Ahmad Lai : Tiga Rumah Panjang Ulu Sibuti Akan Menerima Bekalan Elektrik Tidak Lama Lagi
UTUSAN SUBIS (9/10/2009) – Tiga rumah panjang kini nampu tersenyum lebar apabilan permohonan untuk mendapat bekalan elektrik daripada ADUN N.62 Aidan Wing sejak tahun 2000 mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan.
Tiga rumah panjang yang terletak hampir 200 kilometer dari bandaraya Miri di Ulu Sibuti ialah Rumah Panjang James Biri, Rumah Suyong dan Rumah Lani Bujang telah menerima surat kelulusan itu di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti.
Tiga rumah panjang yang terletak hampir 200 kilometer dari bandaraya Miri di Ulu Sibuti ialah Rumah Panjang James Biri, Rumah Suyong dan Rumah Lani Bujang telah menerima surat kelulusan itu di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti.
Majlis penyampaian surat kelulusan berkenaan telah disampaikan oleh Ahli Prlimen P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang kepada Tuai Rumah James Biri bagi mewakili Tuai Rumai Suyong dan Lani Bujang.
Turut hadir bersama ialah Adun N.62 Lambir Aidan Wing dan Adun N.61 Bekenu Rosey Yunus, Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bekenu Kaunselor Jamali Basri dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawa Ripin Lamat.
Tuai Rumah James Biri ketika ditemui berkata, kelulusan ini amat tidak diduga sekali pada hari ini kerana kami cuma dijemput oleh Tuan Haji Ahmad Lai Bujang untuk hadir bersama memeriahkan suasana ramah tamah.
“Hari ini saya dan Tr. Suyong dan Tr. Lani Bujang telah menerima bonos berganda iaitu kelulusan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Talian Grid Negeri Sarawak Zon Satu A (1A) Tahun 2009-2010 Secara Rundingan Terus ‘Design & Build’ dan menerima geran membersih sungai yang berjumlah RM6,000.
Kami akan mengadakan Majlis Dialog Bersama Pemohon Projek 24 Oktober 2009 sesi dialog bersama Syarikat SESCO Bhd di rumah panjang saya bagi mempercepatkan proses pemasangan elektrik nanti”, jelasnya dengan wajah kegembiraan.
Katanya, kami dari kawasan Ulu Sibuti mengucapkan ribuan terima kasih kepada keperihatinan kerajaan yang sentiasa peka dengan kekurangan yang dihadapi rakyat di kawasan luar bandar.
Kami juga akan terus memberi kerja sama kepada pihak kerajaan dan Barisan Nasional (BN) supaya kawasan P.218 Sibuti ini lebih maju membangun dari masa ke semasa, dan terima kasih kepada Aidan Wing, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang dan Rosey Yunus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan