik dalam erti kata ia membawa pelbagai pendedahan kepada belia kawasan Nabor ini.

Objektif penubuhan SABERKAS di sini juga selaras dalam pendedahan pembangunan kepada belia yang berusia bawah 39 tahun ke 19 tahun. Pendedehan ini juga mengikuti pembangunan negara yang menuju ke arah pembangunan dalam tahun 2020 dan pembangunan negeri Sarawak pada tahun 2030 kelak, jelasnya lagi.

Pada majlis itu, Datuk Sylvester turut memperuntukkan projek kecil luar bandar (MRP) bernilah RM10 ribu kepada enam unit SABERKAS yang terdapat di kawasan Nabor.

Turut hadir pada majlis ini ialah Setiausaha Politik kepda Ketua Menteri iaitu Richard Well, Pegawau Tadbir Daerah Bakong Albania Linut, Pengerusi SABERKAS Nabor Kaunselor Eda Igar, Penghulu Sidu, Penghulu Nyadang dan ketua-ketua kaum setempat.