UTUSAN SIBUTI – Kemudahan asas yang telah disediakan oleh kerajaan harus dijaga dengan sebaik mungkin yang harus mendapat perhatian mendalam dan kerjasama daripada semua pihak supaya tidak menimbul sebarang kesulitan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Aidan Wing yang ditemui pada tinjauan lawatan kerja ke kawasan Kampung Satap, Subak dan Kejapil di Bekenu pagi tadi berkata, kemudahan asas adalah untuk semua dan kita harus ambil berat menjaganya demi kemajuan bersama.
TURUN
Katanya, projek kerja gotong royong menaik taraf dapur kampung di Kampung Hunai yang hampir siap ini sangat memuaskan dan akan memberi banyak kesenangan masyarakat ini untuk menjalankan aktiviti kampung.
Aidan yang disoal mengenai perbuat membinasakan beberapa perhanetian bas dan tamu di Jalan Miri/Bintulu berkata, perbuatan mencuri atap zink alumminium di beberapa pondok perhentian bas dan tamu di sepanjang Jalan Miri/Bintulu dari Simpang Bekenu ke Batu Niah sangat dikesali dan kerjasama orang untuk mengawasi sangat diharapkan.
“Masyarakat harus menyedari kepekaan terhadap perkara yang berlaku di sekeliling kawasan masing-masing, jika menyedari sesuatu yang mencurigakan di kawasan sendiri segeralah bertindak mengetahui.
“Masyarakat diseru supaya menjaga apa sahaja kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan kerana usaha masyarakat dalam bentuk permohonan telah mengambil masa yang panjang untuk diluluskan, maka masyarakat harus pandai bertanggungjawab supaya tidak merugikan semua pihak”, jelasnya.
PERBUATAN SIAPA… Atap tamu Rh Linggu, Jeli, Kuat yang turut menjadi sasaran pencuri.
Utusan Sibuti juga dipahamkan oleh polis Bekenu bahawa memang benar ada kes kecurian dan kerosakkan pondok perhentian bas dan tamu di kawasan Parlimen Sibuti ini. Cuma yang telah tampil ke balai buat laporan ialah Rh Ridun (Bakas Sibuti), katanya.
HABIS HILANG…..Kelihatan atap zink alumminium di perhentian bas Rh Ridun hilang batu-baru ini.
TINGGAL TIANG… Kelihatan beberapa papan tanda yang dicuri di Jambatan Satap Bekenu.
Tinjuan Utusan Sibuti ke tempat berkenaan telah mendapati habis atap zink alumminium dicuri, antara rumah panjang yang terlibat ialah Rh Ngindan (Simpang Bekenu), Rh Ridun (Bakas), Rh Lingu (Pakut) dan sekolah rendah di Ladang Tiga yang hampir berjaya dibuka. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa papan tanda di tepian beberapa batang jambatan turut dicuri di sekitar Jalan Bekenu.
_______________________________________
KENANGAN… Ahmad Lai Bujang (dua kiri) menerima cenderahati daripada Sowiah Dalah sambil diperhatikan oleh Aidan Wing.
UTUSAN SIBUTI – Setiap wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berkerjasama semampunya kepada semua pihak bagi membantu dan menyelesaikan sebarang permasalahan masyarakat dengan kadar segera yang mungkin.
Katanya, sokongan padu dan kerjasama daripada rakyat amatlah diharapkan kerana ini perkara asas dan utama dalam membuahkan keberkesanan dan hasil projek pembangunan baik fizikal mahupun spiritual insan itu sendiri.
Demikian kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang pada Majlis Perasmian Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kampung Subak Bekenu pada pagi tadi.
“Jika berlaku perpecahan dan sikap berpuak-puak serta mudah berpecah belah hanyalah akan menyumbang kepada anasir-anasir yang tidak sihat seterusnya kemunduran dan ketinggalan yang berterusan hanya akan dialami”.
“Maka di sini saya juga menasihati agar masyarakat di kawasan Parlimen Sibuti terus menyokong kerajaan yang ada pada hari ini tanpa berbelah bagi agar keamanan dan keceriaan kekal selamanya”, jelasnya.
Justeru itu, amatlah bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak tersebut, maknanya KEMAS sering wujud di mana-mana dalam menabur program dan aktiviti serta menggerak masyarakat khususnya luar bandar agar terus membangun kearah individu yang berilumu, berkemahiran, berdaya tahan dan mempunyai nilai murni di alaf baru, tambahnya.
Katanya, di alaf baru jika tiada ilmu dan kemahiran menyeluruh dalam pelbagai perkara ia akan menjejaskan serta mempengaruhi kitaran kehidupan yang ingin maju dan cemerlang.
Dalam kesibukan setiap wakil rakyat menjalankan tugas bahawa setiap pemimpin memang tidak pernah mengabaikan masyarakat walaupun di peringkat akar umbi demi menjayakan gagasan 1
Turut hadir ialah ADUN Lambir Aidan Wing, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Ripin Lamat, Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS Putra Jaya Sowiah Dahlan, Kaunselor Zainani Salleh serta pegawai-pegawai kerajaan.
SELESAI SUDAH… Pegawai Tadbir Sibuti (kiri) dan Kaunselor Engkamat (Rh Insin) ketika tinjauan pada sesi perbincangan semeja antara Rh Insin (Sibuti) dan Rh Benang (Baram) baru-baru ini.
KEMELUT ELEKTRIK SELESAI
UTUSAN SIBUTI – Kemelutan masalah berpanjangan mengenai bekalan elektrik Rumah Panjang Insin yang tertangguh kian lama akibat pokok kelapa sawit milik Rumah Panjang Benang sudah selesai.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang dihubungi ketika berada di Dewan Persidangan Parlimen di Kuala Lumpur pagi tadi berkata, masalah-masalah penyambungan elektrik ini sering berlaku di mana-mana kawasan di Malaysia bukan sahaja di Sarawak.
“Dengan timbulnya pelbagai masalah penyediaan kemudahan ini, kita semua tidak boleh lepas secara senang-lenang, kita yang masing-masing mempunyai peranan kerjasama dan bertanggungjawab dari pihak kerajaan mahu pun rakyat harus berbincang semeja atas semuanya”.
“Melalui perbincangan duduk semeja dan luahkan perkara sebenarnya maka masalah berkenaan akan menjadi ia lebih senang diselesaikan dan akhirnya kedua-dua belah pihak bersama menikmati kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan”, jelasnya.
Ahmad Lai, kita berterima kasih kepada kedua-dua bilah penduduk Rh Insin (Parlimen Sibuti) dan Rh Benang (Parlimen Baram) sudah mempunyai satu tanggungjawab dan bertimbang rasa yang besar makna kepada rakyat Sarawak yang harus dicontohi semua.
Mengenai bekalan elektrik, katanya, pihak kontraktor yang menjalankan tugas penebangan pokok sawit sebagai mana perjanjian dalam perbincangan semeja bahawa Rh Insin akan menikmati bekalan elektrik sepenuhnya apabila siap kerja penebangan pokok sawit dalam masa seminggu dua ini, tambahnya.
Turut menjayakan penyelesaian isu penebangan tiang elektrik yang disiarkan di akhbar tempat baru-baru ini ialah Pegawai Tadbiran Daerah Kecil Sibuti dan Bakong serta pihak kontraktor kerja penyambungan elektrik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan