Isnin, 23 Ogos 2010

Rh Ampau adakan Program Cintai Sungai

UTUSAN SIBUTI - Rumah Panjang Ampau Baki Sungai Stapang Ulu Niah kawasan Dewan Undangan Negeri (N.60 Kemena) akan mangadakan Program Cintai Sungai pada 28 Ogos ini bagi memberi kesedaran lebih menyeluruh kepada masyarakat Iban tentang kepentingan sungai pada masa kini.

Setiausaha Majlis Daerah Subis (MDS) Sait Enggang ketika ditemui selepas mesyuarat program berkenaan di sini berkata, program sedemikian amat penting bagi memberi kesedaran bertapa pentingnya sungai terutamanya di kawasan luar bandar.

Katanya, kebanyakkan rumah panjang di kawasan luar bandar masih memerlukan air sungai sebagai bekalan ketika musim kemarau berpanjangan kerana sebahagian daripada rumah panjang di sini belum mempunyai kemudahan asas seperi bekalan air bersih.

Dengan mempunyai usaha kerjasama dalam penjagaan sungai oleh masyarkat Iban di sini juga sudah tentu hidupan ikan-ikan tidak terancam dan kepupusan ekoran daripada aktiviti pertanian dan kesumbatan aliran air sungai, jelasnya.

Antara agensi kerajaan memberi bekerjasama penganjuran program ini ialah Lembaga Sungai-sungai Sarawak, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Daerah Subis, Jabatan Perparitan dan Pengairan, serta 11 rumah panjang kawasan DUN N.60 Kemena.

Program Cintai Sungai ini nanti akan dilaksanakan oleh Datuk Douglas Embas dan turut hadir majlis ini nanti ialah ADUN Kemena Dr Stephen Rundi Utom dan Pengerusi Jawatankuasan Program Cintai Sungai Kaunselor Ensaring serta Pengerusi Pengelola Program Kaunselor Sebastian Janting Takin serta tuai-tuai rumah panjang kawasan Kemena dan Niah.

Aktivti yang akan diadakan di sini nanti ialah beberapa ceramah daripada Lembaga Sungai-sungai Sarawak, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Daerah Subis, Jabatan Perparitan dan Pengairan.

Pada sebelah petang hari yang sama Datuk Douglas akan melawat Rumah Panjang Boniface Bada Enjah (Suai) dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat yang turut hadir bersama nanti ialah Dr Stephen Rundi Utom.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan