
Masjid Bekenu korban empat ekor lembu
UTUSAN SUBIS (29/11/2009)– Jawatankuasa Masjid Al-Mutabbquin Bekenu menerima empat ekor lembu sumbangan daripada ADUN N.61 Bekenu dan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bekenu sempena Hari Raya Korban semalam.
Pengerusi pengelola majlis penyembelihan Kaunselor Jamali Basri ketika ditemui berkata, sumbangan empat ekor lembu ini masing-masing daripada ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus dan Yusuf Sani adalah untuk diagihkan kepada lebih 200 fakir miskin kawasan Bekenu.
Jamali, upacara penyembelihan dan melapah daging korban adalah dilaksanakan secara gotong-royong oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid ini yang terdiri daripada ketua-ketua kampung dan kakitangan kerajaan serta penduduk setempat.
“Kita semua di sini mengucapkan terima kasih di atas sumbangan empat ekor lembu daripada ADUN N.61 Bekenu dan Yusuf Sani yang bermurah hati terhadap pemberian sumbangan berkenaan.
Aktiviti ini harus dilaksanakan oleh umat Islam sebagai memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya“, jelasnya.
Kita juga pada setiap tahun akan mengadakan majlis seumpama ini yang tidak mahu ketinggalan seperti yang dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh dunia kerana ianya sangat wajib, tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan