
Kerajaan akan salur lebih banyak lagi peruntukan
UTUSAN SUBIS (31 Ogos 2009) – Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan menyalurkan lebih banyak lagi peruntukan untuk pelbagai projek untuk membangunkan kawasan luar bandar dan kita hanya bersabar untuk menunggu kedatangan peruntukan itu.
Kenyataan yang sering didengar ini adalah semakin hari semakin membuat hati masyarakat luar bandar bagaikan menerima hadiah berupakan durian runtuh daripada kerajaan yang berwawasan 2020 dan 1
Baru-baru ini, Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bujang yang berucap di Majlis Lawatan Kerja di Kampung Lusut Taman Tunku Miri bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, katanya masyarakat luar bandar adalah harus memberi kerjasama kepada kerajaan kerana kerajaan sahaja mampu membela nasib rakyat pada masa ini.
Tinjauan Utusan Subis, bahawa semua kawasan luar bandar iaitu rumah-rumah panjang (pendalaman) dan kampung-kampung yang dahulu menggunakan sungai sebagai jalan penggangkutan utama, tetapi kini semua kawasan berkenaan sudah mempunyai jalan raya.
Begitu juga, di rumah-rumah panjang ulu sungai Sibuti dalam tahun 70-an – 80-an menggunakan minyak tanah sebagai sumber utama dapatkan cahaya pelita, tetapi kini telah berubah dan hampir semua kawasan luar bandar (Sibuti) sudah mendapat bekalan elektrik bantuan daripada kerajaan kita.
Dan baru-baru ini kita juga telah mendengar daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah meluluskan jutaan ringgit untuk projek bekalan air bersih kepada masyarakat di luar bandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan