Ahad, 10 November 2013



 

TUMPAS… Kelihatan  polis dan trafik sedang membuat penyiasatan terhadap beberapa buah 4WD, sebuah lori dan sebuah kereta di Balai Polis Batu Niah petang tadi. – ADUM LIU

Sembilan kenderaan tumpas di tangan polis

 
LAPAN buah pancuan empat roda (4WD) dan sebuah lori tiga tan yang penuh dengan muatan tandan kelapa sawit segar berjaya ditumpas oleh polis di dalam sebuah ladang kelapa sawit yang dipercayai mencuri sawit pada 1 Nov lepas.

Polis ketika ditemui di Balai Polis Batu Niah mengenai kes tersebut berkata, pihak mereka telah menerima maklumat daripada pihak ladang tentang pencerobohan.

Katanya, sebuah lagi kereta bersama tiga penumpangnya turut disiasat ekoran mempunyai senjata tajam merbahaya iaitu samurai dan parang, pihak polis juga berjaya menemui selaras senapang patah di salah sebuah 4WD.

Dalam operasi ini, kita (Polis) telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita. Mana kala Jabatan Imigresen Depo Bekenu berjaya menahan lima warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan mereka, jelasnya.


SIASAT… Tiga daripada lima warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang ditahan di sebuah ladang oleh anggota Imigresen pada petang tadi. – ADUM LIU

Tambahnya, kesemua lapan orang tersebut dibawa ke Balai Polis Miri untuk siasatan lanjut, dan lima warga asing turut ditahan di Depo Imigresen Bekenu. Dipahamkan bahawa pecerobohan itu dilakukan oleh penduduk di tiga buah rumah panjang kawasan Sebatu Batu Niah.

Kejadian tersebut telah mengemparkan orang ramai dan menjadi keadaan kawasan luar Balai Polis Batu Niah sesak sehingga menyukarkan lalu lintas di kawasan Jalan Raya Pekan Batu Niah.

Turut serta dalam operasi ini ialah Polis Miri, Trafik Miri, Jabatan Pertahanan Awam (JPA), Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Jabatan Imigresen dan Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB).