Sabtu, 28 Mei 2011

CARI RAJA SUNGAI… Para ahli komiti Mesyuarat Jawatankuasa Regatta Sibuti 2011 di MDS untuk persiapan mengadakan lumba perahu pada pertengah Oktober depan.

Ragatta Sibuti pada Oktober 2011

UTUSAN SIBUTI - Parlimen Sibuti adakan Regatta Sibuti 2011 di Sungai Sibuti pada 14 hingga 16 Oktober depan dengan menyediakan pelbagai aktiviti Sukan Sungai Terbuka Sarawak.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Regatta Sibuti 2011 di Majlis Daerah Subis (MDS) berkata, mesyuarat kali ini banyak bincangkan acara yang akan dijalankan pada hari berkenaan.

“Acara yang paling menarik nanti ialah siapakah yang akan muncul menjadi Raja Sungai di Kategori 20 Pengayuh Lelaki Terbuka Regatta Sibuti 2011 nanti.

“Masyarakat tempatan Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu dan N.62 Lambir sangat dialu-alukan serta masyarakat luar kawasan juga diharap untuk turut serta menyertai pelbagai aktiviti pertandingan sukan sungai kelak,”, jelasnya.

Kepada mana-mana pihak angensi, masyarakat dan individu yang ingin menyertai pertandingan ini diharap bersedia dari sekarang untuk menyediakan perahu masing-masing kerana pertandingan kali ini agak menarik dan sengit.

Masih belum lengkap dan jawatankuasa ini akan mengadakan mesyuarat lagi bagi persiap yang rapi untuk menganjuran mencari Raja Sungai yang diadakan secara terbuka, tambahnya.

Turut hadir mesyuarat ini ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus, ADUN Lambir Ripin Lamat, Pegawai Daerah Boniface Intang Apat, Setiausan MDS David Upe dan ketua-ketua jabatan kerajaan serta para kaunselor MDS.


TERIMA KASIH…. Rosey Yunus menyampaikan MRP kepada Biro Wanita Rumah Bagal Magdeline Simunjang (kiri).

Rosey - Tubuhkan JKKK di pekan

Penduduk pekan disaran tubuhkan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk pembangunan kawasan pekan-pekan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (N.61 Bekenu) Rosey Yunus.

ADUN Bekenu Rosey Yunus yang ditemui pada majlis penyampaian geran projek kecil luar bandar (MRP) di Majlis Daerah Subis (MS) petang tadi berkata, tujuan ini adalah untuk memudahkan penduduk pekan turut menikmati projek peruntukan daripada kerajaan.

“Kerajaan bukan sahaja memandang berat terhadap pembangunan dan kemajuan di kampung dan rumah panjang, malahan juga kerajaan turut sentiasa memandang berat terhadap penduduk di pekan dan persekitaran.

“Dengan adanya JKKK pekan adalah memudahkan kerajaan untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh rakyat di pekan bersama penduduk persekitarannya,” jelasnya.

Pada majlis ini sejumlah RM216,623.00 telah diperuntukan kepada 27 pertubuhan dari rumah panjang, kampung dan sekolah kawasan N.61 Bekenu.

Beliau menambah, pernubuhan JKKK di setiap kawasan ini amatlah penting, kerajaan akan sentiasa menyokong dan membantu aktiviti pertubuhan dengan cara menyalurkan bantuan berbentuk MRP.

Justeru, kepada mana-mana pihak yang telah menerima MRP ini dinasihatkan supaya gunakan dengan sebaik mungkin dan bagi yang belum mendapat diharap bersabar kerana MRP ini penting untuk membawa pembangunan luar bandar, jelasnya lagi.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP-Bekenu) Kaunselor Sebastian Janting, Ketua Pemuda SPDP Bekenu Kaunselor Lee Eng Kong, Penghulu Choo Chang Yee, Kampitan Yong Kui Lan dan ketua-ketua kaum setempat.