Belia luar bandar perlu adakan pelbagai cadangan
TAHNIAH.... Rosey Yunus mengunting ribon sebagai tanda perasmian Pertandingan Sepak Takraw anjuran Kelab Belia Mamut yang diadakan di rumah panjang Mamut Tr. Baie Suka pagi tadi. - ADUM LIU
BEKENU (27 Jun 2015) - Belia luar bandar perlu adakan pelbagai cadangan kepada kaum bapa dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk pembangunan lebih meluas pada masa akan datang.
Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus berkata demikian pada Majlis Perasmian Pertandingan Sepak Takraw anjuran Kelab Belia Mamut di rumah panjang Tr. Baie Suka pagi tadi.
Katanya, setiap cadangan yang dikemukakan oleh belia harus dipandang berat oleh JKKK kerana mereka (belia) adalah pelapis dan penentu pembangunan negara dan kawasan masing-masing pada masa akan datang.
"Pertandingan sepak takraw hari ini dengan melibat lebih seratus belia luar bandar sangat baik yang mempunyai ciri penunjuk belia luar bandar inginkan sesuatu perubahan masa ini.
"Antara cadang dan penunjuk mahukan perubahan kalangan belia di sini ialah cadangan mewujudkan sebuah pusat internet (Kampung Tanpa Wayer) bagi memudahkan mendapat pelbagai maklumat penting, perkara ini harus dititikberatkan," jelas beliau.
Sehubungan itu, belia juga ditegaskan untuk bergiat dalam pelbagai aktiviti dan hobi yang boleh mendatangkan hasil (dana) melalui keusahawanan yang menjaminkan kelesaan dan masa depan belia.
Antara bidang yang sesuai untuk diceburi oleh belia luar bandar ialah mengusahakan dan menternak kelulut kerana madu kelulut kini mendapat pasaran tinggi, tambahnya lagi.
Rosey Yunus yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (N.61 Bekenu) menambah, belia adalah dinasihat sekerasnya agar tidak terlibat dan terjebak dengan kegaitan sosial tidak baik yang sekali gus memusnahkan masa hadapan dan harapan keluarga mereka.
Sementara itu, Rosey turut memberi jaminan dan keyakinan kepada penduduk rumah panjang bahawa projek jambatan telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri pada tahun lepas dan sedang dalam proses membuat kertas kerja di antara Pejabat Daerah bersama pihak kontraktor.
Turut hadir pada majlis itu ialah Penghulu Sadi Mancha, Tr. Baie Suka, Kaunselor Sulaiman Ahmad dan para ahli politik komponen Barisan Nasional Bahagian Bekenu serta Pengerusi Kelab Belia Mamut Larry Albert Aggu.
Pada masjli itu, Rosey turut menyumbangkan geran projek kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM2,000 kepada Kelab Belia Mamu untuk mengadakan aktiviti pada masa akan datang. Pada kejohanan itu terdapat 22 pasukan telah menyertai untuk merebut gelaran juara Pertandingan Sepak Takraw yang julung kali diadakan di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan