Ahad, 27 September 2009

TERIMA KASIH SUDI DATANG…Banyak pembangunan telah terlaksana di P.218 Sibuti, mungkin ini yang diperkatakan oleh Tuan Haji Ahmad Lai Bujang kepada TYT Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Bin Abang Barieng.

Banyak pembangunan dirancang di Sibuti

UTUSAN SUBIS (27/9/2009) – Sibuti adalah merupakan sebuah kawasan yang besar dan kerajaan telah pun merancang begitu banyak pembangunan dibuat di kawasan Sibuti.

Demikian kata Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang ketika ditemu bual semasa mengadakan Rumah Terbuka Sambutan Hari Taya Aidilfitri di kediamannya di Kampung Luak, Miri yang turut dihadiri oleh TYT Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Bin Abang Barieng dan Toh Puan Yang DiPertua Negeri Sarawak pada pagi 27 September 2009.

“Perancangan baru kerajaan kita ialah untuk menjadikan Bekenu, Niah dan Batu Niah sebagai bandar baru seperti mana yang telah diluluskan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 13 September 2009 lepas.

“Begitu juga perancangan prasarana di Sibuti, seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih akan dilaksanakan dengan cepat mungkin seperti apa yang dijanjikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Sri Shafie Apdal kepada kami di parlime menjadi kenyataan pada tahun baru ini”, katanya.

Sehubungan itu juga adalah diharapkan agar rakyat di kawasan P.218 Sibuti dan mana-mana kawasan supaya tidak mendengar dahyah-dahyah dari pihak tidak bertanggungjawab dan parti-parti pembakang.

Hanya Barisan Nasional yang dapat membawa pembangunan dan kemajuan kepada penduduk di kawasan luar bandar mahupun di bandar dan kami iaitu saya, Adun N.61 Bekenu, Rosey Yunus dan Adun N.62 Lambir, Aidan Wing akan terus bekerjasama berganding bahu untuk permajuan di kawasan Sibuti ini.

Turut hadir ialah Adun Senadin, Datuk Lee Kim Shin, Adun Lambir, Aidan Wing, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ripin Lamat, Temenggong Wilson Atong, Pemanca Wilsin Siang Lim dan kaunselor-kaunselor serta kakitangan kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan