
Miri dipilih lokasi mini MAHA
UTUSAN SUBIS (16/11/2009) – Mini Pameran Pertanian Bunga-Bungaan dan Ternakan (MAHA) harus diadakan sebelum MAHA sebenarnya diadakan pada setiap dua tahun.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim berkata semasa mini MAHA, rakyat berpeluang melihat sendiri apa itu sambutan MAHA yang sebenrnya.
Katanya, setakat ini MAHA telah diadakan di Selangor, Kedah manakala mini MAHA Sarawak akan diadakan di Miri pada awal Disember ini. Kelantan dan Pahang akan mengadakannya tidak lama lagi.
“Setiap mini MAHA mesti ada keistimewaan tersendiri. Bagi Sarawak, Miri dipilih kerana di situ terdapat aktiviti pertanian yang bernilai tinggi seperti ternakan burung walit atau sarang burung dan agro pelancongan. Lebih-lebih lagi Miri dekat dengan Brunei,“ katanya.
Berliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Makan Buah-Buahan Tempatan di sini hari ini.
Rohani menjelaskan, sektor pertanian merupakan sektor jengka panjang yang mampu bertahan walaupun negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi.
“Malah hanya sebilangan kecil negara sahaja yang mampu membangunkan ekonominya tanpa sokongan kukuh sektor pertanian. Sebab itu, di kebanyakan negara sektor pertanian adalah jentera utama pertumbuhan ekonomi negara,“ katanya.
Rohani menjelaskan, satu lagi usaha kementerian membantu para petani adalah melalui penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) dengan objektif mengenalpasti dan menyelesaikan masalah di peringkat perlaksanaan projek-projek pertanian, perikanan dan ternakan dengan cepat dan berkesan.
“Aktiviti pertanian tidak boleh lagi dilihat sebagai usaha sambilan atau sampingan, kita kena benar-benar berjaya dengan meleluas menggunakan unsur-unsur teknikal berkaitan dengan amalan agronomi, produktiviti, penentuan kualiti dan kos di samping memahami keperluan-keperluan kehendak pasaran,“ jelasnya.
Turut hadir pada Pesta Makan Buah-buahan Tempatan 2009 di sini ialah ADUN N.61 Bekenu, Pengarah FAMA Sarawak, Paza Haji Dan, Pengeruri PENESA Kaunselor Jamali Basri, Timbalan Residen Miri, Abdul Aziz Mohamad Yusuf, Pegawai Daerah Miri, Boniface Intang, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ripin Lamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan