Ahad, 29 Ogos 2010

TARIK BALIK LUAHAN UNDUR… Kaunselor Jamali Basri (lima kiri) bersama penduduk kampung selepas mesyuarat kepimpinan Pehin Sri di Kampung Kuala Sibuti.


Rakyat Kampung Kuala Sibuti:

Bukan Masa Pehin Sri Berundur


UTUSAN SIBUTI - Sila tarik balik luahan berundur dan bukan masa untuk Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berundur kerana kebijaksanan pentadbiran dan perkhidmatan beliau memajukan Sarawak masih diperlukan.


Kaunselor Jamali Basri ketika ditemui di Kampung Kuala Sibuti ketika bermesyuarat mengenai kepimpinan Ketua Menteri bersama penduduk perkampungan nelayan di sini berkata, pembangunan dan kemajuan Kuala Sibuti adalah kerana kestabilan politk dan kami mahu beliau terus berkhidmat untuk Sarawak.


Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat luas pengalaman dan besar perkhidmatannya dalam mentadbir negeri Sarawak yang hampir seluas Semenanjung Malaysia.


“Banyak perubahan besar telah berlaku sejak beliau mula menjadi Ketua Menteri Sarawak yang banyak memperlajari kerja-kerja mentadbir ketika dalam kerajaan persekutuan hingga dibawa ke Sarawak”.


“Lihatlah di setiap pelusok dalam kawasan pendalaman telah dibangunkan, antara pembangunan besar ialah sistem perhubungan jalan raya, bekalan elektrik, air bersih, sekolah dan hospital serta pelbagai lagi”, tambahnya.


Semua ini adalah hasil daripada kestabilan politik tanah air terutamanya di negeri kita Sarawak ini, ini juga di atas kerjasama yang dimainkan oleh semua masyarakat kita yang lebih awal mengamal 1 Sarawak.


Usaha dan kerja yang dimainkan oleh Pehin Sri bersama para pemimpinnya iaitu para Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen dan kerajaan kita telah membawa pelbagai pembangunan dan kemajuan yang sukar digugat oleh parti pembangkang, tambahnya lagi.


Kaunselor Jamali Basri yang juga merangkap Pengerusi Koperasi Kampung Kuala Sibuti berkata, kesungguhan dan keberani beliau dalam menempohi berbagai rintangan dan cabaran dalam politik memang tidak dapat dinafikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin harus meneruskan perjuangan dalam membela nasib rakyat terumatanya bagi masyarakat luar bandar dan pemdalaman.


Kami kaum nelayan Kampung Kuala Sibuti tidak mahu Pehin Sri berundur dan sila tarik balik luahan itu, jelasnya dengan seratus peratus Pehin Sri mampu membawa Sarawak lebih maju pada masa akan datang.


Turut hadir menyatakan sokongan untuk tidak mahu Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ialah KK Sani Lakim, Ketua, Ktua Pemuda dan Ketua Gerakan Wanita PBB Ranting Kuala Sibuti Ramlee Nawawi, Ahmad Zaini dan Halifah Othman serta semua penduduk kampung berkenaan.

SELAMAT DATANG… Para pelajar SK Rh Essau menyambut kedatangan ADUN Bekenu, Rosey Yunus dengan penuh semangat patrotik kemerdekaan.


SUASANA HARI KEMERDEKAAN DI LUAR BANDAR


UTUSAN SIBUTI - Setiap tahun menjelang Hari Merdeka Malaysia, setiap tahun juga kami menyambut hari penuh bersejarah itu bagi mengenang jasa pemimpin masa lampu dan sekarang.


Jasa dan perjuangan mereka telah memberi kami di kawasan pendalaman ini telah bertukar menjadi kawasan yang paling terdekat dengan bandaraya Miri melalui pembangunan dan kemudahan seperti sistem Jalan Raya Persisiran Pantai Miri Bintulu.


HARGAILAH PENJUANGAN MALAYSIA…. Rosey yunus ketika menyampai ucapan majlis perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di kawasan pendalaman kawasan Tiris pagi tadi.


Demikian kata Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Rh Essau Ngelambong Gajah ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu Rosey Yunus di Rukah Panjang Enteri pada pagi tadi.


Katanya, sambutan kemerdekaan ini sangat bermakna kerana semua kemudahan asas seperti sistem perhubungan jalan kampung, bekalan elektrik dan air bersih serta pelbagai lagi telah sampai ke kawasan Tiris yang mempunyai enam perkampungan masyarakat Kedayan dan ke rumah panjang kami pada tahun ini.


MERDEKA… Ngelambong Gajah (depan) mengetuai melaungkan kemerdekan. Turut serta ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus.


RASMI… Rosey Yunus bersama pihak SK Rh Essau Tiris memotong kek sebagai tanda perasmian sambutan Haji Kemerdekaan Ke-53 yang bakal tiba esok hari.


Terima kasih kepada kerajaan negeri dan persekutuan yang menjadikan kawasan ini tidak terpinggir daripada arus pembanguna negara, tambahnya lagi.


Utusan Sarawak yang hadir bersama ADUN Bekenu mendapati bahawa keceriaan dan kegembiraan masyarakat Kedayan dan Iban di sini amat jauh berbeza sebelum ini.

MERDEKA…. Rosey Yunus (tengah) memukul gong tanda perasmian Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di SK Rh Essau yang dahulu merupakan sebuah sekolah yang jauh dari pusat bandar.

Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan


UTUSAN SIBUTI - Kestabilan politik Barisan Nasional (BN) Sarawak bersama puncuk kepimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah pembawa pembangunan dan kemajuan yang tidak diduga oleh masyarakat luar bandar amnya.


Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.61 Bekenu, Rosey Yunus ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Rumah Essau Tiris pagi tadi.


Rosey, pembangunan dan kemerdekaan perlu disyukuri dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat.


Pembangunan dan kemajuan penduduk luar bandar yang dinikmati kita sekarang adalah hasil perjuangan pemimpin masa lampau yang turut diwarisi terus menerus oleh pemimpin dan kerajaan sekarang perlu dijaga untuk mencapai kemajuan di tahap lebih menjamin masa depan.


Oleh itu, rakyat perlu bersyukur kerana ianya adalah nikmat sebenar kemerdekaan yang diperjuangkan, maka dengan ini rakyat harus menjaga negeri kita dengan sebaik-baiknya melalui kestabilan poltik, tambahnya.


“Kestabilan politik Sarawak bersama kemerdekaan negara membolehkan kerajaan mengatur semua hal-ehwal negara mengikuti aspirasi dan cita-cita rakyat”.


“Pada hari kemerdekaan ini, setiap individu rakyat mesti mengambil peluang merenung dan bertanya kepada diri, bagaimana menggunakan keupayaan, kekuatan, kebijaksanaan kita demi kejayan bersama”, jelasnya lagi.


Turut hadir bersama pada majis ini ialah Yang Dipertua PIBG SK Rumah Essau Ngelambong Gajah, Kaunselor Sulaiman Ahmad, Tr. Enteri Blawan, Ketua Aktiviti Wanita Bekenu Niah Normah Ali dan guru besar SK Rh Essau Sebastian Budol Denden serta penduduk setempat.


Pada majlis ini, Rosey Yunus telah menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada PIBG SK Rh Essau dan RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memperluaskan aktiviti masing-masing.

Sumbangan daripada
Bahan Berita / Foto : - Nazri Ahmad Lai



KECERIAAN ANAK YATIM…. Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang (dua kiri) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim pada malam Gema Nur Kasih Di Aidilfitri bersama Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak Cawangan Miri anjuran Mega Hotel (Miri) dan RTM (Miri) pada malam kemarin.


Sumbangan berkenaan adalah untuk memberi galakkan dan kasih sayang kepada kanak-kanak yatim dalam menempuhi kegembiraan semasa Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma dua minggu lagi.