
UTUSAN SIBUTI - Kekalkan rekod terbaik Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 Parlimen dijangka akan berlangsung pada tahun 2012 depan.
Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berjalan dengan lancar dan rekod terbaik di Malaysia, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Sarawak Datuk Takun Sunggah.
Katanya, rekod terbaik pilihan raya kali ini adalah kerana pasukan petugas SPR telah mendapat talimat yang sepenuhnya dan arahan telah diikuti dengan sempurna oleh petugas-petugas.
TAHNIAH… Takun Sunggah (dua kanan) menyampaikan Sijil Penghargaan dan Terima Kasih kepada salah seorang petugas SPR DUN Bekenu, turut kelihatan di sini ialah Hamdan Katang (dua kiri).
“Pilihan raya di DUN N.61 Bekenu sangat berjaya dan berjalan dengan lancar serta tidak menghadapi sebarang masalah sehingga pengundi di sini turun beramai-ramai menunaikan tanggungjawab.
“Keselamatan semasa pilihan raya iaitu hari penamaan calon, berkempen, pengundian dan kira undi sangat lancar, keselamat semua petugas SPR juga terjamin ekoran kawalan dan bantuan pihak polis dan para media massa juga memberi kerjasama sehingga tamat proses pilihan raya ini”, jelasnya.
Memang sah pilihan raya Sarawak kali ini yang terbaik jika berbandingan dengan keadaan di Semenanjung Malaysia yang sering berlaku huru-hara menjadikan keadaan kurang selamat kepada masyarakat di sana, katanya di Majlis Penghargaan Dan Terima Kasih kepada petugas SPR DUN Bekenu di Miri malam tadi.
Takun, pilihan raya lepas bahawa seramai 213 calon dari kawasan N.1 hingga N.71 yang dipertandingan telah berjaya diteruskan dan tidak ada seorang pun yang menarik diri di saat akhir.
Oleh demikian, petugas SPR diharap yang terus mengekalkan rekod terbaik ini untuk menghadapi pilihan raya yang mungkin akan dilaksanakan pada tahun depan, tambahnya lagi.
Turut hadir pada Majlis ini ialah Pegawai Pengurus SPR Bekenu Hamdan Katang, Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat, SAO Ali Abdullah dan SAO Serbillah Dahlan serta petugas-petugas SPR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan