Khamis, 17 Disember 2009

KENANGAN…Peserta merakamkan kenangan bersama dengan Pengetua SAVTI Michael Entalai (duduk lima kanan), Jumain Hamidon (duduk 7 kiri) dan Adryan Adbul Aziz (duduk 7 kanan) selepas sesi ceramah.

Pekebun kecil puas hati diberi peluang sertai ceramah SAVTI-MPOB

UTUSAN SUBIS (17/12/2009) - Pekebun kecil kelapa sawit kawasan Sibuti berpuas hati diberi peluang untuk menyertai penuntut Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak – SAVTI (PPKS-SAVTI) pada sesi Ceramah Pembangunan Tanaman Kelapa Sawit di sini pagi tadi.


Penceramah Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB-Miri) Jumain Hamidon berkata, tujuan ceramah ini adalah penting kepada pekebun kecil di kawasan ini supaya mereka lebih memahami cara betul yang menguntungkan.


“Sistem penjagaan kebun sawit dengan penggunaan pelbagai jenis baja dan racun harus teratur, kena tahu bila musim dan masa paling sesuai kerja-kerja pembajaan dan meracun rumput rumpai”.


“Jika mereka membaja pada musim hujan atau kemarau maka sudah tentu kerja-kerja pembajaan menjadi sia-sia dan mereka hanya membazirkan wang ringgit mereka kerana baja-baja pada musim ini akan larut cepat dan peratusan bahan kimia sangat rendah”, tambahnya.


Cara penggunaan racun rumpai juga sangat penting kerana salah guna dan caranya ia akan membinasakan anak-anak sawit yang baru ditanam, jika pekebun kecil ingin mengetahui cara teratur dalam pengusahaan sawit ini adalah boleh mohon bantu penerangan daripada pihak MPOB, jelasnya.


Magdaline Lumpoi dan Luni Ugir ketika ditemui pada sesi ceramah yang diadakan di PPKS-SAVTI di kabuloh berkata, ini adalah pertama kali kami menyertai sesi seumpama ini dan ia sangat berfaedah kepada kami.


Antara ceramah yang sangat berfaedah kepada kami ialah ceramah tentang teknik pembajaan berkesan, kelebihan teknologi sungkupan yang disampaikan oleh Jumian Hamidon dan teknik kawalan rumpai yang berkesan yang disampaikan oleh Adryan Abdul Aziz.