SELAMAT DATANG... Ahli Parlimen Miri Dr. Michael Teo Yu Keng rakam kenangan bersama ahli baharu PKR Cawangan Miri.
PKR Miri adakan makan malam bersama ahli baru
16 Julai 2019 [Adum Liu] ~ Ahli Parlimen P.219 Miri Dr. Michel Teo Yu Keng
raikan Majlis Makan Malam di sebuah gerai terkemuka di sini khas untuk
ahli baru yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Miri malam
semalam.
Dr. Michael Teo berkata, Majlis Makan Malam ini juga
sebagai penghargaan kepada petugas pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas
yang membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan sekali gus berjaya
menubuhkan kerajaan baharu.
Selain itu, majlis ini juga sebagai menyuarakan hasrat mahu
mempercepatkan Pengerusi PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi
Perdana Menteri Kelapan selepas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad
berehat kelak.
Pada majlis ini, bahawa lebih 200 ahli baharu telah
berdaftar keahlian PKR Cawangan Miri dan menyertai serta memeriahkan
suasana majlis ini. Hadir bersama ialah bekas calon PKR Sibuti pada PRU lepas, para pengerusi ranting PKR Miri dan Sibuti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan