Ahad, 24 Januari 2010

TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL...Tr James Biri yang menerima peruntukkan RES daripada Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang (kiri) dan sambil diperhatikan oleh ADUN Lambir Aidan Wing (tengah) pada baru-baru ini.


Penduduk 3 Rumah Panjang Ulu Sibuti Tidak Tuntut Pampasan


UTUSAN SIBUTI (24/1/2009) – Tiga rumah panjang dari Ulu Sungai Sibuti yang telah mendapat peruntukkan bekalan elektrik daripada kerajaan semalam telah berikrar tidak menuntut pampasan terhadap sebarang penebangan pokok sawit mereka.


Pengikrar ini dinyatakan oleh Tr. James Biri, Tr Lani Bujang dan Tr Suyong Belun demi mendapat membangunan Pembekalan Elektrik Luar Bandar (RES) yang diidam-idamkan selama ini.


Ikrar ini telah sebulat suara dikeluarkan oleh ketiga-tiga tuai rumah berkenaan pada mesyuarat dengan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat di Miri yang turut hadir bersama ialah Ahli Parlimen P.218 SIbuti Ahmad Lai Bujang dan ADUN Lambir Aidan Wing dan wakil syarikat Citra RT.


Pembangunan bekalan elektrik ini akan dikendalikan oleh syarikat Citra RT yang memerlukan sebanyak 162 tiang elektrik untuk ke ruma-rumah panjang berkenaan, perlaksanaan projek ini juga terpaksa menebang pokok sawit dan pokok buahan sepanjang 8 km.


*************************************************************************************

SUPP anjur malam kebudayaan Tahun Baru Cina 2010


UTUSAN SIBUTI (24/1/2009) Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan N.61 Bekenu akan menganjurkan Malam Kebudayaan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2010 pada 23 dan 26 Februari depan di pekan kecil Bekenu.


Jurucakap SUPP Bekenu ketika ditemui hari ini berkata, penganjuran Malam Kebudayaan ini juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Muzik dan Sukan Sibuti bagi menjayakan suasana lebih meriah pada malam itu nanti.


Katanya, antara yang menarik pada malam berkenaan ialah Pertandingan Karaoke Terbuka Subis yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak. Borang boleh didapati di pejabat SUPP (085-719108) di Bekenu dan Batu Niah.


Pertandingan saringan akan bermula pada 23 Februari di Dewan SJK Chung Hua Sibuti dan pertandingan akhir akan diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Majlis Daerah Subis (MDS) pada malam 26 Februari.


Johan untuk kategori dewasa akan menerima wang tunai RM300 bersama sebuah piala dan tempat kedua (RM200), ketiga (RM100) dan keempat (RM50). Bagi kategori kanak-kanak johan akan menerima RM100, kedua (RM80), ketiga (RM50) dan keempat (RM30).


Pada malam akhir juga akan menampilkan beberapa penghibur tempatan dalam penyampaian lagu Bahasa Melayu dan persembahan pelbagai tarian suku kaum.


Turut hadir pada malam berkenaan ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang dan ADUN Lambir dan Bekenu (Aidan Wing dan Rosey Yunus) dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan