AHMAD LAI: PERCEPATKAN
KELULUSAN BALAI BOMBA P.218
UTUSAN SIBUTI - Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang sangat mengharapkan kementerian kerajaan persekutuan dapat mempercepatkan proses kelulusan untuk membina sebuah balai bomba di kawasan Batu Niah atau Niah.
Ahmad Lai Bujang ketika ditemui di Majid Al Mutaqquin di sini hari ini berkata, kejadian kebakaran yang berlaku tiga kali dalam sebulan di kawasan Niah ini sangat mengecewakannya kerana masyarakat telah mengalami kerugian yang besar.
Katanya, oleh kerana tidak mahu rakyat menanggung kerugian yang besar maka sangat diharapkan pihak kementerian dapat mempercepatkan proses kelulusan dan peruntukkan membina sebuah balai bomba di kawasan Batu Niah atau Niah.
Tapak tanah sudah tersedia dan kita cuma menanti kelulusan peruntukkan daripada kementerian, jika mengharapkan pihak bomba datang ke kawasan kebakaran di kawasan Niah, Batu Niah dan Suai ia memakan masa yang lama iaitu tidak kurang daripada dua jam, jelasnya.
“Sekadar memerlukan bantuan daripada persatuan bomba sukarelawan di kawasan ini memang tidak mencukupi walaupun anggota bomba sukarelawan ini mempunyai pengalaman jika peralatannya tidak memcukupi”.
“Oleh demikian, saya selaku wakil rakyat kawasa Parlimen Sibuti memohon agar kementerian dapar segerakan peruntukkan pembinaan balai bomba yang sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat di sini”, jelasnya.
Katanya, ia bukan sahaja membatu kebakaran tetapi juga mampu menyelamatkan nyawa mangsa kecelakaan jalan dengan segera dan kemusnahan harta benda rakyat juga akan terjamin oleh kerana mendapat bantuan dengan segera di kawasan Batu Niah, Niah dan Suai.
Tiga kebakaran yang berlaku pada Ogos ini ialah satu bilik di Rh Tinggang (Batu Niah), sebuah Rh Sanjan (Suai) dan Asrama SK Batu Telingai (Suai), kejadian kebakaran ini sudah tentu merugikan rakyat dan juga pihak kerajaan sendiri, tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan