Khamis, 9 April 2009

Majlis Penutupan Tadarus Sekolah Bahagian Miri

KENANGAN... Ahmad Lai Bujang (2 kiri) menerima cenderahati daripada Pegawai Pelajaran Daerah Subis, Puan Kasiah Jafarali (kanan sekali) sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus (kiri Sekali).

Oleh : Adum Liu
9 April 2009

Al-Quran mampu meletakkan Negara sebagai sebuah Negara maju

UTUSAN SUBIS (Bekenu – 9/4/2009) Al-Quran mampu menghasilkan modal insan yang berakhlak mulia dan mapum meletakkan Negara sebagai sebuah Negara maju sebaris dengan Negara-negara maju lain.

Demikian kata Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Haji Ahmad Lai Bujang pada Majlis Penutupan Rasmi Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid, Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Bahagian Miri di SMK Bekenu (Subis) petang tadi.

“Kita harus mengetahui maksud pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang ingin dilahirkan oleh Negara. Bagi memastikan modal insan yang berkualiti, pendidikan yang berterusan seawal kanak-kanak hingga ke menara gading amat diperlukan.

Pengetahuan mendalam dengan mempunyai bekalan modal insan merupakan elemen penting bagi memastikan Negara terus berdaya saing dan berdaya tahan dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains teknologi”, katanya yang tek ucapan disampaikan oleh ADUN Bekenu, Rosey Yunus.

Katanya, pembangunan modal insan berteraskan Al-Quran mampu memenuhi tuntutan Negara dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu mencapai hasrat membentuk sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri iaitu maju dari segi fizikal, mental rohani dan jasmani.

Hanya melalui pendekatan ini, usaha membangunkan modal insan yang mampu melonjakkan tahap kedudukan bangsa dan negara Malaysia sebagai sebuah bangsa dan negara yang terbilang di pentas dunia akan menjadi kenyataan, tambahnya.

Penyertaan Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid, Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Bahagian Miri ini ialah sekolah rendah dan menenegah Daerah Miri-Bakong, Daerah Baram dan Daerah Subis.

Tiada ulasan: