Isnin, 5 April 2010

SETUJU… Dato Sri James Jemut Masing (tengah) menyaksikan Perjanjian Tandatangan pihak pemaju NCR ialah Pelita Holding Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Abdullah Chek Sahamat dan Cipta Sawit Sdn. Bhd. Pengarah Urusan Hii Poh Bing baru-baru ini.

TARUH HARAPAN… Rakyat daripada 35 rumah panjang yang berminat memajukan tanah NCR melalui projek sawit.


BANGUN NCR DEMI GENERASI BARU


UTUSAN SIBUTI - MASYARAKAT Iban di kawasan pendalaman Daerah Baram sangat setuju dan mengalu-alukan Kementerian Tanah Sarawak untuk membangunkan tanah adat bumiputera (NCR) demi membela nasib generasi akan datang.


Penghulu Engah Mugak, 50-an dari Ulu Teru Tinjar Tengah ketika ditemui berkata, kami masyarakat Iban di kawasan pendalaman di sini terbuka untuk kerajaan memajukan NCR dengan penanaman kelapa sawit seperti mereka yang telah berjaya.


Penghulu Enggah Mugak…Projek Sawit Bok mendapat sambutan.

Katanya, projek penanaman kelapa sawit di sini sudah lama kita rancangkan iaitu sejak 1996 hingga sekarang baru sudah mendapat lampu hijau daripada pihak kerajaan yang diusahakan oleh pihak pemaju Pelita Sdn Bhd dan Cipta Sdn Bhd serta pemilik NCR.


“Kesedaran ini ialah kita telah lihat yang berjaya dan penduduk rumah panjang yang mendapat projek seperti ini sudah mendapat geran tanah masing-masing, dengan punyai geran kita boleh berasa senang kerana tidak masalah gangguan daripada pihak tertentu yang caba untuk mengambil alih daripada pemilik”.


“Daerah Bakong (kawasan Bok dan Tinjar) kita sudah mendapat 35 buah rumah panjang berminat untuk projek ini, kita juga sudah mendapat berita baik dan restu kerajaan di mana dua pihak setuju untuk majukan tanah NCR kami untuk tanaman kelapa sawit”, jelasnya.


Keluasan tanah yang sudah dikenal pasti untuk projek sawit ini ialah seluas 7,913 hektar, syarat-syarat diberi kepada kami seperti 60 peratus kepada pihak pemaju, pemilih tanah (30%) dan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (10%) masing-masing setuju dan mendapat sambutan daripada rakyat kami, tambahnya.


Tr. Gangsa Pangan… rakyat harus paham pembangunan.


Kaunselor Tuai Rumah Gangsa Pangan, 57, dari kawasan Bok turut ditemui berkata, kami di sini memang setuju dengan projek yang membawa kemajuan dan pembangunan kepada kami kerana yang penting ialah generasi kami yang akan datang.


Katanya, melalui projek sedemikian sudah tentu kami akan menikmati pelbagai infrustuktur nanti, maka kami tidak berat untuk membangunkan tanah NCR kami, malahan melalui projek yang berjaya ini pasti kami akan milik sendiri geran tanah.


Rakyat yang masih belum bersedia tentang projek ini harus bertanya apa kebaikkan dan keuntungan daripada pihak pemajuan atau tuai-tuai rumah masing-masing, tambahnya.


“Rakyat harus paham bahawa untuk mendapatkan geran tanah dan mohon pihak Jabatan Tanah dan Ukur untuk kerja pengukuran tanah adalah memakan masa yang panjang kerana banyak perkara harus dilalui dalam kerja pemprosesannya”.


“Maka kerajaan dengan adanya kerjasama daripada peminat majukan tanah telah menjadikan pemprosesan ukuran tanah lebih senang diuruskan kerana pemaju tanah yang ingin kawasan itu untuk sesuatu projek seperti tanaman kelapa sawit ini harus didahulukan mendapat kelulusan daripada penduduk rumah panjang dan Jabatan Tanah dan Ukur ”, jelasnya yang ditemui semasa perjanjian pihak pemaju dan pemilik NCR.


Majlis Perasmian Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek NCR Bok-Bakong (Block B), Miri telah disaksikan oleh Dato Sri Jemut Masing hari ini ialah perjanjian di antara Pelita Holding Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Abdullah Chek Sahamat dan Cipta Sawit Sdn. Bhd. Pengarah Urusan Hii Poh Bing.


Turut hadir ialah Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak Sylvester Entri Muran, Setiausaha Tetap Kementerina Tanah Sarawak Datuk Jaul Semion, dan pegawai-pegawai kerajaan Daerah Baram serta ketua-ketua kaum Daerah Bakong-Baram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan