

Kebakaran : Skim Taman Penduduk Kampung Kelulit musnah
UTUSAN SUBIS (7/8/2009) - Projek Jabatan Pertanian yang telah disalurkan kepada penduduk Kampung Kelulit melalui pelbagai skim bantuan tanaman lebih 2 juta ringgit beberapa tahun lalu kini separuh daripadanya telah musnah ekoran kebakaran yang tidak dapat terkawal.
Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian Bekenu, Termizi Alwi ketika mengadakan lawatan bersama penduduk kampung ke tapak projek berkata bahawa kira-kira 1000 ekar kawasan projek telah musnah dan dianggarkan pendudk kampung menanggung rugi lebih sejuta ringgit dalam kebakaran yang tidak dapat dikawal itu.
“Sebelum Jabatan Pertanian membangunkan kawasan tersebut, bahawa kawasan ini awal dibuka oleh pihak Jabatan Saluran dan Perparitan membuat parit dan jalan supaya penduduk kampung senang menjalankan aktiviti permulaan pertanian kira-kita pada tahun 1991 yang lalu.
Selepas semua kerja perparitan dan jalan siap, maka penduduk kampung telah memohon skim bantuan tanaman kelapa dan berjaya, selepas itu mohon projek kolam dan permohonan serta bantuan ini telah disalurkan pada tahun 1995“, jelasnya.
Semenjak kejayaan berusaha dalam pertanian yang ditunjukkan oleh penduduk kampung sekali lagi mereka memohon skim tanaman buah-buahan (rambutan, limau, nenas, durian dan pelbagai jenis buah) dan disusuli dengan tanaman petai. Dan semua usaha kampung juga berjaya, jelasnya.
Kampung Kelulit yang mempunyai dua pembahagian kampungnya iaitu Kelulit Padang dan Kelulit Pejuang boleh dikatakan sangat memerangsangkan yang mempunyai kawasan tanah luas akhirnya penduduk di sini beralih untuk tanaman kelapa sawit.
Katanya, walaupun mereka telah menyeburi tanaman sawit tetapi mereka tidak pernah lupa projek bantuan daripada Jabatan Pertanian dan mereka masih lagi mengusahakan kebun-kebun buahan dan petai mereka.
Ramai daripada penduduk di sini telah membeli benih sawit sendiri dan terdapat juga mereka memohon bantuan benih daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Miri) dan separuh daripada telah mengeluarkan hasil.
Penduduk Kampung Kelulit, Sahi Ahad, 50-an, ketika ditemui di tapak projek kebun mereka telah merasa sangat gelisah yang nangis dalam hati berkata, kejadian ini telah berlaku pada petang semalam sedikit demi sedikit yang akhirnya menjadi tidak dapat dikawal hingga musnahkan tanaman.
“Kami amat sedih melihat kelapa sawit yang baru sahaja hendak dituai hasilnya tiba-tiba api yang dahulu datang menuai hasil kami, kami hanya mampu berputih mata kerana api tidak dapat dilawan.
Walau pun seberapa ramai anggota bomba datang menyelamat pasti tidak dapat dipadamkan kerana kawasan kebun sawit dan tanaman di sini di tanam di tanah gambut di mana api marak di bawah tanah berkenaan, memang sukar dipadam“, jelasnya dengan kegelisahan.
Kita hanya mampu berserah kepada yang maha kuasa, minta hujan lebat seharian mencurahi kebun kami maka pasti semua akan selamat, tambahnya lagi.
Di kampung ini terdapat lebih 200 penduduk telah bergiat dalam bidang pertanian di mana jabatan kerajaan kita juga telah banyak menghulurkan bantuan kepada projek-projek yang kami laksanakan kini dan kini semuanya hampir musnah dan tidak tahu lagi keadaan pada esok hari.
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.