
TUNGGU GILIRAN...Para penduduk kampung sedang menunggu giliran masing-masing di Pejabat Daerah Kecil Sibuti.
YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang:
REBET RINGANKAN BEBAN RAKYAT
UTUSAN SUBIS (2 September 2009) – Seramai 184 pengguna enjin sangkut moto bot yang berbeza kuasa kuda di kawasan Bekenu menerima bantuan subsidi minyak (rebet) daripada Kerajaan Persekutuan di sini pada 1 September 2009 lepas.
Majlis penyampaian subsidi berkenaan telah dilaksanakan oleh YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang di Pejabat Kecil Daerah Sibuti adalah penyerahan untuk fasa pertama dan masih terdapat ramai lagi akan menerima pada fasa kedua pada satu tarikh yang belum diketahui.
Bercakap pada majlis itu, Tuan Haji Ahmad Lai berkata bahawa bantuan subsidi ini ialah bagi meringankan beban para pengguna enjin sangkut moto bot ketika minyak naik tahun lepas.
Beliau juga berharap mereka yang telah menerima bantuan rebet minyak berkenaan supaya digunakan sebaik mungkin kerana ini salah satu daripada keperihatinan kerajaan kepada masyarakat kita.
Bantuan subsidi minyak ini dibahagian kepada tiga kategori iaitu enjin sangkut yang 10 kuasa kuda (kk-ke bawah) akan menerima RM350, 20kk ke bawah (RM500) dan 40kk ke bawah RM705 untuk sesebuah enjen mereka.
Tinjauan Utusan Subis di Pejabat Daerah Kecil Sibuti juga mendapati bahawa Pejabat berkenaan telah dibanjiri ratusan pengguna enjin sangkut untuk mengenal pasti mereka mendapat bantuan subsidi berkenaan.
LAWATAN...YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang ketika mengadakan lawatan ke Pejabat Pertanian Kecil Bekenu, bersama beliau ialah Penguasa Pertanian Bekenu, Termizi Alwi dan Pegawai JASA, Lukanisma.
YB Tuan Haji Ahmad Lai juga mengadakan lawatan mengejut ke Jabatan Pertanian Kecil Bekenu untuk mengetahui perkembangan bantuan ihsan mengenai kemusnahan hasil tanaman dan ternakkan petani akibat banjir kilat yang melandar beberapa kawasan di
Beliau telah difahami oleh Pegawai Penguasa Pertanian Bekenu Temiji Alwi bahawa terdapat masih ramai tidak menerima bantuan itu kerana para petani tidak menghantar borang bantuan yang telah disediakan oleh jabatan berkenaan.
Turut hadir pada penyampaian bantuan ialah ADUN N.61 Bekenu, YB Rosey Yunus, Pagawai Tadbir Sarawak Sibuti dan ketua-ketua kaum kawasan P.218 Sibuti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan