Rabu, 1 Julai 2009

UNTUK KEPASTIAN...Para tuai rumah dari kawasan Niah, Suai dan SIbuti yang hadir mendengar ulasan mengenai wang ihsan di Rh Boniface Bada di Suai pada 29 Jun lepas.

Oleh : Adum Liu
1 Julai 2009

BANJAIR : Mangsa banjir Niah/Suai dapat wang ihsan

UTUSAN SUBIS, (SUAI 1/7/2009) – Banjir besar Sarawak awal tahun ini di kawasan Niah/Suai didapati masih ramai yang tidak menerima wang ihsan kerana tidak melaporan kemusnahan tanaman dan ternakan mereka di Pejabat Jabatan Pertanian.

ADUN N.60 Kemena, Stephen Rundi Untom ketika ditemui di Rumah Boniface Bada berkata, kerja-kerja untuk mengisi borang mangsa banjir yang tercicir sedang dalam proses di mana SAO dan tuai-tuai rumah turut terlibat mengendalikannya.

Di kawasan Niah/Suai terdapat lebih 20 rumah panjang dilandar banjir besar hingga banyak tanaman dan ternakan mereka musnah dan wang ihsan ini adalah bertujuan meringankan bebanan yang mereka alami.

“Kerajaan Pusat telah memperuntukan sejumlah 1.3 juta dan telah disalurkan kepada mangsa banjir ini. RM300 adalah diberikan kepada mangsa banjir kawasan rumah sahaja.

Mana kala RM1000 adalah diberikan kepada mangsa banjir yang melihatkan kemusnahan lading kebun termasuk ternakan, dan kemusnahan lading kebun tanaman ini adalah perlu dilaporkan kepada Jabatan Pertanian di sini”, katanya.

MESRA...Dr. Stephen Rundi berbincang sesuatu bersama Datuk Hasan Sui yang merupakan seorang usahawan berjaya yang turut hadir ke Rh Boniface Bada di Suai pada 29 Jun lepas.

Kita juga sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan wang ihsan bagi mangsa banjir yang telah tercicir dalam membantu meringankan bebanan yang mereka tanggung.

Utusan Subis yang juga pergi melawat ke Jabatan Pertanian Batu Niah baru-baru ini telah mendapati begitu banyak borang yang telah disedia dan diisi cuma dalam proses kemas kini untuk dimajukan kepada pihak atasan.

Pengagihan wang ihsan buktikan menunjukkan bahawa kerajaan berpegang dan mengotakan janji-janjinya kepada rakyat yang menghadapi masalah, khasnya golongan yang dilanda bencana.