Sabtu, 4 April 2009

Hanya BN mampu memberi pembangunan kepada rakyat

BN MAMPU MENANG...Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (gambar atas) bersama penduduk Kampung Melayu memberi sokongan padu kepada Calon BN dan kemenangan BN ini adalah hadiah istimewa kepada PM Ke-6 Datuk Seri Najib Razak. Foto - Kiriman Kaban Dari Lubok Antu (Sri Aman)

BATANG AIR – Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberi jaminan akan memberi perhatian segera terhadap masalah yang dibangkitkan masyarakat Melayu di sini, berhubung masalah hak milik tanah, infrastruktur termasuk bekalan elektrik dan air, serta sistem perparitan di perkampungan berkenaan.

Sejajar dengan jaminan itu, beliau juga meminta penduduk kampung supaya menyenaraikan dan menghantarkan masalah yang mereka hadapi selama ini hanya cara demikian pihak kerajaan boleh mencari jalan bagi membantu penduduk Kampung Melayu Batang Ai ini.

Walaupun jumlah pengundi Melayu di N.29 ini tidak ramai, sokongan mereka kepada Calon BN Malcolm Mussen Lamoh amat besar maknanya kepada semua penduduk di sini kerana ini membolehkan kerajaan terus berusaha dalam membangunkan kawasan Batang Ai ini.

Sementara itu, beliau juga menasihati dan mengingatkan kepada penduduk kampung untuk menolak tidak menerima calon pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat iaitu bekas Ahli Parlimen bersama BN selama lima penggal.

Kiriman Kaban Dari Lubok Antu (Sri Aman)