Cabaran Kapal
Layar Antarabangsa Borneo Ke-10 (BIYC) 2013
One Sail Racing Australia rangkul juara
JUARA BAHARU…. Ray Rpberth dari Australian
Ketua One Sail menerima Piala Kejuaraan Keseluruhan Cabaran Kapal Layar
Antarabangsa Borneo Ke-10 (BIYC) di Sutera Harbour Kota Kinabalu daripada Datuk Karmalin dan turut kelihatan ialah Troy Yaw
pada malam kemarin.
KOTA KINABALU, 8/7/2013 ~ PENYERTAAN
kali pertama Ray Robert dari Australia ONE SAIL
dari Australia menakjudkan apabila berjaya dinobatkan sebagai pemenang utama
di Kelas Lumba Antarabangsa (IRC) dan juara keseluruhan baharu pada Cabaran Kapal
Layar Antarabangsa Borneo Ke-10 (BIYC) 2013 di Kota Kinabalu (Sabah) bagi malam
kemarin.
Mana kala
sang juara BIYC 2012 lepas iaitu Utaraid dan najib johan Uranus masing-masing
dari Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan yang masing-masing hanya menduduki
tempat kedua dan ketiga pada BIYC 2013 ini.
Kejohanan
BIYC berdaraf antabangsa ini telah disertai oleh 25 pasukan kapal layar dari
lapan buah negara iaitu dari Malaysia selaku tuan rumah, Australia (8), Hong
Kong (1), New Zealand (5),
Afrika Selatan (1), United Kingdom (2),
United State of America (2) dan Pulau Cook
(1).
Kejohanan ini terbahagia kepada empat kategori iaitu Kelas Lumba Antarabangsa (IRC), cruising A, Cruising B dan Cruising Multihull.
Kejohanan ini terbahagia kepada empat kategori iaitu Kelas Lumba Antarabangsa (IRC), cruising A, Cruising B dan Cruising Multihull.
BIYC yang menyambut Ulang
Tahun Ke-10 telah menampakkan perningkatan membanggakan sejak penubuhan pada
tahun 2003, persaingan Kategori IRC telah mencapai standard yang lebih tinggi
apabila tiga pasukan dari tangga teratas iaitu One Sail, Utarid dan Uranus
bersaing hebat ketika dalam pelayaran mereka dari Miri (Sarawak) ke Labuan dan
Labuan ke Kota Kinabalu (Sabah) bermula 2 hingga 7 Julai lepas.
Sementara itu, penyertaan
oleh legenda pelayar dari Australia (Ray Robert) telah menjadi satu dorongan
dan cabaran hebat kepada pasukan Malaysia bersama yang lain, Ray Roberth turut
menjadi sebuah pasukan dibanggakan kerana telah berjaya menyertai semua jenis
kapal layar di seluruh Asia.
Kategori Cruising A,
pasukan Bewitched (Hong Kong) muncul juara dan tempat kedua dan ketiga
masing-masing dimenangi oleh pasukan Sophia (New Zealand) dan Seventh Heaven
(Australia).
Troy Yaw wakil Datuk Lee Kim Shin menerima JC daripada Niab Juara Utarid (Malaysia)sambil diperhatikan oleh Datuk Karmalin pada majlis penyampaian hadiah.
Kategori Cruising B, pasukan Stella (New Zealand) muncul juara
dan tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh pasukan Voahangy
(Rarotonga) dan Magnetic (New Zealand).
Kategori Multihull, Mind The Gap (UK)
muncul juara dan tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Blue Moon
(Malaysia) dan Plane Sailing (Afrika Selatan).
JUARA MULTIHULL…. Mind The Gap (UK) juara
keseluran Kategori Multihull menerima hadiah kejuaraan mereka daripada Datuk
Karmalin.
Antara pasukan yang
menyertai Kategori IRC dalam senarai BIYC Ke-10 (26 Jun 2013) ialah One Sail
(Australia), Utraid, Uranus, Ulu Mulu, Miri Magic (Malaysia) dan Selma Star,
Centenniel (Filipina).
Pasukan Cruising A dan B
ialah Seventh Heaven, Utopia, Maajhi Re, Charelle, Whistle Down The Wind,
Second Winds (Australia), Magnetic, Relapse,Sharita, Sophia, Stella (New
Zealand), Totem (USA), Full Flight, Gryphon 2 (British/UK), Bewitched (Hong Kong), Nathape (Switzerland),
Slow Motion (Jerman) dan Plane Sailing (Afrika Selatan). Pasukan Kategori
Multihull ialah Mind The Gap (UK), Daedalus dab Sacred Spirit (Australia).
Namun terdapat beberapa
pasukan terpaksa terbatal diri di saat-saat akhir dalam pelayaran di peringkat
pusingan pertama dari Marina Bay Miri ke Marina Labuan disebabkan masalah
dokumen perjalanan yang melintasi sempadan Lautan Brunei Darussalam.
Majlis penyampaian
hadiah-hadiah kejohanan itu telah disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan
dan Kebudayaan (Sabah), Datuk Karmalin dan dibantu oleh Troy Yaw wakil kepada
Menteri Muda Sukan dan Perhubungan (Sarawak) Datuk Lee Kim Shin. Turut hadir
ialah Pengerusi
Lembaga Pelancongan Sabah,
Joniston Bangkuai, Pengurus Besar Pelancongan Sabah, Siti Bahaya Damsal dan
Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Sabah. - ADUM LIU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan