Ahad, 14 Julai 2019


Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari tiba dengan sambutan pukulan gendang kaum Dayak Bekenu.


RM10 juta untuk martabatkan mata pelajaran Matematik dan Sains


14 Julai 2019 [Adum Liu] ~ Kerajaan Sarawak umum peruntukan sejumlah RM10 juta berstujuan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perasmian Pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon 13A Bekenu dan Lambir di sini semalam.



Peruntukan tersebut akan menjadi Sarawak mampu melaksanakan program itu dengan baik bersama adanya bilangan guru yang mencukupi bagi mengajar dua mata pelajaran terbabit.

Cuma para guru perlu dilatih untuk memantapkan kefasihan untuk mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, jelasnya.

Baru-baru ini Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang telah dikunjungi oleh Ketua Menteri Sarawak bersama Dato Sri Michael Mayin Jawong (Menteri Pendidik, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak) di Petra Jaya memberitahu bahawa Sarawak adalah negeri yang pertama melaksanakan penjagaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris.

Pada pertemuan itu juga, Kerajaan Sarawak bersetuju membantu Kementerian Pendidikan untuk melatih guru yang akan mengajar mata pelajaran itu.


Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan universiti tempatan dalam menjayakan latihan kepada guru terbabit. 





Guru terlatih pula akan melatih guru lain dalam usaha melahirkan ramai guru yang mahir bahasa Inggeris untuk mengajar dua mata pelajaran tesebut.

Penggunaan bahasa Inggeris bagi dua mata pelajaran penting itu akan bermula dengan darjah satu pada tahun 2020 dan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan