Kelab Barisan Nasional Sarawak
Peter Nansian :
Terus bersama pemimpin sedia ada
BERSATU…. Datuk Peter Nansian, Datuk
Sylvester Entri dan Rosey Yunus menurunkan tandatangan di plak Pelancaran Kelan
Barisan Nasional Sarawak (KBNS) Cawangan Bakas di Rumah Panjang Lingu pada
baru-baru ini.
BEKENU, 25/7/2013 - Teruskan
sokongan dan kerjasama kepada pemimpin yang sedia ada untuk mencapai
pembangunan dan kemajuan di kawasan luar bandar, kata Menteri Muda Pembangunan
Komuniti dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pembangunan Estet
Perindustrian) Datuk Peter Nansian Ngusie.
Berucap di
Majlis Perasmian Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Lingu Sungai Sibuti
baru-baru ini beliau berkata, rakyat harus memberi kerjasama kepada pemimpin
yang benar sudah nyata terlihat membawa pembangunan kepada rakyat sendiri.
Sehubungan
itu, adanya kerjasama dan sokongan rakyat sudah pasti penyaluran pembangunan
dan kemudahan akan senang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Oleh
demikian, rakyat sangat dinasihati supaya sentiasa mendekati wakil rakyat dan
pemimpin di kawasan masing-masing, contohnya di Bekenu ini ialah wakil rakyat
(DUN) Rosey Yunus dan dekatilah beliau kerana beliau pemimpin membawa
pembangunan di sini, jelasnya.
TAHNIAH.... Ratus-ratusan ahli baharu Kelab Barisan Nasional Sarawak (Bekenu) terus bersama memberi sokongan dan kerjasama untuk pembangunan dan kemajuan kawasan Bekenu.
Sementara
itu, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Menteri Muda Pertanian
(Pertubuhan Peladang) Datuk Sylvester Entri Muran berkata, masyarakat luar
bandar sangat dialu-alukan menyertai apa sahaja persatuan/kelab untuk
menjalankan aktiviti social yang sihat boleh membawa pembangunan di kawasan
masing-masing.
Penyertaan
pada setiap persatuan/kelab sudah tentu ada kebaikkan jika para ahlinya tahu
menggunanya dengan betul dan tulus pada sesebuah persatuan/kelab, jelasnya.
Menteri Muda
Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, Rosey Yunus ketika
dihubungi berkata, majlis tersebut sangat baik kerana secara demikian kita
dapat bersatu padu mencapai pembangunan terhadap sesebuah keluarga dan demi
masa depan anak-anak di kawasan luar bandar.
Sementara
itu, diucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada masyarakat rumah
panjang dan kampung di kawasan Bekenu telah memberi kerjasama dan sokongan
kepada pihak kerajaan yang akhirnya rakyat sendiri telah mencapai pembangunan
dan kemajuan di kawasan ini, tambahnya.
Pada majlis itu,
Rumah Panjang Tr. Lingu Jilan telah mendapat sumbangan melalui Projek Kecil
Luar Bandar (MRP) daripada ketiga-tiga Menteri Muda yang hadir dengan jumlah RM24
ribu yang masing-masing disalurkan kepada JKKK Tr. Lingu (RM5,000), Biro Wanita
(RM5,000), Belia Kelab (RM5,000) dan Projek Tandas Rumah Panjang (RM9,000).
Pada majlis
itu turut diadakan Majlis Pelancaran Kela Barisan Nasional Sarawak (KBNS)
Cawangan Bakas yang dirasmikan oleh Datuk Peter Nansian, Datuk Sylvester Entri
dan Rosey Yunus.
Turut hadir
pada majlis ini ialah Pemanca Wilson Siang Lim, para penghulu, tuai-tuai rumah,
ketua-ketua (Kampung) masyarakat Bekenu, KBNS Saeh/Niah, KBNS Sebatu, KBNS
Kelulit, KBNS Bulau dan KBNS Marudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan