Sabtu, 19 Disember 2009

WAKIL RAKYAT SARAWAK BANTU BELIA CARI PEKERJAAN


UTUSAN SUBIS (19/12/2009) – Golongan Belia dan siswazah menganggur Sarawak akan dibantu menerusi wakil rakyat kawasan masing-masing kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.62 Lambir Aidan Wing di Program Nur Bestari anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen P.218 Sibuti yang dijalankan di Balai Raya Riam, Taman Tunku di sini baru-baru ini.


Aidan, kerajaan akan mengambil pendekatan menyeluruh dalam memajukan golongan ini untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka mulai tahun 2010.


Ketua kaum adalah sangat diharapkan dan digesa supaya berkerjasama sepenuhnya dengan menyenaraikan butiran peribadi semua belia di kawasan masing-masing yang masih menganggur.


Butiran peribadi belia atau siswazah seperti kelulusan sama ada ijazah atau diploma, alamat yang lengkap, nombor telefon serta e-mel, bagi membolehkan mereka dihubungi dengan mudah sekiranya diperlukan atau terdapat sebarang kekosongan jawatan, tegas beliau.


Katanya, perkara itu dinyatakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semasa mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada baru-baru ini.


Ini adalah merupakan satu kesungguhan bahawa Ketua Menteri Sarawak sangat memberi tumpuan dan mengambil berat terhadap rakyat dan belia-belia serta siswazah menganggur di negeri ini.


Katanya, penganjuran program ini juga akan mendapatkan kaum wanita lebih memahami dan mengetahui hak-hak mereka dalam keluarga dan masyarakat.


Hadir bersama program ini ialah Pengerusi MPWK Kaunselor Zainani Salleh dan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Ranting Taman Tunku, Arbi Lai serta masyarakat sekitar kawasan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan