Sabtu, 7 Mei 2011

TERPAKSA… Sulaiman Othman, 55, bersama isterinya terpaksa menggunakan rakit untuk membawa motorsikal mereka merentasi Sungai Nusah.

BANJIR KILAT DI KAMPUNG NUSAH

UTUSAN SIBUTI - Banjir kilat sering berlaku setiap kali hujan lebat pasti akan membawa pelbagai masalah kepada masyarakat Kampung Nusah, Sinup dan Mutap akibat jalan raya ditenggelami air bah.

Utusan Sibuti yang membuat tinjauan kawasan terbabit selepas menerima panggilan daripada penduduk di sini mendapati keadaan banjir kilat itu amat menyulitkan mereka untuk menjalankan tugasan runtin harian.

Penduduk Kampung Nusah Hamdan Kashim, 42, ketika ditemui di kawasan banjir kilat jalan kampung berkenaan berkata, keadaan ini sangat menyukarkan keadaan rakyat di sini terutamanya pada awal pagi ketika menghantar anak-anak kampung ke sekolah.

“Kami terpaksa menggunakan rakit buluh yang tidak tentu terjamin keselamatan bersama arus air sungai deras sangat bahaya kepada anak-anak kampung yang keadaan gelap awal pagi terpaksa mengharungi banjir sedalam tiga hingga empat kaki dalam.

“Kami juga terpaksa munggahkan motosikal ke atas rakit sebagai kenderaan untuk menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bekenu sejauh 5 kilometer dari sini dan sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu sejauh 10 kilometer”, jelasnya.

Jalan Kampung Nusah yang ditenggelami banjir kilat ini adalah berkelopok-lopok sekitar 800 meter panjang dan dalam hampir empat kaki. Banyak kebun yang mempunyai hasil tanam juga musnah dan sekurang-kurangnya selama tiga hari baru banjir kilat ini akan surut.

BANTUAN… Hamdan Kashim membantu rakan dari Kampung Sinup untuk menarik motosikal yang tenggelam di kawasan banjir kilat.


“Kita berharap pihak kerajaan akan turun padang jenguk keadaan yang kerap kali berlaku ini, tahun lepas sebanyak empat kali berlaku dan dalam awal tahun ini telah dua kali berlaku”, tamnbahnya.

Jefferi Isnin, 41, seorang pesara tentera yang tinggal di Kampung Nusah berkata, keadaan sedemikian sangat bahaya kepada penduduk di sini kerana tidak tahu bila masa keadaan buruk boleh terjadi kepada rakyat di sini.

“Kami berharap keadaan jalan yang sering dilandar banjir kilat ini mendapat dinaik taraf demi keselamatan pengguna yang lalui jalan ini”, jelasnya.

Deraman Abdullah, 50 an dari Kampung Rambai Bekenu ketika ditemui dalam perjalanan ke kebun sawitnya berkata, banjir kilat di sini memang benar sering berlaku kadang-kadang tanda sawit tidak dapat di keluarkan.

Katanya, di kawasan kampung ini mempunyai ramai masyarakat luar juga mengusahakan kebun sawit, pelbagai tanaman pokok buah-buahan dan padi serta sayuran.

Pihak jabatan kerajaan yang berkenaan dengan masalah rakyat sangat dialu-alukan untuk membantu rakyat kampung yang dilandar masalah banjir ini, tambahnya.

Sulaiman Othman, 55, dari Kampung Kawang Bekenu berkata, kejadian banjir kilat ini adalah merupakan kali kedua seawall tahun ini, tahun lepas kejadian serupa telah berlaku selama empat kali lebih teruk dan sangat bahaya kepada pengguna.

Berharap pihak kerajaan turun padang bertindak serius untuk menangani masalah rakyat, masyarakat kampung ini juga pernah beberapa kali mengadukan masalah ini kepada pihak atasan namun tidak ada tindakan perubahan dalam mengatasi masalah rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan