Rabu, 29 Julai 2009

MUSNAH... Keadaan rumah Liman (gambar kecil kiri) yang dijilat api sekelip mata ketika mangsa tidak berada di rumah pada pagi tadi.

KEBAKARAN : Warga tua tinggal sehelai sepinggang


UTUSAN SUBIS (BEKENU 29/7/2009) Seorang warga tua tinggal sehelai sepinggang setelah rumah papannya di Kampung Selanyau di sini musnah dijilat api dalam satu kebakaran pada pagi tadi.


Semasa kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi bahawa mangsa kebakaran Liman bin Marali (warga tua), 57 tahun tidak berada di rumah kerana beliau sejak awal pagi telah turun ke pekan Bekenu.


Polis Bekenu ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihak polis bekenu menerima panggilan kebakaran sekitar 9 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian sambil menghubungi Bomba Sukarela Sibuti untuk mendapat bantuan penyelamat.


Katanya, kebakaran ini telah disedari oleh salah seorang anak mangsa yang tinggal berdekatan kejadian di mana api semasa itu telah pun marak kuat bermula dari bahagian dapur.


Dengan tiupan angin kuat juga menjadikan api marak semakin kuat hingga tidak sempat anaknya dan orang-orang kampung untuk memadamkan api dan menyelamatkan barang-barang mangsa.


Mangsa, Liman yang telah dihubungi balik ke kampung dan tiba di halaman rumahnya tidak dapat berbuat apa-apa yang cuma melihat sahaja api terus marak sekelip mata sahaja rumahnya habis musnah.


Turut hadir memberi bantuan kerja menyelamat ialah sepasukan Bomba Miri dan Bomba Sukarela Sibuti. Punca sebenar kejadian dan kerugian serta dokumen penting masih lagi dalam siasatan pihak Polis Bekenu.