Rabu, 4 Mei 2011

Kerajaan BN kotakan janji


UTUSAN SIBUTI – Projek bina jalan fasa pertama kawsan Dewan Undangan Negeri N.23 Lingga yang dijanjikan oleh Barisan Nasional lepas ditunai dalam bulan May ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.23 Lingga Simoi Peri berkata kerajaan akan mula mengerjakan pembinaan jalan sepanjang 14 kilometer yang menghubungkan Stumbin ke Tanjung Bijat.


Jalan berturap peringkat fasa kedua selepas projek jalan raya yang menghubungkan Stumbin – Tanjung Bijat ini berjaya disiapkan nanti,” ujar beliau kepada media tanpa memberitahu kos jalan tersebut.


Sehubungan itu ADUN Lingga meminta pihak anti BN agar menyokong kembali kerajaan agar kita dapat bersama-sama memajukan kawasan DUN Lingga di masa akan datang, jelasnya.


Simoi sebelum itu telah merasmikan Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman semalam.


Selain itu Simoi juga berjaya membuktikan bahawa BN nyata masih mendapat tempat di hati rakyat dalam kawasan DUN Lingga dan ianya terbukti menerusi majoriti undi beliau yang meningkat pada pilihan raya umum lepas.


Katanya beliau memperoleh sejumlah 1,856 undi majoriti pada pilihan raya umum 2006 namun berjaya memperoleh sebanyak 2,506 majoriti undi bagi pilihan raya umum tahun 2011.

12 Menteri Muda angkat sumpah


UTUSAN SIBUTI - Seramai 12 Menteri Muda, yang mengekalkan kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri 16 April, semalam (4/5/2011) mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri muda dalam Kabinet baru negeri.


Enam daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan masing-masing dua daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).


Mereka ialah: - Datuk Gramong Juna (Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar) - Datuk Harden (Menteri Muda Pembangunan Tanah) - Datuk Lee Kim Shin (Menteri Muda Komunikasi, Menteri Muda Sukan) - Sylvester Entri Muran (Menteri Muda Kemudahan Awam bagi Bekalan Air) - Datuk Daud Abdul Rahman (Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Menteri Muda Pembangunan Industri (Penggalakkan dan Pembangunan Industri Ladang) - Mohd Naroden Majais (Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan), Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber) - John Sikie Tayai (Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Majlis Daerah Luar Bandar) - Abdul Wahab Aziz (Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar) - Datuk Talib Zulpilip (Menteri Muda Pelancongan dan Warisan) - Datuk Peter Nansian Ngusie (Menteri Muda Alam Sekitar dan Kesihatan Awam) - Mong Dagang (Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Menteri Muda Pemodenan Pertanian (Penyeldidikan dan Koordinasi) - Dr Stephen Rundi Utom (Menteri Muda Kesihatan Awam dan Kemudahan Awam)


Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, disaksikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di bangunan baru Dewan Undangan Negeri di sini.


Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan dan Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nasar.


Taib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Presiden PBB berkata barisan Kabinet negeri itu merupakan “langkah sementara” sehingga beliau melakukan rombakan Kabinet.


“Saya masih belum bersedia (rombakan Kabinet),” katanya kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah itu.


Tiga Menteri Muda kalah dalam pilihan raya negeri ke-10 itu. Mereka ialah Timbalan Presiden SPDP yang juga Menteri Muda Pemodenan Pertanian (Pertubuhan dan Koperasi Petani), Datuk Peter Nyarok Entrie, Datuk David Teng (Menteri Muda Pertanian) dan Tan Joo Phoi (Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Alam Sekitar).


Tiga Menteri Muda digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN). Mereka ialah Larry Sng (Pelagus), Datuk Dr Soon Choon Teck (Dudong) dan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).


Pada 18 April, lapan bekas menteri muda yang mengekalkan kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri, mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet Negeri yang baru.


Mereka ialah Tan Sri Alfred Jabu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Seri Michael Manyin, Datuk Seri Dr James Masing, Datuk Seri William Mawan, Datuk Seri Wong Soon Koh dan Datin Fatimah Abdullah.


Satu-satunya yang terkecuali daripada barisan sebelum ini ialah Tan Sri Dr George Chan yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Piasau pada pilihan raya negeri.