Rabu, 27 April 2011


UTUSAN SIBUTI – Tidak ada sebarang kesan penggabungan antara Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan ia tidak akan menggugat kekuatan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika dihubungi untuk memberi pandangan dan perkara yang akan berlaku terhadap cadangan pergabungan DAP dan SNAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Parlimen nanti.


BN tidak melihat sebarang kesan jika penggabungan itu benar-benar berlaku kerana rakyat tahu hanya satu kerajaan sahaja yang mampu mentadbir mereka dengan baik iaitu kerajaan Barisan Nasional.


“Pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10 baru-baru ini, parti pembangkang iaitu SNAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah meletakkan calon masing-masing bagi kerusi Lambir dan Bekenu, yang merupakan konstituensi di bawah Parlimen Sibuti.


“Calon BN telah tewaskan kedua-dua calon dari parti terbabit dan kita menang dengan majoriti besar. Ia cukup membuktikan rakyat di sini sudah menolak mereka secara terang-terangan”, jelasnya.


Katanya, BN tidak takut dengan cadangan penggabungan tersebut kerana rakyat sendiri mampu menilai kemampuan dan sumbangan kerajaan BN kepada mereka selama ini.


Sehubungan itu, beliau turut yakin bahawa majoriti penduduk luar bandar masih setia dan menyokong kerajaan BN berdasarkan ke atas kemenangan calon BN mempertahankan kerusi Lambir yang meletakkan calon baru Ripin Lamat dan Bekenu Rosey Yunus.


Walaubagai mana pun, jentera BN tidak boleh berasa selesa kerana banyak lagi perkara yang perlu dilakukan termasuk me-mastikan setiap kemahuan dan keperluan rakyat dipenuhi, jelasnya.

UTAMAKAN PERHUBUNGAN... Ripin Lamat ketika berucap di Malam Majlis Penghargaan Jentera Pillihan Raya N.62 Lambir di kediamannya baru-baru ini.

Perhubungan erat mula dengan perjumpaan

UTUSAN SIBUTI - Perhubungan erat dan kerjasama yang baik antara pemimpin bersama rakyat bermula dengan perjumpaan dan bersalaman yang berterusan sehingga membawa permahaman keperluan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata demikian di Malam Majlis Penghargaan Jentera Pillihan Raya N.62 Lambir di kediamannya baru-baru ini.

Katanya, untuk merapatkan lagi hubungan kerjasama beliau sebagai wakil rakyat baru di kawasan Lambir, sesi perkenalan dengan rakyat di kawasannya dimulakan dengan siri jelajah kawasan sebagai mengulangi kesinambungan lawatannya semasa kempen pilihan raya negeri yang lepas.

Melalui pendekatan ini, ia adalah lebih berkesan untuk dikenali dan memahami keperluan penduduk di kawasan ini sekali gus merancang pelan pembangunan yang berterusan untuk Lambir di dalam perancangan sepanjang 100 hari pertama menjadi wakil rakyat, jelasnya.


Tambahnya, beliau mula turun padang sejak minggu pertama selepas pilihan raya lalu dengan mengunjungi beberapa kawasan rumah panjang di kawasan Ulu Sibuti dan seterusnya ke Bukit Peninjau, Bekenu serta Lambir.

Tugas utama adalah membuat lawatan dengan mengunjungi kawasan yang jauh seperti Ulu Sibuti sebelum pergi ke kawasan yang berdekatan di sini, jelasnya dengan menyeru kepada rakyat di kawasan Lambir agar terus memberikan sokongan dan kerjasama kepadanya demi pembangunan di Lambir.

Turut hadir sama ialah ADUN Bekenu, Rosey Yunus dan suami, Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lambir, Julani Moktar merangkap pengerusi penganjur majlis, mantan ADUN Subis, Yusof Sani Wahap serta Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Mohd Chee Kadir. Lebih 500 tetamu hadir pada majlis tersebut yang turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh dua artis jemputan iaitu Ricky Andrewson dan Swaylin.
RASMI… Ahmad Lai Bujang menyalakan obor-obor tanda perasmian Majlis Kejohanan Olahraga Ke-5 SMK Bekenu berlangsung hari ini sambil disaksikan oleh Andra Salle (dua kiri).

Ahmad : Guru dan Ibubapa

penyuntik kejayaan kepada anak


UTUSAN SIBUTI - Para guru dan ibubapa pelajar diingatkan supaya sentiasa bekerjasama dalam menjayakan setiap aktiviti sekolah sebagai penyuntik semangat kepada anak-anak yang merupakan seorang insan pelapis negara.


Demikian kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika berucap di majlis perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Kelima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu di Jalan Bungai pagi tadi.


Katanya, kerjasama dan sokongan kepada setiap aktiviti sekolah antara guru dan ibubapa adalah penting kerana melalui persefahaman kedua belah pihak ini akan mampu melahirkan pelajar itu bertanggungjawab selepas mereka tamat dari alam persekolahan kelak.


Selain daripada itu, ia juga sebagai pemangkin dalam melahirkan generasi perpaduan dan akan mempunyai modal insan yang akan membawa pembangunan pada masa akan datang.


“Dalam kejohanan olahraga hari ini, pelajar yang terlibat bukan hanya untuk bertanding tetapi yang penting ialah untuk mendapat kecergasan dan kesihatan tubuh badan.


“Seseorang pelajar mempunyai kecergasan dan kesihatan terjamin ia mampu melahirkan minda terbuka yang banyak kelebihan kepada pelajar terutamanya mampu menilai sesuatu yang terbaik, kejayaan diri dan pembangunan negara tanpa henti”, jelasnya.


Pada majlis ini, Ahmad Lai Bujang turut menyumbangkan peruntukan kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM3,000 sebagai pergiatkan lagi aktiviti SMK Bekenu dan membuat perninjauan persekitaran sekolah tersebut demi menjamin keselesaan pelajar mencari ilmu.


Turut hadir pada majlis ini ialah wakil Pegawai Pelajaran Daerah Subis Andra Salleh dan Penolong Kanan SMK Bekenu Rahayu Deli dan ketua-ketua kaum serta masyarakat setempat.