
Rosey - Tubuhkan JKKK di pekan
Penduduk pekan disaran tubuhkan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk pembangunan kawasan pekan-pekan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (N.61 Bekenu) Rosey Yunus.
ADUN Bekenu Rosey Yunus yang ditemui pada majlis penyampaian geran projek kecil luar bandar (MRP) di Majlis Daerah Subis (MS) petang tadi berkata, tujuan ini adalah untuk memudahkan penduduk pekan turut menikmati projek peruntukan daripada kerajaan.
“Kerajaan bukan sahaja memandang berat terhadap pembangunan dan kemajuan di kampung dan rumah panjang, malahan juga kerajaan turut sentiasa memandang berat terhadap penduduk di pekan dan persekitaran.
“Dengan adanya JKKK pekan adalah memudahkan kerajaan untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh rakyat di pekan bersama penduduk persekitarannya,” jelasnya.
Pada majlis ini sejumlah RM216,623.00 telah diperuntukan kepada 27 pertubuhan dari rumah panjang, kampung dan sekolah kawasan N.61 Bekenu.
Beliau menambah, pernubuhan JKKK di setiap kawasan ini amatlah penting, kerajaan akan sentiasa menyokong dan membantu aktiviti pertubuhan dengan cara menyalurkan bantuan berbentuk MRP.
Justeru, kepada mana-mana pihak yang telah menerima MRP ini dinasihatkan supaya gunakan dengan sebaik mungkin dan bagi yang belum mendapat diharap bersabar kerana MRP ini penting untuk membawa pembangunan luar bandar, jelasnya lagi.
Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP-Bekenu) Kaunselor Sebastian Janting, Ketua Pemuda SPDP Bekenu Kaunselor Lee Eng Kong, Penghulu Choo Chang Yee, Kampitan Yong Kui Lan dan ketua-ketua kaum setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan