CHAN : OKU DIBERI PERHATIAN
UTUSAN SIBUTI - Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan golongan yang diberi perhatian khas pihak kerajaan dalam usaha membantu mereka dengan pelbagai cara termasuk memberi kemudahan khas yang boleh membuatkan mereka menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
Kata Timbalan Ketua Menteri (1) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam pada majlis makan malam amal bersama anak-anak istimewa Persatuan Penyayang Kanak-kanak Istimewa Miri (PPKIM) di Eastwood Vally Golf and Country Club di sini baru-baru ini.
Beliau yang merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Menteri Pelancongan dan Warisan
Katanya, kerajaan sentiasa peka tentang perkembangan semasa, membantu rakyat dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat bagi membela nasib mereka.
Sumbangan tenaga pengajar di PPKIM ini haruslah dicontohi kerja kerjaya mereka ini amat mencabar dan perlu berinterakasi dengan sabar untuk melentur kanak-kanak supaya dapat belajar menjalankan kehidupan harian mereka, jelasnya.
“Dalam usaha menjaya dan kemajuan sesebuah persatuan terutamanya seperti PPKIM ini, saya akui ia memang susah dan sangat susah jika tiada sokongan daripada mana-mana pihak”.
“Dengan ini saya berharap agar ramai lagi pihak swasta di Miri dan NGO tampil menyumbangkan wang ringgit dan bahan keperluan kepada pusat ini untuk perlaksanaan program, kegiatan, aktiviti kanak-kanak istimewa di PPKIM”, tambahnya.
Terdahulu Pengerusi PPKIM Faizal Abdullah berkata bahawa PPKIM kini telah mempunyai seramai 102 kanak-kanak berdaftar tinggal di kawasan Miri dan Sibuti.
Katanya, setakat ini seramai 51 kanak-kanak mengikuti program di pusat PPKIM dan selebihnya diambil pergi balik oleh tenaga pengajar daripada pusat PPKIM juga.
Hadir bersama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Datuk Lee Kim Shin, Ahli Dewan Undangan Pujut Andy Chia Choo Fatt dan Pegawai Daerah Miri Boneface Intang serta ketua-ketua kerajaan tempatan.
Pada majlis tersebut PPKIM telah memperolehi daya kutipan dengan jumlah terkumpulan keseluruhannya ialah RM50 ribu iaitu RM10 ribu daripada Tan Sri Dr. George Chan turut menderma ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Datuk Lee Kim Shin, Datuk Aidan Wing, Andi Chia, pihak swasta dan NGO serta orang ramai yang hadir.
PPKIM turut menlantik Dr. George Chan sebagai Penasihat PPKIM dan Datuk Lee Kim Shin dilantik Penasihat 1 dan Penaung PPKIM ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang pada majlis berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan