Selasa, 13 Januari 2015

BURUH RENTUNG
Mangsa mahu cari kerja di ladang



BEKENU, 14/1/2015 - Seorang lelaki warga Indonesia berbangsa Bugis rentung dijilat api dan enam yang lain berjaya menyelamatkan diri dalam satu kejadian kebakaran rumah kayu berkembar di ladang kelapa sawit Sarawak Oil Palm Plantation (SOP) di km 41 Jalan Miri Bintulu pada awal pagi tadi.

Mangsa rentung dikenali sebagai Sudirman Mohamad, 30 an dan merupakan bekas pekerja buruh di SOP beberapa tahun lepas. Kejadian kebakaran itu berlaku sekitar jam 6.00 pagi iaitu ketika warga keluarga pekerja ladang berkenaan sedang sibuk mengurus penghantaran anak-anak mereka ke sekolah.

Sumber, mangsa dikatakan baharu sahaja balik dari kampung halamannya (Indonesia) dan terus datang ke rumah rakannya di SOP pada petang semalam dan bermalam di situ untuk mencari pekerjaan di ladang berkenaan.

Kejadian di kebakaran rumah kayu berkembar itu bahawa terdapat tiga buah keluarga yang masing-masing berjaya menyelamatkan diri dan tidak diketahui kenapa mangsa rentung tidak dapat keluar untuk menyelamatkan diri, katanya.

Sehubungan itu, Ketua Balai Bomba Miri Ali Bema ketika ditemui  di tempat kejadian berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kebakaran daripada orang awam pada jam 6.20 pagi dan tiba di lokasi kejadian 30 minit selepas itu.

MUSNAH... Rumah kayu berkembar milik SOP di km 41 Jalan Miri Bintulu yang musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 6.00 pagi tadi. 
MUSNAH... Rumah kayu berkembar milik SOP di km 41 Jalan Miri Bintulu yang musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 6.00 pagi tadi

"Punca dan kerugian yang dialami oleh tiga keluarga itu belum dapat diketahui dan masih dalam siasatan pihak Bomba.

"Mana kala, menurut pihak SOP kerugian tentang kemusnahan rumah kayu berkembar itu dengan kiraan kasar sekitar RM60 ribu," jelasnya.

Seramai tujuh anggota Bomba termasuk Ketua Balai Bomba Miri, Ali Bema telah bergegas untuk melakukan kerja menyelamat. Mayat mangsa rentung itu dibawa ke Hospital Umum Miri untuk bedah siasat.


RENTUNG... Kelihatan mangsa rentung Sudirman Mohamad, 30-an yang gagal menyelamatkan diri dalam satu kejadian kebakaran rumah pada pagi tadi. - ADUM LIU



Tiada ulasan:

Catat Ulasan